Puding jagung merupakan salah satu juadah yang sering dihidangkan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis dan teksturnya yang amat lembut menjadikannya kegemaran ramai orang. Selalunya, puding jagung dihidangkan kepada tetamu akan tetapi, boleh sahaja kita menghidangkannya kepada ahli keluarga dan kepada yang tersayang.

Terdapat pelbagai jenis puding jagung, seperti puding jagung kastard, puding jagung buah koktel dan banyak lagi. Akan tetapi, kali ini kami bawakan keunikan didalam resepi kami ini dimana kami akan kongsikan resepi puding jagung cincau. Rasanya amat unik dan gabungan cincau dan puding membuatkan rasanya meletop dan pasti sesiapa yang merasainya nak lagi!

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan Hamidah HA dan dengar cerita telah mendapat banyak komen positif di Facebook.

Resepi Puding Jagung Cincau

puding jagung

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 12 gram agar – agar tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar bes berperisa jagung
  • Sedikit cincau
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam

    puding jagung

    image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
  2. Potong cincau kecil kecil dan ketepikan.
  3. Bersihkan agar – agar tali. Masak agar – agar dengan 3 cawan air hingga semua agar – agar larut.
  4. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.
  5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah dikisar dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
  6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu.
  7. Tuang semua agar – agar ke dalam loyang/acuan tadi.
  8. Agak – agak dalam 10 – 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan – tekan sedikit cincau ke dalam agar – agar.
  9. Dalam 10 – 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar – agar sehingga habis.
  10. Tekan – tekan sedikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar – agar. Sejukkan.
  11. Apabila puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  12. Keluarkan loyang/acuan tadi dari peti sejuk. Keluarkan puding dari loyang/acuan.
  13. Potong ikut suka.
  14. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Langkah – langkah dan bahan bahan yang terdapat dalam resepi – resepi ini juga amat mudah untuk diikuti dan sesuai untuk dicuba oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.