Mahu resepi ayam bakar yang sedap?
Siapa di sini pernah makan ayam nandos? Mesti terliur apabila terfikirkan ayam panggangnya yang diperap dengan pelbagai herba.
Ayam bakar memang boleh membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan sos yang betul. dalam kes ini, biasanya sos yang digunakan adalah sos lada hitam. Itu untuk kami, anda pula bagaimana?
Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi ayam bakar ala Nandos yang boleh anda cuba. Resepi da gambar ini telah dikongsi oleh Puan Afrina Zulqarnaen di Facebook.
Bahan-Bahan
Cara-cara
#1 Dalam periuk, masuk majerin bawang putih
#2 Sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula letak atas api guna api perlahan.
#3 Kacau sehingga mendidih.
#4 Dah masak tutup api. Sejukkan.
#5 Gaul bersama ayam yg kita sedia tadi gaul lebih kurang 10 minit biar rata.
#6 Tutup dengan plastik simpan dlm peti ais selama 1 malam.
#7 Kemudian bakar dalam oven dgn suhu 180’C selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda.
Anda suka resepi yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi ayam bakar ala Nandos ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.