Kek Batik merupakan juadah pemanis mulut yang amat popular di Malaysia. Rasanya penuh dengan coklat dicampur pula rasa lemak daripada biskut, pastinya menimbulkan kombinasi yang amat menarik untuk dimakan. Cara pembuatannya tidaklah susah walaubagaimanapun, ianya perlulah dihasilkan dengan cermat. Jika tidak, keraslah kek anda.

Untuk mengatasi masalah itu, kali ini kami bawakan kepada anda resepi kek batik lembut. Jadi, anda tidak perlu lagi risau kerana sekiranya anda mengikuti langkah – langkah yang disediakan, pastinya anda boleh hasilkan kek batik yang lembut dan melazatkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Kek Batik Lembut

kek batik lembut

image via Facebook

Bahan – bahan:

Kek batik:

  • 600g biskut marie
  • 200g butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Topping atau Ganache:

  • 100g milk compound
  • 100 g dark compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sdb butter
  • 1 sdb golden syrup (optional)
  • 1 sdk hazelnut oil

Double boil kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara – cara memasak:

  1. Masak butter sampai cair, masakkan kek batik guna api kecil sahaja.
  2. Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  3. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
  4. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
  5. Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
  6. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
  7. Tuangkan chocolate ganache yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
  8. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.
kek batik lembut

image via Facebook

Resepi – resepi yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.