Sekiranya anda mengingkan sesuatu yang lain daripada citarasa Malaysia, yang boleh membawa anda seperti berada di Itali, sudah pasti resepi Spaghetti Bolognese menjadi pilihan anda. Sos Bolognese merupakan meat-based sauce yang berasal daripada Itali sekitar tahun 1890. Selalunya, sos bolognese akan dimasak bersama tomato dan menghasilkan rasa yang masam dan unik. Ianya juga merupakan sos yang boleh digabungkan dan dimakan bersama dengan spaghetti, lasagna, fettucine dan sebagainya. Sos ini agak mudah untuk dibuat dan menjadi pilihan anda sekiranya mahukan sesuatu yang ringkas, tetapi tetap lazat dan ala barat.

Disini kami bawakan resepi yang telah dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai!

Resepi Spaghetti Bolognese Ala Itali

Spaghetti Bolognese

Image via Continental

Bahan – bahan memasak:

  • 1 bawang Holland (didadu)
  • 2 bawang besar (didadu)
  • 1 labu bawang putih  (didadu)
  • 2 botol sos Bolognese Kimball
  • 500 gram daging kisar Ramly
  • 1 paket sausage daging Ramly
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 tin cendawan butang (hiriskan)
  • 2 batang carrot diparut
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 mix herbs
  • Garam dan gula

Cara – cara memasak:

  1. Perahkan air cendawan yamg dihiris tadi. Gorengkan sampai garing dan ketepikan.
  2. Goreng sausages dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan campurkan butter.
  4. Tumiskan bawang -bawang dan lada hitam sehingga garing sedikit.
  5. Masukkan daging dan masak sampai air daging itu kering.
  6. Masukkan sos, dan dua botol air yang dicampur didalam botol sos itu.
  7. Masukkan kiub ayam.
  8. Kemudian masukkan mix herbs, garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan sausages, cendawan dan carrot.
  10. Masak sehingga pekat sedikit.
  11. Kalau suka letakkan serbuk cheese semasa hendak makan.
  12. Siap dan sedia untuk dihidangkan kepada keluarga!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi spaghetti bolognese, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan rakan dan keluarga anda ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.