Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam walaupun ada bermacam lauk masak kurma selain ayam seperti lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang.

Umumnya ayam masak kurma selalu dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Namun dihidangkan dengan nasi putih juga masih sedap.

Campuran rempah untuk kurma boleh dijumpai dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan secara komersial sebagai “serbuk kurma”. Lauk masak kurma ditumis dengan rampaian rempah kisar dan santan kelapa atau kelapa parut.

Namun,  kami akan kongsikan kepada anda resepi ayam masak kurma yang berbeza daripada biasanya yang dikongsikan oleh Fadhilah Alattas Syed Mahusin di Facebook. Dimana biasanya bahan untuk memasak ayam masak kurma selalunya menggunakan santan, namun dalam resepi ini ia TIDAK menggunakan santan.

Walaupun tanpa santan namun rasa ayam masak kurma ini sangat sedap dan tampilannya pun menarik. Selain tidak leceh menyediakan santan, anda yang punya alahan makan santan boleh makan ayam masak kurma resepi ini. Sila dicuba resepi ini.

Resepi Ayam Masak Kurma Spesial dan Sedap

Reseoi ayam masak kurma

Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 3 ulas bawang merah, hiris.
  • 7 ulas bawang putih, mayang hancur.
  • Cili padi, boleh letak atau tidak.
  • Lada hitam tumbuk.
  • Halia tumbuk, letak lebih sebab boleh pekatkan kuah.
  • Daun kari.
  • Kulit kayu manis.
  • Bunga lawang.
  • Buah pelaga.
  • Rempah kurma babas satu senduk.

Cara Membuat Ayam Masak Kurma

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng. Alihkan.

2. Tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul.

4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi.

5. Gaulkan dengan ayam. Masa ini boleh letak kentang.

6. Masukkan rempah kurma babas satu senduk gaul rata dengan ayam.

7. Selepas itu masukkan halia, gaul lagi.

Resepi ayam masak kurma

Imej via Facebook

8. Akhir sekali masukkan air, kiub ayam dan perasa. Biar hingga kuah jadi pekat.

Resepi ayam masak kurma

Imej via Facebook

9. Kuah sudah siap dan pekat.

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Masak Kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.