Selain lauk ayam dan daging, ikan juga merupakan makanan yang kaya dengan protein. Ianya juga ada berbagai jenis – dari ikan siakap, keli, jenahak, patin dan yang antara yang terkenal ialah ikan bawal.
Apa kata anda cuba memasak ikan bawal? Ada variasi jenis masakan yang boleh dicuba. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi ikan bawal buat anda.
Siapa sahaja tidak sukakan kari ikan? Tambahan pula ala Mamak, memang pekat dan sedap. Cubalah resepi kari ikan bawal ala Mamak ini! Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Seekor ikan bawal emas bersaiz besar
2 paket kecil serbuk kari (dibancuh bersama sedikit air untuk dijadikan pes)
Air asam jawa secukupnya
Bawang merah
Bawang putih (dimayang halus)
Halba campur
Daun kari
Bendi
Tomato
Cili padi atau cili hijau besar
Minyak masak (kuantiti banyak)
Cara-cara:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halba campur & daun kari hingga naik bau.
Masukkan pes kari dan tunggu hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya rempah tidak berketul.
Setelah itu, masukkan air asam jawa.
Biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan. Masak sehingga ikan menjadi lembut.
Perasakan bersama garam atau perencah.
Masukkan cili padi dan bendi. Yang terakhir, masukkan tomato.
Sesetengah ikan memang sedap dibuat masam manis, tambahan pula ikan bawal. Memang enak dimakan bersama nasi putih panas, jadi anda wajib cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Hajar Mohd Idris di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Bawal
1/2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang besar (dikisar)
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji epal hijau granny Smith (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum merah (dipotong dadu kecil)
1/2 biji capsicum kuning (dipotong dadu kecil)
Tomato (dipotong dadu kecil)
Daun kucai (hiasan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Perencah Maggie Cukup Rasa
serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak dan air
Cara-cara:
Panaskan minyak
Gaulkan ikan bersama dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan masak hingga pecah minyak.
Satukan semua sos kedalam mangkuk dan masukkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
Masukkan campuran sos tadi ke dalam bahan tumisan.
Tambah perencah.
Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai. Gaul sebati.
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng dan gaul sekejap.
Kepada pembaca yang gemarkan makanan pedas, inilah dia resepi yang patut anda cuba. Mudah dan dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kisar
4-5 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Bawang hiris
Tomato (potong 6)
Cili padi (jumlah ikut kepedasan)
Gula
Garam
Perencah
Cara-cara:
Gorengkan ikan bawal.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar bersama.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
Masukkan sos, cili padi dan garam aji dan gula.
Bila ianya mula kelihatan kering, masukkan sedikit air.
Biarkan menidih dan masukkan bawang hiris dan tomato.
Ikan bakar merupakan makanan yang cukup digemari orang kita. Walaupun tidak ke kedai makan, anda boleh menyediakan ikan bakar yang enak di rumah dengan mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Mohd Faisel Ab Halim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan bawal
Daun pisang
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 btg serai
3-4 ulas bwg putih
Serbuk kunyit
1 labu kecik bawang besar atau bawang merah
2 senduk cili kering kisar
Lada hitam *optional
Belacan *optional
Cara-cara:
Kisar semua bahan kecuali ikan dan daun pisang hingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang.
Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
Panaskan kuali leper atau non stick.
Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
Satu lagi resepi ikan bawal pedas yang boleh dicuba sendiri di rumah. Ianya juga mudah dan resepinya ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ikan bawal
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup
Cili padi
Serak (dititik)
Tomato (dibelah 4)
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa *optional
Cara-cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili hidup.
Menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumis bahan kisar.
Untuk menu yang lebih sihat, apa kata anda cuba bawal yang dikukus bersama halia? Bukan sahaja menyihatkan, malah menyelerakan! Resepi ini dikongsi oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.
Bagi yang tidak tahu kengsom ini merupakan cara masakan Thai, ala-ala asam pedas. Jika inginkan kelainan citarasa, cubalah buat sendiri! Resepi ini dikongsi oleh Nurhashima Ariffin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
10 tangkai cili kering(basuh, rebus, bilas dan buang biji)
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
(Bahan di atas dikisar)
Daun kesom
Air (3 cawan)
1 batang bunga kantan (dihiris)
3 asam keping
1 sudu minyak masak
Garam gula dan perasa
Cara-cara:
Masukkan air.
Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama asam keping bunga kantan daun kesom dan 1 sudu minyak.
Tadi, kita ada bawal stim halia, Kali ini, apa kata anda cuba bawal goreng halia pula? Rangup di luar, namun lembut isinya dan berempah rasanya. Resepi ini dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang besar (dimayang halus)
1 labu bawang putih
Halia
Cili padi
Ikan bawal
Cara-cara:
Goreng ikan bawal, kelar sedikit supaya lebih garing. Ketepikan.
Goreng halia hingga ia menjadi rangup dan ringan.
Menggunakan minyak gorengan halia, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga garing.
Ikan memang sedap dibuat taucu, tambahan pula ikan bawal. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah kerana resepinya mudah. Resepi ini dikongsi oleh Siti Fatimah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
lkan bawal (digoreng)
Taucu 1 sudu besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air asam jawa
pati ayam
1 biji bawang besar
6 biji cili padi dan cili merah
Daun bawang (hiasan)
Sedikit garam dan gula
Cara-cara:
Tumbuk halia, bawang kecil dan bawang putih bersama taucu yang telah dibasuh.
Tumus bahan tumbuk sehingga kekuningan.
Masukkan air asam jawa bersama garam, gula dan kiub pati ayam.
Bila sudah mula kering, masukkan ikan bersama bawang besar, cili padi cili merah.
Sukakan masakan yang sedikit masam, namun masih boleh dinikmati dengan penuh selera? Apa kata anda cuba resepi ikan bawal masak cuka ini. Resepi ini dikongsi oleh Leesa Alif di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang besar
Ikan bawal (digoreng)
Halia
Bawang putih
1 sudu teh halba
Jintan manis (ditumbuk halus)
Sedikit serbuk kunyit
Cuka
Gula dan garam
Perencah *optional
Sedikit air
Timun (dipotong)
Cili (dipotong)
Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Setelah bawang layu,
Masukkan halba, jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis hingga naik bau.
Tambah sedikit air.
Masukkan cuka, garam dan gula mengikut citarasa.
Bila air mula mendidih, masukkan ikan yang digoreng. Biar mendidih lagi.
Bila rasa masam, manis dan masin mula seimbang, masukkan timun dan cili.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi ikan bawal, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!