Kimbap merupakan salah satu hidangan Korea. Ianya terhasil daripada nasi yang telah distim dibalut dengan rumpai laut yang telah dikeringkan. Di dalamnya, terdapat inti yang amat lazat terdiri daripada sayur – sayuran, telur dan daging. Ianya dipotong kepada bit-sized yang membolehkan anda memakannya dengan sekali suap!

Kali ini, kami bawakan resepi kimbap Korea ini khas buat anda! Resepi ini tidaklah sukar, tetapi amat digalakkan kepada anda untuk mempunyai tikar sushi bagi memudahkan proses balutan kimbap ini nanti. Bahan – bahan bagi penyediaan kimbap ini boleh dibeli di pasaraya sekitar anda. Namun begitu, terdapat juga alternatif lain jika anda tidak menjumpai bahan yang sesuai.

Anda juga boleh mengubah suai resepi ini mengikut kepada selera anda! Pokok pangkalnya, resepi ini merupakan resepi asas yang anda boleh gunakan bagi menghasilkan satu hidangan kimbap yang amat lazat. Anda bebas untuk menyesuaikan bahan dan caranya juga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli dan mendapat perkongsian yang ramai serta jumlah likes yang banyak di laman Facebook beliau. Mari kita lihat!

Resepi Kimbap Korea

kimbap korea
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kepingan rumpai laut.
  • Beras Jepun.
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Secubit garam halus
  • 1 ikat bayam hijau (petik bahagian lembut dan rebus selama dua minit)
  • 1 biji timun (potong memanjang dan buang bahagian berjus)
  • 1 biji lobak merah (buang kulit dan hiris memanjang kemudian sangai di atas kuali dan tambah secubit garam)
  • 3 biji telur ayam (hancurkan, tambah secubit garam dan masak seperti telur dadar serta Hiris memanjang.)
  • Hirisan daging (perapkan dengan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak di atas kuali hingga kering jus)
    Nota: Boleh juga guna ayam, filamen ketam, sosej.

Cara – cara memasak:

Cara memasak nasi:

Tanak lembut dan tidak lembik.

  • Tanak dua cawan beras menggunakan sukatan jari seperti biasa.
  • Letakkan ke dalam mangkuk dan tambahkan 1 sudu kecil minyak bijan dan garam halus. Gaul sehingga rata.

Cara membuat kimbap korea:

  1. Susunan membuat Kimbap.
  2. Tebar tikar penggulung.
  3. Alas sekeping rumpai laut.
  4. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. (Pastikan ada ruang)
  5. Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lagi banyak inti lagi sedap.
  6. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.
  7. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu.
  8. Boleh letak mayonis ke atas kimbap (Pastikan jenama Kewpie)
  9. Sedia dihidang.
kimbap korea 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.