Apa menu yang anda pikirkan jika mendengar kata Oreo? Kek Oreo? Biskut Oreo?

Rupanya selain jadi kek, Oreo juga boleh dijadikan aiskrim.

Lagi kalau cuaca tengah panas berdenting macam ini, memang sedap kalau membuat aikrim Oreo. Bukan hanya disukai kanak-kanak, orang dewasa pun juga menjejes air liur.

Cara menyediakannya mudah, senang dan yang penting serius sedap! Bahan asas aiskrim ini ialah Oreo. Oleh itu resepi ini dipanggil aiskrim Oreo. Siapa yang tak suka Oreo kan. Konfirm mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa mesti suka Oreo.

Mesti anda tertunggu-tunggu resepi ini. Seperti yang dikongsikan oleh Dalisya Rina Queen di Facebook. Resepi ini sudah mencecah 3.6K perkongsian. Tunggu apa lagi, jom buat aiskrim Oreo pelepas dahaga sekarang juga! Puas makan aiskrim.

Resepi Aiskrim Oreo

aiskrim oreo

Imej via Facebook

Bahan-bahan

  • Susu manis 4sudu besar
  • Susu cair 2Tin
  • Biskut Oreo ( boleh juga letak jelly atau choki2)
  • Bekas aiskrim
  • Tepung jagung
  • Garam

Cara Buat Aiskrim Oreo

1. Didihkan campuran susu cair dan pekat didalam periuk.

2. Boleh tambah air jika mahu, ikut tin susu.

3. Tambah 2 sudu tepung jagung (untuk melembutkan) dan sesudu kecil garam (untuk naikkan lemak)

4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.

5. Ambil Oreo yang sudah dipatah-patahkankan dan masukkan ke dalam bekas aiskrim (boleh juga kalau nak letak jelly atau choki2).

6. Masukkan kedalam freezer.

7. Siap untuk dihidangkan.

Sila cuba dan bagaikan ke jiran anda untuk merasai kenikmatan, kelazatan dan kesedapan aiskrim homemade buatan tangan anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim Oreo, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.