Kek Pisang Vanilla Glaze merupakan kek yang amat lazat dan sukar untuk didapati. Ianya boleh dijadikan hidangan minum petang ataupun pencuci mulut. Rasanya manis dan amat lazat. Sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua!

Resepi Kek Pisang Vanilla Glaze ini merupakan salah satu resepi yang mudah untuk diikuti. Bagi bahan – bahannya, terdapat tiga bahagian bahan yang anda perlu ikuti. Pertama adalah bahan kering, kemudian bahan basah dan bahan – bahan untuk membuat vanilla glaze. Cara pembuatannya juga mudah untuk diikuti dan pasti menghasilkan rasa yang amat menarik dan digemari oleh semua orang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Anith Syazana dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Kek Pisang

kek pisang
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kek Pisang:

Bahan A

  • 1 dan 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan B

  • 3 biji telur (gred A/B)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovallet
  • 1 cawan minyak jagung
  • 5 biji pisang emas (lenyekkan)

Vanilla Glaze

  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar air/susu panas
  • 1 sudu kecil esen vanilla
    Kacau rata sehingga sebati

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan gula & ovallet hingga kembang diikuti dengan minyak jagung.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Kemudian masukkan pisang yang dilenyek dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  4. Masukkan bahan A dan kaup perlahan sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan baking paper atau boleh sapu mentega dipermukaan loyang. Boleh gunakan loyang 8″ x 8″.
  6. Potong nipis pisang dan hias mengikut citarasa.
  7. Boleh juga tambahkan kacang walnuts atau pecans.
  8. Bakar pada suhu 170°c selama 40minit atau mengikut kesesuaian ketuhar masing – masing. Jika anda suka yang lembap boleh guna kaedah water-bath atau kukus sahaja hingga masak.
  9. Akhir sekali, apabila sudah siap, keluarkan dari ketuhar dan terus sapu mentega yang telah dicairkan diatas permukaan kek supaya kelihatan lembab.
  10. Anda boleh letakkan vanilla glaze di atas kek tersebut. Siap!
kek pisang 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.