Mencari resepi ayam berkuah yang mudah dan sedap?
Ayam merupakan sumber protein yang tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika dimasak mengikut citarasa sendiri, pasti anda akan menikmatinya dengan penuh selera.
Ayam juga enak dimasak secara berkuah, dan ada berbagai jenis cara masakannya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 25 resepi ayam berkuah buat anda.
Diinspirasikan daripada ayam kicap daripada salah satu restoran terkenal di Kuala Lumpur, Nur Fakhira Mohd Rosli telah berkongsikan resepi yang enak dan viral. Makan bersama nasi panas dan sambal gesek pasti menjilat jari.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak lalu goreng ayam hingga garing.
2. Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Baki minyak panaskan semula. Kisar bawang dan halia dengan sedikit air.
3. Masukkan daun kari dalam minyak yang panas tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing.
4. Masukkan sup bunjut dan serbuk kari. Kacau hingga garing lalu tambah air dan asam keping.
5. Masukkan seafood sauce dan semua kicap. Kacau sampai mendidih lalu masukkan ayam goreng. Kacau sampai semua masak sebati.
6. Siap untuk dihidangkan.
Resepi ayam berkuah ini pernah tular laman sosial suatu ketika dahulu. Merupakan sajian daripada Bangladesh, rasanya memang kena dengan tekak warga Malaysia. Ikuti resepi Nurizzatie Abdul Rahman ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumbuk semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bwg merah besar hingga layu.
3. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan daun bay. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang putih, halia dan cili padi yang ditumbuk.
5. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, garam dan cik aji. Tambahkan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
6. Masukkan ayam lalu gaul sebati. Tambahkan lagi air dan tutup kuali. Biarkan sehingga ayam masak.
Bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi, malah boleh dijadikan lauk untuk dimakan bersama roti, capati dan sebagainya. Bagi penggemar makanan pedas, anda memang perlu cuba resepi ini. Simple tetapi sedap. Ikuti resepi milik Izu Akma ini pasti menjadi.
Bahan A:
Bahan B:
Cara memasak:
1. Tumbuk bahan bertanda *.
2. Perap ayam dengan bahan A selama yang anda mahu.
3. Goreng ayam tadi dengan minyak sederhana banyak. Apabila sudah agak garing, angkat, tos dan ketepikan. Boleh goreng ayam menggunakan air fryer untuk lebih sihat.
4. Pakai minyak yang sama untuk menumis semua bahan B. Apabila semua bahan sudah agak layu dan sebati, masukkan ayam tadi. Gaul rata semua hingga sekata. Agak-agak dalam 10 minit, siap!
5. Angkat dan boleh dihidangkan makan dengan nasi panas. Jika ada papadom lebih umph!
Tengku RosElyza Raja Muhammad telah berkongsikan resepi ayam masak bali yang paling mudah. Buat mereka yang gemarkan sambal tumis ayam tetapi mahukan sedikit kelainan, apa kata anda cuba masak menu ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak goreng ayam tadi. Goreng serai hingga warna separa coklat.
3. Masuk daun kari dan goreng hingga garing.
4. Masuk bahan kisar dan tumis kesemuanya hingga wangi dan garing.
5. Masukkan gula, garam, sos cili dan kicap. Masukkan kicap sedikit demi sedikit sampai dapat warna cantik iaitu merah maroon. Boleh juga nak campur Kicap Kipas Udang masin dan manis.
6. Masukkan ayam lalu gaul sebati dan masak lagi 10 minit.
Dalam kalangan pembaca Saji pasti ada yang gemar akan makanan Korea. Lihat resepi macam sukar, tetapi sebenarnya mudah sahaja cara untuk memasak. Nazariah telah berkongsikan resepi ayam Korea yang pedas. Jika anda suka makan makanan yang pedas, ikuti resepi milik beliau.
Bahan-bahan perapan ayam:
Bahan-bahan sos:
Cara penyediaan:
1. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan sedikit halia sehingga lumat.
2. Perap ayam menggunakan bahan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Masukkan sebiji telur dalam ayam yang sudah diperap.
4. Salutkan ayam dengan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk cili.
5. Goreng ayam tersebut sehingga masak (pastikan guna api kecil). Toskan dan ketepikan.
6. Keluarkan minyak, tumiskan 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung. Kemudian, masukkan cili kering yang dah dikisar dan garam secukup rasa.
7. Seterusnya, masukkan madu, gula perang, serbuk cili, sos tomato, sos cili dan bijan.
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.
Jika kebiasaannya kita mengetahui tentang pindang ikan, lain pula kali ini ada pindang ayam. Namun ayamnya bukanlah dibalut dengan daun seperti pindang ikan. Oh ya, resepi ini telah dikongsikan oleh @norita_foods dan merupakan sajian daripada Indonesia.
Bahan-bahan:
Bumbu Hiris:
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan cuci sampai bersih. Toskan.
2. Cuci semua bumbu kemudian hiris dan potong.
3. Tumis bumbu yang telah dihiris dan dipotong sehingga wangi, kecuali tomato dan cabai.
5. Masukkan ayam, aduk sampai bumbu gaul sebati.
6. Tambahkan air, masukkan garam dan penyedap rasa lalu masak dengan api sederhana.
7. Tambahkan tomato dan cabai.
8. Setelah ayamnya empuk, tutupkan api.
9. Pindang ayam siap dihidangkan.
Ayam Kam Heong dan Paprik Ayam merupakan menu berbeza walaupun kelihatan sama dari luarannya. Apa yang membezakannya adalah Ayam Kam Heong diletakkan daun dan rempah kari. Semestinya rasa juga berlainan. Apa yang pasti, resepi milik Ain Ariffin ini pasti dapat menambat selera seisi keluarga.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Goreng ayam lalu ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari, masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sehingga sebati. Siap!
Yanti Zawani Zahari berkongsi resepi Phad Phed Ayam. Jika anda memerlukan menu mudah untuk dimasak, ikuti resepi ini yang sangat mudah. Bahan yang diperlukan juga pasti ada di rumah.
Bahan kisar:
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan asam keping 2 keping.
3. Masak lagi sampai ayam masak.
4. Letakkan daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Tambahkan air jika mahu berkuah.
7. Masukkan sayur yang anda suka seperti kacang panjang, bunga kobis, terung dan sebagainya.
Lagi satu resepi mudah dan cepat untuk dimasak adalah ayam steam halia. Nurul Hawa Nadila Sari telah berkongsikan resepi ayam steam yang sedap. Jika anda terburu-buru untuk memasak, ini pilihan menu yang tepat buat anda.
Bahan-bahan:
Bahan perapan:
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 min.
2. Kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit. Masa mengukus bergantung kepada berapa banyak ayam yang dimasak.
3. Tambahkan air jika mahu berkuah.
4. Siap.
Ada peminat ayam ungkep? Ryna Kharysta berkongsi resepi yang pasti menjadi.
Bahan-bahan:
Bahan kisar :
Bahan tumbuk:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan serai. Masak dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Masukkan sedikit air dan apabila agak garing, masukkan air asam jawa dan ayam. Gaul rata.
3. Biar kuah menjadi pekat dan ayam empuk. Apabila ayam sudah empuk dan kuah sudah pekat, masukkan stok ayam, garam dan gula secukup rasa serta daun limau. Masak hingga naik bau dan tutup api.
Hairul Nizam Ijam berkongsi resepi stew ayam yang sesuai untuk mereka yang menjaga diet. Resepi ini menggunakan satu bahan istimewa iaitu serbuk Bisto. Nak tahu cara membuatnya, ikuti resepi di bawah.
Bahan-bahan:
Nota: Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown sos rupanya, tetapi rasa berlainan. Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage, jika tiada serbuk Bisto, Stew Ayam kurang sedap.
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan sedikit garam, kemudian goreng ayam sampai kekuningan .
2. Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis. Semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil. Kikis kulit carrot dan potong menyerong tebal-tebal.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang lalu biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan.
4. Masukkan semua air, ubi kentang serta carrot. Kemudian kacau, biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk .
5. Masukkan kiub ayam, lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi.
6. Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam stew tadi dan kacau semua bahan.
7. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat. Rasa garam, jika kurang masin tambah sedikit garam lagi.
8. Biar kuah mendidih selama 3 hingga 5 minit lagi dan boleh tutup api dapur. Kuah stew yang tengah mendidih, saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk. Akhir sekali baru la saya masukkan ayam. Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata, saya biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum saya tutup api dapur.
Orang jawa pasti familiar dengan resepi enak ini. Lazimnya ayam masak semur dimasak kering. Namun kali ini Syuhada Che Din mengolah resepi ini dengan berkuah. Namun rasanya tetap sama dan enak.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *.
2. Tumis bahan kisar tadi. Apabila sudah naik bau, masukkan kentang dan tunggu sampai empuk.
3. Masukkan ayam dan kicap manis. Kacau rata.
4. Dah nampak elok meresap, masukkan air asam jawa.
5. Masukkan santan dan sedikit air. (Ikut korang nak kuah banyak mana)
6. Tunggu sampai pekat dan mendidih. Kalau rasa kurang masin, boleh tambah garam.
7. Taburkan cili besar dan daun sup. Kacau sekejap dan tutup api.
8. Siap!
Resepi ayam kurma ini berbeza seperti kebiasaan kerana tidak menggunakan santan. Kali ini Dani J Tang mengolahkan resepi dengan menggunakan susu cair. Rasanya lebih lemak berkrim dan lebih sedap.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan minyak, tumis bawang yang dihiris halus dan rempah kasar sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kurma adabi yang di bancuh dengan sedikit air menjadi pes.
3. Saya tumis 3 kali garing. Masukkan air, apabila sudah kering dan garing, masukkan air lagi. Ulang sampai tiga kali. Jaga api dan jangan bagi rempah hangus.
4. Masukkan ayam, biar dia sebati dengan rempah. Kacau-kacau, jaga jangan bagi hangus. Tambah air jika perlu.
5. Kemudian masukkan air secukupnya.
6. Masukkan kentang, agak-agak kentang sudah separuh masak, masukkan bawang yang kita potong wedges tadi, biar dia mendidih sekejap.
7. Masukkan susu cair secukup rasa, garam, gula, air asam jawa jika suka. Bahan lain macam tomato, cili besar dan telur rebus. Biar dia mendidih sekejap, apabila sudah agak masak, boleh tutup api. Siap.
Rindu dengan masakan kenduri? Buat sendiri lebih berpuas hati kerana boleh memasak dengan kuantiti yang diinginkan. Nak resepi yang sama seperti kenduri, ikuti resepi milik Fateema Azzahra ini.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Lepas dah wangi, masukkan cili kisar dan serai.
2. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, sos dan gula kabong. Tambah air sedikit lagi mengikut kepekatan yang korang nak.
3. Kacau rata dan masukkan ayam. Perasakan dengan serbuk hilal dan garam.
4. Rasa dah ngam, boleh tabur hirisan bawang besar, cili besar, daun ketumbar dan bawang goreng.
Eida Hasan telah berkongsi resepi masakan chinese. Jom cuba masakan lain daripada lain yang pasti menambat hati sekeluarga.
Bahan-bahan:
Bahan perapan:
Bahan Sos:
Cara-cara:
1. Potong ayam bentuk comel-comel. Perapkan dengan bahan perapan selama ½ jam.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan goreng ayam sebentar sehingga separa masak. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak, tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering dan capsicum.
4. Kacau goreng sebentar, masukkan ayam dan gajus. Tuangkan bahan sos perlahan-lahan dan kacau sehingga semua bahan sebati.
5. Masukkan daun bawang, kacau dan siap untuk dinikmati.
Kuah kari kalau dinikmati begitu sahaja pun sudah sedap. Bayangkan pula bila anda nikmati kari ayam bersama nasi putih panas, pasti berganda keenakannya! Resepi ini dikongsikan oleh Niza Zaini di laman Facebook.
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
Masih ingin memasak dalam keadaan yang urgent? Apa kata anda cuba resepi yang mudah ini – ayam sos tiram. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Bagi yang sukakan ayam berkuah yang pedas namun masih boleh dinikmati dengan penuh selera, cubalah masak ayam balado. Resepi ini dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara:
Siapa sahaja yang tidak sukakan ayam butter? Rasanya yang berkrim ditambah pula dengan kerangupan isi ayam mampu memikat hati sesiapa sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Masak lemak cili api merupakan cara masakan Negeri Sembilan. Lebih pedas, lebih padu. Jadi, anda boleh cuba membuat resepi ayam masak lemak cili api yang dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos di laman Facebook ini,
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Ayam percik merupakan menu yang sangat popular di bazar Ramadhan. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah! Resepi ini dikongsikan oleh Idayu Suraya Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan perap:
Bahan kuah:
Cara-cara:
Selalu buat gulai versi tempatan, kali ini apa kata ada cuba gulai ayam Padang pula? Resepinya juga agak ringkas, jadi bolehlah anda membuatnya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Naddy’s Kitchen di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
Tadi kita cuba resepi Negeri Sembilan, kali ini kita cuba resepi Melaka pula – asam pedas ayam. Kalau versi Melaka, semestinya lebih ‘kaw’! Resepi ini dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Satu lagi resepi ayam berkuah yang digemari ramai ialah rendang ayam. Ianya cukup enak dimakan bersama nasi putih atau pun bersama ketupat. Resepi ini dikongsikan oleh Zatun Najahah Ghazali di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara:
Ingin membuat resepi ayam yang sedap dan menyihatkan? Cubalah resepi singgang ayam ini! Kali ini kita cuba versi Thai pula. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Haslina Wan Ibrahim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Selain koleksi resepi ayam berkuah, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!