Kek marble jelita merupakan satu lagi resepi kek yang telah menjadi tular. Ia merupakan sejenis kek butter dan mempunyai corak marble dan kek ini dinamakan marble jelita kerana ia mempunyai corak-corak yang sangat menarik. Namun begitu, bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding resepi kek marble yang biasa ditemui cuma teknik yang digunakan sedikit berbeza untuk menghasilkan corak yang cantik.

Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang lain tetapi sangat sedap dan sangat digemari ramai orang anda boleh mencuba resepi ini yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Resepi ini juga tahan lama, oleh itu, anda boleh menghasilkan kek ini untuk tujuan rumah terbuka atau diletakkan didalam balang kuih raya. Kek ini juga lazat jika dimakan bersama air teh o panas! Kalau makan begitu sahaja juga sedap!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fadila Sofia di Facebook beliau. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Marble Jelita

Kek-Marble-Jelita
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 sb ovalete
  • 1 cawan gula halus
  • 3 sb susu pekat
  • 1/4 cawan / 50g susu segar
  • 2 cawan / 200 gram tepung gandum (ayak)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanila
  • 150 gram butter (dicairkan)

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan butter dalam kuali kemudian ketepikan.
  2. Pukul semua bahan (kecuali butter) sehingga kembang dan gebu. Hampir berwarna putih seperti meringue.
  3. Masukkan butter yang telah dicairkan ke dalam bancuhan, dan kacau sebati dengan teknik kaup balik. Jangan guna mixer.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk yang berbeza dan letakkan pewarna yang berlainan.
  5. Griskan butter pada loyang dan letak adunan secara selang seli atau ikut kreativiti masing-masing.
  6. Bakar pada suhu 150°C-160°C selama 50 hingga 60 minit mengikut oven masing-masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.