Masakan ayam menjadi makanan yang sentiasa disukai oleh ahli keluarga. Anda yang mencari-cari resepi ayam, kami rekomendasikan kepada anda resepi ayam masak kunyit. Resepi ini mendapatkan perkongsian sangat ramai di Facebook ‎Hayati Harun‎.

Ayam masak kunyit bentuknya seperti ayam gulai atau ayam kari. Tetapi sejatinya masakan ini tidaklah sama kerana meskipun memiliki kuah yang pekat, ayam masak kunyit tidak menggunakan santan. Ayam masak kunyit juga dapat dihidangkan untuk majlis kenduri.

Resepi ayam masak kunyit sangat mudah dan senang dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Masakan ini dibuat dengan cara menumis semua bahan kemudian diberi air dan dikacau hingga pekat. Ayam masak kunyit memiliki rasa yang menarik.

Untuk mempersingkat masa, mari lihat resepi ayam masak kunyit di bawah ini. Sila cuba dan hidangkan ayam masak kunyit buatan anda kepada ahli keluarga.

Resepi Ayam Masak Kunyit

ayam masak kunyit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam.
  • Serbuk kunyit.
  • Cili kecil.
  • Serai.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Asam keping.
  • Serbuk perisa.

Cara Membuatnya :

1. Tumis semua bahan.

2. Kalau bahan tumis sudah wangi, masukkan ayam.

3. Campurkan air ikut kesesuian.

4. Akhir sekali, kacau sehingga kuah agak pekat. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Note :

  • Sukatannya buat seperti masakan yang biasa buat sehari-hari.
  • Kalau ingin pedas boleh tambah cili.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak kunyit, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.