Mahukan resipi yang sihat tapi sedap?

Resepi yang ingin dikongsikan ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah sangat sedap juga. Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi banyak khasiat seperti lemon, halia dan madu. Tiga bahan ini sahaja sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.

Terdapat pelbagai khasiat apabila bahan-bahan ini digabungkan menjadi jus.

Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan lain-lain lagi. Maka jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fandy Mieyza di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai! Mari kita cuba resepi ini.

Resepi Jus Halia Bermadu

Resepi Jus Halia Bermadu

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 3 biji lemon
  • 6 inci halia
  • 3 cawan air
  • 3 cawan madu

Cara-cara membuat:

Resepi Jus Halia Bermadu

Image via Facebook

  • Potong lemon dan halia
  • Rebus dalam periuk + 3 cawan air (750 ml)
  • Rebus hingga air tinggal separuh
  • Sejukkn..blender..campur
  • 3 cawan madu (lebih kurang 250ml)….ikut citarasa masing2
  • Masuk botol..simpan dalam peti sejuk

#Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.
#Kalau nak manis , tambah madu lagi…ikut citarasa masing2.

Siap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Jus Halia Bermadu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Nur Aisyah Ibrahim

Nur Aisyah Ibrahim

Merupakan pelajar di UPM dan meminati bidang penulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.