Mencari resepi menu sahur yang bukan sahaja ringkas, malah lazat untuk dinikmati?

Tidak dinafikan, menu sahur kadangkala susah untuk kita fikirkan. Tatkala mata masih berat, kadangkala rasa malas mula menjengah. Jadi, nak makan apa ni?

Semestinya anda ingin menyediakan menu sahur yang simple dan sesuai dengan citarasa anda. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi menu sahur buat anda.

#1 Ikan Rebus

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Mahu menikmati menu sahur yang sihat dan sedap? Cubalah buat sendiri ikan rebus di rumah. Ianya juga kaya dengan rasa dan zat, memang rugi tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Aishah Hanapi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang
  • Cuka/limau nipis
  • Minyak (bergantung kepada kuantiti ikan)
  • Garam
  • 3-4 asam keping

Cara-cara:

  1. 1.Bersihkan ikan menggunakan cuka/limau nipis. Bilas bersih.
  2. Setelah bersih, taburkan sedikit garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak secukupnya.
  3. Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping dalam kukusan.
  4. Kukus sehingga masak.
  5. Biarkan ikan sejuk dahulu baru di goreng.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Ikan juga boleh disimpan dalam peti aias untuk kegunaan masa depan.

#2 Nasi Goreng

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Salah satu resepi menu sahur yang paling popular ialah nasi goreng. Bila rasa malas tapi nak masak sedap-sedap, anda wajib cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Miya Aira di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 biji telur
  • Sayur (terpulang)
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • Perasa

Bahan tumbuk:

  • 1-2 sudu kecil udang kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili padi (ikut kepedasan)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur.
  2. Biar telur mengeras dahulu, kemudian kacau hingga menjadi hancur dan sedikit kasar. Angkat dan ketepikan.
  3. Tambah sedikit lagi minyak dan goreng garing ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan minyak ikan bilis tadi, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga layu/hampir garing.
  5. Masukan garam dan serbuk perasa.
  6. Kemudian, masukkan sayur dan kacau sebati
  7. Masukkan nasi putih dan kacau sebati. Hancur-hancurkan dengan sudip supaya nasi tak berketul.
  8. Akhir sekali, masukkan telur dan ikan bilis yang digoreng tadi.
  9. Kacau sebati dan sekata.
  10. Setelah sayur layu, nasi goreng sedia untuk dihidangkan.

#3 Sotong Goreng Lada Bersama Ubi Kentang

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Lauk ini kedengaran biasa sahaja, namun jika kena caranya, keenakkanya pasti luar biasa. Ianya juga sesuai dinikmati sebagai menu sahur. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan tumbuk:

  • 1 kg sotong
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih

Bahan lain:

  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 biji ubi kentang (digoreng)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili merah
  • Sedikit daun bawang

Cara-cara:

  1. Gaulkan bahan tumbuk dengan sotong dan letakkan sedikit serbuk kunyit, garam dan gula.
  2. Tumiskan sotong dan masak hingga air sotong kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam bersama ubi kentang yang digoreng.
  4. Masak hingga kuah pekat.
  5. Masukkan bawang besar, daun bawang, cili padi dan cili merah,.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

#4 Ayam Sambal Bali

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Sukakan ayam sambal tapi tidak terlalu pedas? Apa kata anda cuba resepi ayam sambal Bali untuk sahur nanti, pasti sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng separuh masak)
  • Serai
  • Daun kari
  • Gula
  • Garam
  • Kicap
  • Sedikit air

Bahan kisar:

  • Cili kisar
  • Bawang besar
  • Bawang putih

Cara-cara:

  1. Tumis serai dan daun kari.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan gula, garam dan kicap.
  4. Masukkan ayam dan sedikit air. Gaul sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

#5 Udang Khamped

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Ingin mencuba menu sahur yang sedikit extra namun masih mudah untuk dicuba? Cubalah resepi udang khamped! Resepi ini dikongsikan oleh Ida Zairi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai potong halus
  • 2 biji cili hidup (merah)
  • 5 biji cili api (hijau)

Bahan lain:

  • 1 kg udang bersaiz besar (disalut dengan kunyit dan garam dan digoreng)
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 keping asam keping
  • Kacang panjang (optional)
  • Bahan perasa
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Menggunakan minyak menggoeng udang, tumis bahan kisar halus hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan.
  4. Masak hingga mendidih dan jika kering, masukkan air.
  5. Masukkan udang, kacang dan limau purut.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.

#6 Ayam Sos Tiram

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Ayam sos tiram merupakan lauk yang cukup mudah untuk dibuat. Ianya juga tidak mengambil masa yang lama, sesuai dijadikan menu sahur! Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • halia (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • cili besar merah (dihiris)
  • ayam
  • sedikit air
  • sos tiram

Cara-cara:

  1. Tumis halia bersama bawang putih, bawang merah dan cili besar merah hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan ayam dan biar sekejap sehingga air ayam keluar.
  3. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Kacau dan biar mendidih.
  6. Apabila kuah sudah pekat, sedia untuk dihidangkan.

#7 Daging Masak Black Pepper

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Anda pasti menggemari menu daging masak lada hitam ini, bukan? Aromanya sahaja sudah memikat, inikan pula rasanya. Resepi ini dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (diketuk)
  • Halia (dihiris)
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Lada hitam kisar
  • Daging (direbus dahulu)
  • Kicap *optional
  • Garam
  • Perasa
  • Bawang holland
  • Lada benggala
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan halia.
  2. Masukkan sos lada hitam dan sos tiram.
  3. Masukkan lada hitam kisar.
  4. Masukkan daging dan kicap jika mahu.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa.
  6. Masukkan bawang holland dan lada benggala.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung.

#8 Sambal Bilis Kering

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Mahu menyedikan menu sahur segera namun masih sedap? Cubalah buat sendiri sambal bilis kering di rumah. Ianya juga tahan 2 bulan, sangat menjimatkan! Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aisyah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (dicuci bersih)

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing (tiada bunyi desiran minyak). Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
  3. Setelah garing, masukkan gula dan garam.
  4. Tutup api dan gaul sambal garing dengan ikan bilis tadi.
  5. Setelah sejuk, boleh simpan jika mahu.

#9 Bihun Goreng

bihun

Imej via Facebook

Kurang menggemari nasi namun masih ingin menikmati makanan berat? Cubalah resepi bihun goreng untuk menu sahur anda. Resepi ini dikongsikan oleh Miya Aira di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk/dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
  • 2 sudu besar udang kering/ikan bilis
  • 15-20 tangkai cili kering kisar
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cuka
  • Isi ayam
  • 1 cawan teh air
  • Fish cakes 
  • Sawi *optional
  • Telur hancur/dadar (digulung dan dipotong halus)

Cara-cara:

  1. Masukkan bihun dalam besen.
  2. Masukkan air suam hingga bihun tenggelam dan rendam selama 3-4 minit sahaja. Toskan airnya dan ketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan kacau hingga bahan layu.
  5. Masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan isi ayam.
  7. Tuangkan 1 cawan teh air dan masak ayam hingga mendidih.
  8. Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram dan cuka.
  9. Tambahkan fish cakes jika suka.
  10. Perasakan bihun dengan garam, gula dan serbuk perasa. Boleh tambah kicap manis dan sos jika mahu.
  11. Menggunakan api perlahan, masukkan bihun dan balik kaup menggunakan dua sudip.
  12. Masukkan sawi dan masak hingga layu.
  13. Taburkan telur hancur di atasnya.

#10 Overnight Oat

resepi menu sahur

Imej via Facebook

Untuk pembaca yang ingin mencuba menu yang menyihatkan untuk sahur, apa kata anda cuba resepi oat overnight ini? Sangat sesuai dinikmati oleh yang sedang berdiet. Resepi ini dikongsikan oleh Mimi Fairuz di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ⅓ cawan oat
  • ⅓ cawan yogurt
  • ⅓ cawan susu

Buah-buahan masam manis (dipotong):

  • Mangga
  • Strawberi
  • Epal Hijau
  • Anggur

Cara-cara:

  1. Campurkan oat, susu dan yogurt ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Gaul sebati, kemudian masukkan buah-buahan yang dipotong.
  3. Masukkan ke dalam gelas dan hias jika suka.
  4. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi menu sahur, kami juga menulis mengenai resipi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.