Kali ini kami bawakan resepi brownies cookies yang amat lazat dan menyelerakan. Brownies cookies ini merupakan biskut yang mempunyai tekstur yang amat lembut seperti brownies. Ianya amat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu pada majlis – majlis keraian.

Jangankan kata tetamu, ahli keluarga kita juga pasti akan menggemari brownies cookies ini. Rasanya manis dan lembut, cair di mulut! Sekali makan pasti nak lagi!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rahimah Abdillah di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita tengok!

Resepi Brownies Cookies

Resepi Brownies Cookies

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 40 gram butter/buttercup
  •  350 gram dark chocolate
  •  2 biji telur + 1 biji kuning telur
  •  120 gram /130 gram gula castor (120 gram kurang manis)
  •  1 st esen vanila
  •  35 gram tepung gandum
  •  1/4 st baking powder

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan dark choc + butter menggunakan kaedah double boiler.
  2. Pukul gula bersama telur dan esen sehingga kembang dan putih. Lebih kurang 10 minit speed mixer no 5.
  3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur. Mix sekejap.
  4. Masukkan pula coklat cair. Kacau dengan spatula hingga sebati atau guna mixer.
  5. Bila dah sebati. Masukkan dalam piping bag dan rehatkan selama 10minit di dalam peti ais. Sambil panaskan oven anda sekali. Mudah sebenarnya bila masuk dalam piping bag.
  6. Lepas 10minit, boleh pipekan atas macaron mate yang sudah di gris dengan butter. Ikut lah nak letak apa sekali pun. Bakar selama 10 ke 11 minit, api atas bawah suhu 160 celcius atau mengikut suhu oven masing-masing. Bila dah masak, biar sejuk sekejap dan simpan dalam bekas kedap udara.
  7. Siap. Saya masak selama 12 minit suhu 160 celcius untuk dapatkan biskut yang rangup.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.