Dilema yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu dirumah iaitu bingung mahu masak ayam resepi apa. Justeru, apabila ahli keluarga sudah jemu memakan resepi ayam yang itu-itu sahaja, maka anda sebagai perempuan  yang power tentunya harus memiliki segunung idea tentang resepi ayam.

Apa kata kalau anda membuat ayam masak kicap pula. Ayam masak kicap ialah menu pilihan kegemaran ramai. Terutama untuk anda yang tidak suka makanan pedas. Confirm anak-anak anda yang masih kecil juga boleh makan kerana rasanya tidak pedas.

Ayam masak kicap dapat dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi untuk makan petang mahupun malam. Ayam masak kicap juga biasa dihidangkan untuk kenduri dan majlis kahwin.

Ayam masak kicap memiliki rasa manis, gurih dan aroma wangi yang sangat merangsang selera. Cara memasak ayam kicap ialah dengan mereneh ayam dengan kicap manis. Ayam direneh dengan kicap hingga pekat dan melekat dengan kombinasi rempah-rempah pilihan.

Pada tulisan di bawah ini kami kongsikan resepi ayam masak kicap sedap yang mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Zur Ain Salim di Facebook. Sila cuba dan buat ayam masak kicap versi anda.

Resepi Ayam Masak Kicap

ayam masak kicap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

🌸 5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam).
🌸 *4 ulas bawang merah.
🌸 *3 ulas bawang putih.
🌸 *2 inci halia.
🌸 1 bawang besar, potong bulat.
🌸 2 tangkai cili hijau, dihiris.
🌸 2 tangkai cili merah, dihiris.
🌸 5 tangkai cili padi, diketuk.
🌸 2 sb sos tiram.
🌸 2 sb sos cili.
🌸 4 sb kicap manis.
🌸 1 sb minyak bijan ( minyak biasa pun boleh).
🌸 1 sk kicap pekat.
🌸 Sedikit rempah 5spice.
🌸 1 batang kayu manis.
🌸 1 kuntum bunga lawang.
🌸 Sedikit air.
🌸 Garam secukupnya.

Cara Membuat : 👇

💕 Tumbuk lumat bahan2 bertanda *.

💕 Dalam mangkuk lain. Gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.

💕 Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan ketepikan.

💕 Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk dan cili padi.

💕 Masukkan bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. Tambah sedikit air dan sedikit garam. Kacau hingga mendidih.

💕 Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan taburkan sedikit rempah 5spice.

💕 Sudah cukup perasa. Padamkan api. Sedia dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak kicap, dibawah ini kami berkongsi resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share ya. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.