Daging paprik merupakan masakan Thailand yang sudah berkembang di Malaysia. Daging paprik selalunya menjadi makanan pilihan masyarakat melayu. Ia biasanya dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih ataupun nasi goreng.

Para isteri yang bingung mencari resepi masakan daging yang menarik, anda boleh mencuba resepi daging paprik. Resepinya sangat mudah dan bahan-bahan untuk membuat daging paprik juga mudah dijumpai.

Daging paprik biasanya dijadikan menu untuk jamuan acara atau makan tengah hari. Rasa daging paprik pula tidak terlalu pedas namun sangat gurih dan sedap. Rempah masakan daging paprik sangat membangkitkan selera.

Daging paprik selalu disediakan di restoran melayu mahupun Thailand. Harganya pun mengikut penyediaan di restoran tersebut. Namun dengan resepi yang mudah anda boleh memasak daging paprik sendiri. Tidak perlu beli di kedai.

Maka, di bawah ini kami akan kongsikan resepi daging paprik yang sedap membangkitkan selera yang dikongsikan oleh Nurjanah Amanda di Facebook. Sila cuba resepi ini dirumah.

Resepi Daging Paprik Yang Membangkitkan Selera

resepi daging paprik

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Halia sebesar ibu jari.
  • Cili kering.
    (Kisar kesemuanya)
  • Daun limau.
  • Babycorn.
  • Asparagus.
  • Red/yellow pepper.
  • Shallot scape.
  • Tomato.
  • Carrot.
  • Brokoli.
  • Kicap pekat 1 sudu besar.
  • Lada sulah 1 sudu besar.
  • Daging dihiris tebal.
  • Sos tiram 2 sudu besar.
  • 4 sudu besar sos tomato.
  • 4 sudu besar kicap lemak manis.

Cara Memasak Daging Paprik

1. Perapkan daging bersama kicap pekat 1 sudu besar dan lada sulah 1 sudu besar.

2. Tumis sampai garing bahan-bahan kisar bersama daun limau.

3. Masukkan daging ke dalam bahan tumis tadi, kemudian tutup kuali. Biarkan daging masak sehingga empuk dan air dagingnya keluar.

4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos tomato 4 sudu besar dan kicap lemak manis 4 sudu besar.

5. Bila kuah agak pekat masukkan air.

6. Akhir sekali masukkan sayuran campur.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Daging Paprik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.