Tauhu bergedil menjadi viral dan makin dikenali oleh ramai orang. Tauhu bergedil adalah kombinasi tauhu pok bersama bergedil. Bergedil adalah sejenis masakan yang diperbuat menggunakan kentang yang ditumbuk lumat kemudian digaul dengan isi ayam atau isi daging dan juga bawang yang dicincang halus kemudian ianya di kepal menjadi bulat dan dicelup didalam bancuhan telur sebelum digoreng garing.

Tauhu bergedil pula bermakna apabila bergedil ini disumbat kedalam tauhu pok, dicelup didalam telur kemudian digoreng, sedap dicicah di dalam sos kicap yang mempunyai rasa pedas dan manis. Kombinasi didalam tauhu bergedil ini memberi rasa kenyang kepada yang memakannya. Ianya juga lebih lazat dan pasti anda akan makan bertambah! Selalunya tauhu bergedil dibeli sahaja, namun, kini anda boleh menyediakan sendiri!

Makanan ini amat sesuai dijadikan menu pembuka selera. Ianya telah dikongsikan oleh Shafinie Mokhtar dan telah mendapat banyak shares serta likes. Mari kita tengok resepinya!

Resepi Tauhu Begedil

Tauhu-Begedil
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5kg kentang
  • Satu lapisan daging cincang Ramly
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauhu kering @ tauhu pok

Cara – cara memasak:

  1. Kentang digoreng dan dilenyek. Daging cincang dimasak bersama lada hitam sampai air daging kering.
  2. Campurkan kentang lenyek, campuran daging cincang, garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
  3. Keluarkan isi tauhu kering, kalau suka boleh masukkan isi tauhu dalam adunan begedil.
  4. Penuhkan tauhu dengan campuran begedil dan sedia untuk digoreng. Tauhu begedil boleh dibekukan tahan berminggu lamanya.

Cara menggoreng:

  1. Pukul telur, kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit tepung kastard untuk rangup.
  2. Celup tauhu ke dalam telur sebelum digoreng. Angkat bila warna tauhu dah keemasan
Tauhu-Begedil-2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.