Semperit Cream Cheese merupakan resepi kuih raya yang sangat digemari sejak berzaman lamanya. Namun resepi kuih semperit ini memberikan sedikit kelainan dan sentuhan moden dengan menggunakan cream cheese sebagai bahan utamanya. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook sudah tentu rasanya amat sedap.

Ianya menggunakan bahan-bahan yang ringkas yang boleh anda cuba sendiri resipi ini. Antara bahan yang digunakan adalah tepung, mentega, esen vanilla dan sudah pastinya, cream cheese. Ianya juga boleh dihiasi dengan warna warna kegemaran anda. Pasti ianya dapat menarik minat yang tersayang dan anak – anak anda!

Resepi ini telah pun dikongsikan oleh Yusliana Amoy dan mendapat perkongsian yang amat tinggi iaitu sebanyak 20 ribu perkongsian di Facebook milik beliau! Wah, ramainya kongsikan resepi ini kan? Jom kita tengok!

Resepi Semperit Cream Cheese

semperit cream cheese

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 250 g mentega Buttercup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50 g cream cheese Tatura

Bahan B:

  • 400 g tepung jagung
  • 3 sudu tepung kastad
  • 1 sudu esen vanilla
  • Pewarna

Cara – cara memasak:

  1. Sebatikan bahan A tanpa menggunakan mixer.
  2. Masukkan bahan B ke dalam aduan.
  3. Untuk mendapatkan semperit yang berwarna warni, asingkan 3 bahagian untuk letak pewarna.
  4. Apabila hendak tekan dijadikan semperit, campurkan ketiga tiga warna ke dalam satu beg piping.
  5. Gunakan acuan tembaga bersaiz 13 untuk menghasilkan semperit yang cantik.
  6. Bakar ke dalam ketuhar mengikut kesesuaian ketuhar masing – masing.

Nota: Satu aduan resepi akan menghasilkan 4 tray hitam saiz standard ketuhar.

semperit cream cheese 2

Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.