Resepi puding kali ini berupakan satu lagi resepi yang telah mendapat banyak perkongsian di internet. Puding mangga diperbuat menggunakan buah mangga yang segar bersama serbuk agar-agar dan juga susu. Puding ini amat senang untuk disediakan dan juga ianya tahan lama di dalam peti ais.

Anda cuma perlu memanas dan mencampurkan adunan sebelum memasukkannya ke dalam peti ais. Rasa puding mangga yang manis ini semestinya akan menarik minat ahli keluarga anda, apatah lagi yang menggemarkan pencuci mulut.

Ianya juga dapat melegakan tekak terutamanya ketika cuaca panas. Oleh itu, ianya amat digalakkan untuk disediakan. Selain itu, bolehlah juga anda menyediakan puding mangga ini kepada para tetamu. Pasti mereka akan tertarik dengan rasanya yang amat lazat. Resepi ini juga telah mendapat banyak perkongsian dan juga like di Facebook tau!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Surilawati Ismail di lama Facebook beliau. Mari kita lihat resepi puding mangga ini!

Resepi Puding Mangga

Resepi Puding Mangga
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 25 gram agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • Gula
  • Sedikit garam (untuk rasa berlemak)
  • Buah mangga (dikisar)
  • 2 sudu susu pekat

Cara – cara memasak:

  1. Masak agar-agar sehigga hancur menggunakan 8 cawan air.
  2. Masukkan gula, kacau sehingga sebati.
  3. Kecilkan api, masukkan susu cair, garam dan kacau.
  4. Buah mangga yang telah dipotong dadu masukkan ke dalam acuan, tuang adunan separuh ke dalam acuan.
  5. Biarkan adunan beku seketika, tetapi jangan sehingga terlalu keras.
  6. Lebihan adunan tadi, masukkan mangga yang dikisar , tambah sedikit susu pekat dan kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan lebihan adunan ke dalam adunan yang hampir beku untuk dapatkan 2 layer.
  8. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.