Mencari resepi nasi yang ringkas dan mudah dibuat?
Nasi merupakan makanan ruji orang Asia, ditambah pula jika anda menetap di Malaysia. Saat tinggal berjauhan dari Malaysia, semestinya anda merindui nasi, bukan?
Tidak mengapa, anda juga boleh masak nasi sendiri. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi nasi yang simple dan mudah dibuat untuk anda.
#1 Nasi Butter
Bayangkan keenakan nasi butter yang lembut, dimakan pula bersama ayam goreng yang garing. Memang padu gabungannya! Resepi ini dikongsikan oleh Syue Haida di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 cawan beras
4 biji bawang putih(diketuk dan dipotong halus)
1 biji bawang merah (optional) (dihiris halus)
125 g mentega
Halia (ketuk biar pecah sikit)
1 cawan susu segar krim penuh
1 kiub pati ayam
Garam
Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan mentega.
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan halia
Masukkan susu segar dan kacau selama 2 minit.
Masukkan beras yang dah dibasuh. Kemudian, masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3minit.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air. Sukatan air ditambahkan bersama secawan susu tadi.
Masukkan sedikit garam dan masak sepertit biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras)
#2 Nasi Tomato
Nasi Tomato ini memang cukup enak dimakan bersama ayam masak merah. Ianya selalu dimasak semasa jamuan, tetapi anda pun boleh buat sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Fatin Elina di laman Facebook.
Cara-cara:
5 cawan beras biasa
5 cawan air
2 batang kulit kayu manis
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
½ cawan susu cair
1 sudu besar gula
½ sudu besar garam
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
Cara-cara:
Mula-mula rendamkan beras selama 15-20 minir supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Kemudian, basuh dan toskan.
Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.
Seterusnya masukkan bahan yang dihiris dan kacau hingga berbau wangi.
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
Akhir sekali, pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa. (boleh juga masak di atas api)
#3 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol
Nasi Dagang merupakan makanan negeri Pantai Timur yang terkenal. Ianya cukup enak dimakan bersama gulai ikan tongkol. Resepi ini dikongikan oleh Aku Zackh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan nasi:
Beras
Santan
Halia
Halba
Bawang kecil
Garam
Bahan gulai ikan:
Ikan tongkol (dipotong 1 inci)
Asam keping
Garam
Air
Cili Kering
Lengkuas
Kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah
Santan
Telur rebus
Lada merah
Lada hijau
Timun (dibuang biji)
Perencah
Cara-cara:
Rendam beras dagang semalaman, tos dan kemudian dikukus separuh masak. Angkat.
Campur santan, halia dan bawang kecil hiris, halba, garam dan gula. Kacau sebati.
Campur santan bersama beras, biarkan sehingga santan meresap ke dalam beras lebih kurang 10 minit.
Kukus semula beras hingga masak. Jangan terlalu lama.
Untuk gulai ikan, rebus ikan berama asam keping bersama sedikit garam dan air sehingga ikan kecut.
Kisar cili kering, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sebati.
Masukkan ikan dan air rebusan ikan bersama telur rebus, asam keping, lada merah dan lada hijau.
Masukkan timun yang dibuang biji.
Perasakan bersama garam, gula dan perencah.
Kacau rata dan sedia untuk dihidang.
#4 Nasi Ulam
Sesiapa yang kurang menggemari ulam pun pasti menggemari nasi ini – nasi ulam. Selain daripada enak dimakan bersama lauk-pauk berkuah, ianya juga menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Zurida Hassan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ulam-ulaman:
Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan
Bahan lain:
Serai
Halia
Lengkuas
Cili padi *optional (dihiris nipis)
Kerisik
Ikan masin
Lada hitam
Nasi (dimasak)
Cara-cara:
Kisar kering atau tumbuk lumat serai, halia dan lengkuas.
Masukkan bawang merah dan bahan kisar tadi bersama ulam-ulaman.
Masukkan kerisik dan ikan masin. Gaul sebati dan ketepikan.
Taburkan lada hitam ke atas nasi.
Masukkan bahan ulam tadi bersama nasi yang sudah dimasak. Gaul sebati.
Sedia untuk dihidang.
#5 Nasi Ayam Thai
Satu lagi resepi nasi yang menarik untuk dicuba ialah nasi ayam, tetapi kali ini versi Thai. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan nasi:
Ayam
Kiub pati ayam
Akar ketumbar
Halia
Garam
Beras
Minyak/mentega*optional
Air
Bahan sos:
Cili besar merah (dikisar)
Cili padi merah (dikisar)
Sos
Perasa
1 ketul gula batu
Bahan sambal kicap:
bawang putih (dipotong)
ketumbar (dipotong)
cili padi (dipotong)
kicap masin
kicap kipas udang
air limau
sedikit air
Cara-cara:
Rebus ayam bersama halia dan akar ketumbar.
Setelah mendidih, letakkan kiub pati ayam.
Setelah ayam masak, ketepikan.
Basuh beras, kemudian masukkan dalam periuk dan tambah air.
Perasakan bersama garam.
Setelah itu, masukkan daun ketumbar.
Boleh tambah minyak/mentega jika mahu.
Masak nasi.
Untuk sos, tumis bahan kisar tanpa minyak.
Masukkan sos, perencah dan gula batu.
Untuk sambal kicap, campurkan sahaja semua bahan.
Tambah sedikit air jika perlu.
#6 Nasi Lemak
Siapa sahaja yang tidak menggemari nasi lemak? Ianya merupakan hidangan tempatan yang digemari orang kita, tidak kira bangsa. Resepi ini dikongsikan oleh Wan LuQman di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan nasi:
beras (3 pot)
santan (2 pot)
air (3 pot)
daun pandan
1 sudu kecil garam
Bahan sambal:
Ikan bilis (dikupas dan boleh juga digoreng)
minyak masak
3 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili kisar
hirisan bawang (disyorkan bawang rose/siam)
100ml air asam jawa
garam
gula (lebih sedap gula melaka)
daun pandan
Cara-cara:
Masak nasi menggunakan nisbah 3:2:3 untuk beras, santan dan air.
Jangan lupa tambahkan daun pandan dan 1 sudu kecil garam.
Setelah nasi masak, ketepikan.
Untuk sambal, tumis bawang kisar.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian, masukkan hirisan bawang. Boleh guna apa-apa jenis bawang tapi bawang rose/siam lebih disyorkan.
Masukkan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan daun pandan.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dikupas. Boleh juga digoreng tetapi masukkan bila sambal hampir masak.
#7 Nasi Arab
Anda teringin untuk menikmati makanan Arab? Cubalah buat nasi Arab! Ianya mengenyangkan dan sangat sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan nasi:
beras basmathi (direndam 20 minit)
marjerin/mentega/minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Bahan rebusan ayam:
Ayam
1 bii bawang besar
1 biji tomato
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil biji ketumbar
3 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil rempah kurma
2 sudu minyak masak
sedikit garam
Bahan perapan ayam:
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
Bahan salsa:
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Sedikit garam
Bahan salatoh:
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris
Cara-cara:
Rebus ayam bersama semua bahan rebusan ayam sehingga masak.
Simpan air rebusan ayam untuk dimasak bersama nasi dan dibuat sup.
Angkat ayam dan perap dengan semua bahan perapan ayam.
Panggang dan bakar pada suhu 150°C menggunakan api atas sahaja selama 30 minit.
Pada 15 minit pertama, bawa keluar ayam dan sapu lagi bahan perapan. Sambung bakar.
Untuk nasi, panaskan majerin/mentega atau kalau mahu lebih sedap, minyak sapi.
Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan. Tumis hingga garing.
Masukkan beras dan gaul bersama bahan tumis. Tumis hingga garing.
Masukkan air rebusan ayam tadi.
Pastikan nisbah beras basmathi dan air ialah 2:1.
Setelah nasi kering, boleh tambah pewarna jika suka.
Hias dengan daun ketumbar.
Untuk salsa, kisar semua bahan salsa dan perah bersama jus lemon. Siap.
Untuk salatoh, gaul semua bahan sebati.
Perasakan dengan gula dan garam, dan perah jus lemon di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
#8 Nasi Kari Kambing
Kali ini kita cuba resepi yang lain daripada yang lain, tapi sedapnya sungguh tak terkata – nasi kari kambing. Resepi ini dikongsikan oleh Ila Syat di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi (rendam 15-20 minit)
1sudu butter/minyak sapi
2 tin kari kambing Adabi
½ susu cair
4 cawan air
1 biji bawang besar
Rempah 4 sekawan
1 biji tomato (dipotong dadu)
Cara-cara:
Panaskan mentega atau minyak sapi.
Masukkan rempah 4 sekawan dan bawang besar. Tumis hingga naik bau, Ketepikan.
Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi.
Masukkantomato, kari kambing dan air ke dalam periuk bersama beras basmathi.
Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
#9 Nasi Hujan Panas
Nasi hujan panas ini sentiasa dihidangkan semasa jamuan, namun anda juga boleh buat sendiri di rumah. Mudah sahaja resepinya! Resepi ini dikongsikan Mohd Nubli Kumkum bin Mohd Nor di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Rempah 4 sekawan
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Halia (dikisar)
1-2 sudu minyak sapi
Daun pandan
4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan susu cair
Kiub pati ayam/garam
Pewarna
Daun sup *optional
Gajus *optional
Kismis *optional
Cara-cara:
Tumis rempah 4 sekawan dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar dengan 1-2 sudu minyak sapi.
Bila dah naik bau, masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
Masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi.
Masukkan air, kiub ayam/garam, susu cair dan beras. Kacau rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah nasi masak, titikkan pewarna dan biar sekejap.
Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
Tabur nasi dengan gajus, kismis dan daun sup.
#10 Nasi Uduk
Nasi uduk ialah sejenis hidangan nasi kukus Indonesia yang enak dimakan bersama lauk bergoreng atau berkuah. Ianya juga senang untuk dibuat. Resepi ini dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman Facebook.
Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi)
1 kotak kecil santan
4 cawan air.
Daun pandan
Daun jeruk/daun limau purut
Daun salam *optional
2 batang serai (diketuk)
1 ruas jari lengkuas (diketuk)
2 ruas jari halia
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
Garam
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk nasi. Kemudian, dimasak sehingga air kering.
Setelah air nasi dah kering terus kukus lagi sehingga masak.
Kacau sekali sekala.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi nasi, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!