Siapa mengidamkan nasi goreng kampung? Sebagai rakyat Malaysia, nasi goreng kampung merupakan juadah yang tidak asing lagi bagi kita. Rasanya pedas dan pelbagai rencah didalamnya mampu memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya. Nasi goreng kampung mudah untuk didapati di gerai – gerai dan restoran di sekitar kita. Ramai diantara kita yang menggemari nasi goreng kampung, kan?

Nasi goreng kampung merupakan salah satu juadah nasi goreng yang telah divariasikan oleh masyarakat kita sendiri. Kreatif sungguh orang Malaysia ini. Ianya mempunyai ciri khas dimana kita boleh mengenal pasti nasi goreng kampung ini dengan hanya melihat sayur didalamnya. Selalunya, nasi goreng kampung akan mempunyai sayur kangkung di dalamnya serta dihiasi dengan keropok dan hirisan timun bagi mempelbagaikan lagi rasanya. Kini, dengan resepi yang kami sediakan, anda boleh masak sendiri juadah ini.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang dibawakan khas oleh Norhayati Yusoff. Resepi ini juga telah mendapat banyak komen positif di Facebook kerana rasanya yang enak dan cara pembuatannya juga mudah.

Resepi Nasi Goreng Kampung

nasi goreng kampung

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 cawan nasi putih (6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
  • Cili padi (10 tangkai)
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
  • Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
  • Minyak untuk menumis

Cara – cara memasak:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  3. Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  4. Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  5. Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  6. Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya.
  8. Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba, menambahkan lagi idea – idea untuk masak apa hari ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan rakan anda juga ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.