Resepi yang kami bawakan kali ini merupakan resepi yang sangat popular. Selalunya, jika dijual dikedai, pasti sahaja laku! Ianya adalah resepi Ayam Geprek. Resepi ini amat digemari oleh mereka yang menyukai pedas. Ini kerana, tahap kepedasannya tak boleh bawa bincang, pasti berpeluh dan tak cukup air!

Ayam geprek ini akan digoreng dahulu. Selalunya, bahagian yang boleh digunakan adalah bahagian thigh kerana isinya lebih berjus dan digemari ramai. Kemudian, ianya dilumur bersama sambal geprek istimewa yang diperbuat daripada pelbagai jenis cili, cuka, gula dan garam. Sambal ini menjanjikan rasa yang bervariasi.

Bahan – bahan untuk membuat ayam geprek ini amat mudah untuk didapati. Ianya juga mungkin sudah pun ada di dapur anda. Jadi, jangan lupa untuk menyediakan hidangan ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Rodziah Zaharin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Ayam Geprek

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam Goreng:

  • Ayam
  • Telur
  • Tepung Bestari (Pedas)
  • Minyak untuk menggoreng

Sambal Geprek:

  • 6 biji cili merah besar *
  • 4 biji cili hjau kecil *
  • 2 biji cili merah kecil *
  • 1 1/2 biji bawang besar/bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji limau nipis
  • Gula dan garam
  • 1 sudu teh cuka
  • Perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara – cara memasak:

Ayam Goreng:

  1. Gaulkan ayam bersama telur.
  2. Kemudian, gaulkan ayam bersama tepung Bestari pedas.
  3. Gorengkan kedalam api sederhana.

Sambal Geprek:

  1. Gorengkan kesemua bahan bertanda (*) kedalam api yang panas sehingga 3 ke 4 minit.
  2. Toskan kesemua bahan – bahan tadi.
  3. Masukkan bahan tersebut kedalam lesung batu.
  4. Masukkan gula, garam dan tumbuk separuh lumat.
  5. Masukkan jus limau nipis.
  6. Masukkan cuka.
  7. Masukkan minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi dalam 1 ke 1 1/2 sudu besar.
  8. Masukkan perasa.
  9. Siap! Gaulkan rata ke atas ayam goreng tepung tadi.
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.