Penggemar makanan manis tentu akan menyukai resepi yang akan kami kongsikan ini. Resepi kek gula hangus kukus atau biasanya disebut kek sarang semut.

Kek gula hangus ini sangat sesuai dimakan sebagai dessert, ataupun untuk menjamu tetamu, ataupun untuk anda bawa sebagai sajian ke rumah sedara. Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal sangat digemari. Aroma harum kek ini sangat merangsang selera. Sekali mencubanya anda dipastikan ingin memakannya lagi dan lagi.

Tekstur kek gula hangus perlulah kenyal. Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang. Namanya digelar kek sarang semut kerana jaluran halus yang menjalar serta lubang-lubang kecil seakan sarang semut.

Baiklah, untuk anda yang penasaran bagaimana cara membuat kek ini sila baca resepi Kek Gula Hangus Kukus yang kami kongsikan di bawah ini yang didapatkan daripada Nur Syafiqah di Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut Manis)

Kek Gula Hangus Kukus

Imej via Google

Bahan Gula Hangus

2 cawan gula pasir

2 cawan air panas (betul2 panas)

3 sudu penuh butter ( mentega pun boleh)

Bahan Untuk Dicampurkan

7 bijik telur gred A

2 cawan tepung gandum (ayak)

2 sdt soda bikarbonat ( ayak)

1 sdt baking powder (ayak)

1/2 cawan susu pekat manis

2 sdt esen vanilla

Cara Membuat Kek Gula Hangus

1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan.

2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air panas (hati-hati bila meletakkan air panas, sebab dia akan meletup-letup).

3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik.

4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati.

5. Masukkan esen vanilla dan kacau.

6. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.

7. Masukkan soda bikarbonat.

8. Masukkan baking powder.

9. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh).

10. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer).

11. Gris loyang dan lapik baking paper, tapis adunan ke dalam loyang, bakar api bawah sahaja selama 1 jam suhu 180′.

12. Kemudian bakar lagi 5-10 minit api atas sahaja suhu 180′.

Boleh juga dikukus atau menggunakan rice cooker selama 1 jam atau hingga masak.

Kek Gula Hangus Kukus

Kek Gula Hangus

Imej via Facebook

Tips Kek Gula Hangus

Tips yang didapat daripada Norana Denny di Facebook ini boleh anda praktikkan untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik dan sedap :

1. Gula boleh dikacau, biarkan di atas kuali menggunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jangan risau, rasa dia akan sedap seperti gula dan sudah hangus seperti rasa coklat. Warna dia akan hitam. Kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sedikit dan tuang…

2. PERHATIAN kacau telur jangan lama, kerana boleh keringkan kek, kacau sekadar telur kuning pecah dan sebati.

3. Masa memasukkan susu dan tepung pun mesti dikacau sekejap sahaja sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.

4. Tip terakhir ialah aluminium foil mesti digunakan untuk menutup loyang kek sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada diletakkan kain pada sekeliling tudung pengukus ( tapi kalau tidak ada aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus dengan kain disekelilingnya)

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek gula hangus ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.