Apam mekar merupakan kuih yang tidak lekang oleh masa. Kuih ini memiliki tekstur yang gebu, lembut dimulut dan sedap. Kali ini kami  akan berkongsi resepi apam mekar yang patut anda cuba !

Kuih apam mekar biasanya dijadikan sebagai camilan untuk acara mahupun majlis-majlis. Apam mekar pula sering dijadikan makanan camilan untuk kanak-kanak.

Apam mekar merupakan camilan yang mengenyangkan. Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum dengan campuran air, gula, telur dan bahan lain. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan.

Kuih apam mekar ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala diberi pewarna bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni cantik dan menggiurkan selera.

Pada resepi hari ini kami akan berkongsikan resepi apam mekar yang mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Lea Abd Jalil. Resepi ini sangat mudah dan sangat simple. Cara membuatnya pula sangat senang dan tidak memakan masa. Apam mekar ini pula dikukus hanya dalam 15 minit sahaja. Sila dicuba resepi di bawah ini.

Resepi Apam Mekar

Apam mekar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur.
  • 2 cawan gula halus.
  • 1 sudu besar ovallete.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan ais krim soda.

Cara Membuat :

1) Mula-mula pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.

2) Kemudian masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.

3) Tuangkan dalam acuan.

4) Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit. Siap

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam mekar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.