Anda mencari resepi kek buah kukus yang sedap?
Kek buah kukus memang sangat disukai orang ramai kerana rasanya yang sedap dan juga memiliki aroma yang sangat wangi dan menyelerakan.
Cara membuat kek buah sangat senang, tidak leceh dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang dijumpai. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai dan akan kami kongsikan dibawah ini. Kek buah kukus pula dapat dimakan bila-bila sahaja.
Resepi kek buah yang kami kongsikan ini dimasak dengan cara kukus. Melihat gambarnya sahaja sudah sangat menggoda selera. Bagaimana pula jika anda membuat kek buah sendiri, mesti lagi sedap. Boleh dihidangkan untuk keluarga anda sebagai camilan. Sila cuba resepi ini.
1. Mula-mula sediakan dahulu bahan A.
2. Masak gula sampai cair dan keperangan/hangus.
3. Kemudian tuang air panas perlahan-lahan, cairkan balik gula tadi.
4. Masukkan butter.
5. Bila butter sudah cair masukkan mixed fruit. Kacau sebati dan sejukkan. (Adunan A)
6. Seterusnya dalam bekas lain, putar telur dengan esen vanilla sampai berbuih (guna blender pun boleh).
7. Kemudian tuang telur ke dalam adunan A tadi. Kacau rata sambil masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit.
8. Kacau rata sampai semuanya sebati.
9. Masukkan ke dalam loyang yang dilapik baking paper.
10. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 4 jam. (Sebenarnya 2 jam pun sudah masak tapi untuk dapatkan kek yang moist perlu kukus selama 4 jam dimana 2 jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir api perlahan).
11. Sejukkan kek sebelum potong.
Kek siap untuk dihidangkan.
Selain resepi Kek Buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.