Bila berbincang tentang bihun, antara penyediaan bihun yang banyak di kedai-kedai ialah bihun goreng atau bihun sup. Dimana bihun goreng merujuk kepada menumis bihun dengan rempah-rempah tertentu dan bihun kuah pula selalunya dihidangkan dengan sup ayam/daging dan sayur-sayuran.
Jika anda mencari-cari resepi bihun sup ayam yang sedap dan mudah, sila baca dan perhatikan resepi yang dikongsikan oleh Nurain Ain di Facebook yang sudah kami kemas dengan sangat detail pada tulisan di bawah ini.
Bihun sup tidak pedas, sedap dan sangat mengenyangkan kerana ia mengandungi karbohidrat sama seperti nasi serta daging ayam yang kaya akan protein. Jika anda mahu pedas, kami juga menulis resepi sambal kicap sebagai pelengkap makan bihun sup ayam.
Tanpa membuang masa, sila anda cuba resepi bihun sup di bawah ini. Hidangkan bihun sup macam kedai yang anda buat kepada ahli-ahli keluarga anda.
Imej via Facebook
1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.
2. Mayang 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.
4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.
5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.
6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.
7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.
8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.
Imej via Facebook
Selain resepi sup bihun ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.