Kek Cheese Leleh merupakan kek span vanilla yang digabungkan bersama cream cheese cair yang melimpah ruah bersama topping pilihan anda. Ianya pernah menjadi tular beberapa ketika dahulu, dan ianya kekal menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan menu yang popular sebagai menu pencuci mulut.

Kek Cheese Leleh ini merupakan kek yang amat mudah untuk disediakan. Ianya tidak menggunakan bahan yang sukar serta caranya juga mesra amatur. Oleh itu, sekiranya anda ingin membuat kek yang mudah tetapi lazat serta digemari ramai orang, anda bolehlah mencuba kek ini! Buat pencinta cheese, resepi ini pasti sesuai buat anda. Jangan lupa untuk menyediakan kek ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ct Fairuz dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, jom kita lihat!

Resepi Kek Cheese Leleh

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kek:

  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar ovelet
  • 5 bji telur
  • Perwarna dan perisa
  • 2 cawan tepung kek
  • 3 sudu besar minyak masak

Krim keju leleh:

  • 250 gram krim keju Tatura
  • 2 – 3 cawan whipping cream
  • Susu pekat setengah tin
  • 1 tin susu cair

Cara – cara penyediaan:

Kek:

  1. Campurkan gula, ovelet, telur, pewarna dan perisa.
  2. Gaulkan sehingga adunan kembang dua kali ganda.
  3. Masukkan tepung kek dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan gaul sehingga adunan sekata.
  5. Bakarkan pada suhu 160C selama 20 ke 23 minit bersama api atas dan bawah.
  6. Siap!

Krim keju leleh:

  1. Gaulkan krim keju sehingga sebati dan masukkan whipping cream. Gaul sehingga adunan kembang dua kali ganda.
  2. Masukkan susu pekat bersama susu cair dan gaulkan sehingga sebati.
    Nota: Untuk krim, sebaiknya disimpan satu hari supaya ianya pekat likat!
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.