Popia Cheese Carbonara, sebuah hidangan inovasi yang kini semakin popular dan digemari oleh ramai orang. Ianya mempunyai rasa yang amat lazat, ditambah pula dengan rasa lemak keju pastinya dapat menarik selera ramai orang.

Tahukah anda, cara pembuatan popia cheese carbonara ini amatlah ringkas? Akan tetapi, anda haruslah belajar untuk membalut popia dan ianya merupakan skil yang perlu dilatih! Tapi tidak mengapa, dengan langkah – langkah yang disediakan, pasti anda boleh menghasilkan popia cheese carbonara yang amat lazat.

Resepi ini dikongsian oleh Hazreen Hj Azlan dan didapati ada banyak perkongsian di laman Facebook. Jom kita tengok!

Resepi Popia Cheese Carbonara

resepi-popia-cheese-carbonara

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit)
  • 4-5 biji cili padi dipotong kecil-kecil
  • Setengah tin Preggo Carbonara
  • 5 biji kentang dipotong dadu kecil-keci;
  • 3 keping cheese slice
  • Daging/ayam yang telah dicincang
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk bagi hancur, tetapi jangan terlalu hancur)
  • Setengah tin susu cair
  • Carrot dipotong dadu kecil-kecil
  • Cendawan tin
  • 1 sudu besar planta
  • Daun bawang

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan letak planta.
  2. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan kentang dan susu cair. Gaul bagi sebati.
  4. Masukkan daging/ayam cincang.
  5. Masukkan Preggo carbonara.
  6. Masukkan air agak-agak paras kentang sehingga tengelam.
  7. Dah agak-agak bahan di atas masak kemudian masukkan sayur carrot dan cendawan tin tadi. Kuantiti terpulang kepada masing-masing.
  8. Masukkan cheese slice.
  9. Perasakan dengan garam dan kiub Knorr ayam.
  10. Agak – agak air dah kurang masukkan lada hitam dan cili padi dan kacau sehingga sebati.
  11. Rasa jika garam cukup rasa dan kentang pun sudah lembik, tetapi jangan terlalu lembik. Terus tutup api.
  12. Taburkan daun bawang jika mahu.
  13. Siap.
popia cheese carbonara

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.