Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi black pepper gravy dan oven baked mayo chicken. Resepi ini amat sesuai untuk dihidangkan semasa majlis keramaian kerana hidangan ini boleh dimakan beramai – ramai.

Resepi ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Hanya ikuti beberapa langkah dan masukkan kedalam ketuhar! Mudah dan tidak membuang masa.

Ummu Naufal telah kongsikan resepi ini di Facebook milik beliau dan beliau telah mendapat banyak perkongsian dan likes! Jom kita lihat resepi ini.

Resepi Black Pepper Gravy dan Oven Baked Mayo Chicken

Resepi Oven Baked Mayo Chicken

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Oven Baked Mayo Chicken:

  • 1 ekor ayam
  • 3/4 biji kentang ( potong 2)
  • 2 batang carrot ( potong besar2)
  • 2 biji bawang besar (potong 4)
  • 3/4 biji bawang putih ( ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 5/6 sb mayonnaise  (letak lebih lagi sedap)
  • 3 sb sos tomato
  • 3 sb kicap pekat manis
  • 3 sb sos cili
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan Black Pepper Gravy:

  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 sb butter / margerine
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan air
  • 7 sb mayonnaise
  • 2 sb sos tiram/3 sb kicap manis

Cara – cara penyediaan:

Oven Baked Mayo Chicken:

  1. Gaul semua bahan dan jika mahu perap pun boleh jika tidak pun tidak mengapa.
  2. Sebelum masuk kedalam oven, taburkan sesame oil dalam 2 sudu dan daun rosemary.
  3. Bakar dengan suhu 280 atau ikut oven masing-masing selama 35 hingga 45 minit atau sehingga masak.

Black Pepper Gravy:

Resepi Black Pepper Gravy

image via Facebook

  1. Panaskan butter sehingga cair dan masukkan bawang.
  2. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan tepung dan black pepper dan kacau sebati kemudian masukkan air dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan mayonnaise, sos tiram atau kicap manis.
  5. Masak sehingga pekat.
  6. Siap!

P/s: Mayo gravy ini sedap dimakan bersama mash potato. Boleh juga tuang di atas salad, satay, daging bakar dan sebagainya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.