Jom cuba resepi kek batik nestum ini.
Kek batik selalu digilai ramai. Walau ada banyak resepi kek sedap lainnya namun kek batik selalu jadi pujaan.
Kek batik dapat dihidangkan sebagi makanan pencuci mulut boleh dimakan setiap masa. Bentuk kek batik yang menarik sangat sering dijadikan hidangan untuk majlis-majlis.
Kek batik dibuat daripada roti marie yang dikombinasikan dengan coklat, susu dan telur serta bahan lainnya. Kek batik ada banyak jenis antaranya kek batik coklat, kek batik cheese, kek batik Oreo, kek batik nestum dan lain-lain.
Rasa kek batik yang lembut penuh coklat perpaduan dengan enaknya roti marie sangat menyelerakan. Semua kalangan menyukai kek batik. Walaupun bahan-bahan yang diperlukan agak banyak namun cara penyediannya tidaklah rumit.
Cara memasak kek batik pula tidak perlu dibakar. Hanya perlu menyejukkan kek batik sehingga mengeras. Adunan kek batik tidak menggunakan tepung.
Tanpa memakan masa, kami bahagikan kepada anda resepi kek batik nestum yang dikongsikan oleh Fatimah Ali di Facebook. Ramai orang yang mencuba membuat kek enak ini. Sekarang masanya anda pula. Selamat mencuba.
1. Biskut Marie dipatah-patahkan.
2. Cairkan butter dalam kuali.
3. Bila butter sudah cair masukkan Milo, serbuk koko, susu pekat. Kacau sedikit.
4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat.
5. Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie. Kacau rata.
6. Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.
7. Masukkan adunan kek di atas tadi.
8. Tekan bagi padat.
9. Sejukkan dalam peti sebelum kek dipotong.
Selamat mencuba.
Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.