Aneka resepi roti Gardenia anda boleh dapatkan di sini. Semuanya mudah, enak dan pasti anda akan cuba lagi.

Roti Gardenia kini menjadi makanan wajib yang perlu ada di rumah. Bukan sekadar slogan ‘sungguh enak dimakan begitu saja’, roti ini memang sedap dimakan begitu sahaja, tanpa perlu mencicah dan memasak.

Untuk resepi gardenia yang kami kongsikan di bawah menggunakan Gardenia Original Classic, roti yang kebanyakkan pengguna memilih untuk membelinya. Jika anda masih ingat, roti inilah yang pernah menjadi rebutan 1 Malaysia sehingga tiada stok untuk beberapa hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Terbuktilah bahawa Gardenia memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tanpa membuang masa, ini resepi roti Gardenia yang mudah untuk di cuba, sedap dan pasti anda akan cuba lagi!

Resepi Roti Pisang Rangup

Resepi roti Gardenia dimulakan dengan resepi yang sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga pasti terdapat di rumah anda. Resepi lazat ini dikongsikan oleh Arie Lazim di Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Pisang – yang dah masak
  • Marjerin
  • Kuning telur
  • Gula perang
  • Cheddar cheese

Cara-cara:

1. Sapu marjerin atas roti.

2. Kemudian susun pisang atas roti tadi mengikut kreativiti sendiri.

3. Sapu lagi marjerin dan kemudian sapu kuning telur pula.

4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

5. Akhir sekali bakar dengan suhu 180 c selama 5-7 minit.

6. Sedia untuk dihidang.

Pizza Roti Gardenia Ummi

Resepi Gardenia yang pernah viral dahulu dan ramai yang masih mencubanya sehingga sekarang. Tak perlu menguli bancuhan tepung, guna sahaja roti Gardenia sudah cukup mudah dan sedap. Resepi pizza roti Gardenia ini telah dikongsikan oleh SygQu Eyda Rania.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Keju
  • Sosej dicelur
  • Cendawan – potong kecil dan celur
  • Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
  • Bawang Merah potong halus
  • Cili besar – potong halus
  • Daun parsley

Cara-cara:

1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.

2. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.

3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas roti dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

Sandwich Sardin Celup Tepung

Farisha Sofea telah berkongsi resepi sandwich sardine celup tepung di laman Facebooknya. Anda yang suka makan pedas memang perlu cuba resepi ini. Jadikan sarapan atau makan petang pasti menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti Gardenia
  • Mentega secukupnya
  • 1/2 biji bawang holland ( dihiris )
  • 1 tin sardin
  • 2 sb pes cili
  • 2 sb sos cili
  • Cili padi dipotong kecil ( optional )
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Jus lemon

Bahan Batter:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung bestari
  • 1 – 2 cawan air sejuk
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Potongkan roti Gardenia menjadi segi tiga .

2. Sapukan roti dengan mentega .

3. Ketepikan seketika .

4. Untuk menyediakan adunan batter , satukan kesemua bahan kecuali air sejuk  dan kacau sebati .

5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau rata . Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair .

6. Ketepikan seketika .

7. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang holland bersama pes cili.

8. Masukkan sardin, sos cili, garam dan gula secukup rasa dan gaul sehingga masak.

9. Masukkan juga potongan cili padi jika suka .

10. Masukkan sedikit jus lemon dan sejukkan buat seketika.

11. Setelah sardin sejuk, panaskan minyak secukupnya dengan menggunakan api sederhana .

12. Letakkan sardin di atas roti yang telah disapu dengan mentega tadi .

13. Tutupkan atasnya dengan sekeping lagi roti .

14. Celupkan roti ke dalam adunan batter dan goreng sehingga garing .

15. Angkat dan toskan . Menu sedia dihidang.

Roti Sardin Roll Mayo

Satu lagi resepi roti sardin yang mudah dan sedap anda boleh mengikuti resepi daripada No Or di Facebook ini. Resepi ini menggunakan 10 keping roti sahaja. Bawa bekal ke pejabat dan kongsi bersama rakan pasti menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • 10 keping Roti Gardenia
  • 1 tin sardine Markerel Ayam brand – tin kecil
  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 1/2 tangkai cili merah – hiris halus
  • Sedikit garam
  • Perahan limau nipis
  • 2 biji telur – dipukul sekejap
  • Mayonis
  • Serbuk roti
  • Planta –  untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Hancurkan ikan sardin, Cik No guna garfu. (guna separuh je sos dalam tin tu ye)

2. Masukkan bawang besar, cili merah, garam dan air perahan limau nipis. Gaul rata.

3. Lenyek roti jadi rata, kemudian sapu mayonis ke atas roti.

4. Masukkan sardin, kemudian gulung. Untuk elakkan roti terbuka, sapu telur di hujung tepi roti.

5. Ulang cara yang sama sehingga habis inti sardin.

6. Sebelum menggoreng, sediakan telur dan serbuk roti. Panaskan kuali dan letakkan planta.

7. Celup roti di dalam telur kemudian  golek roti di atas serbuk roti. Pastikan bersalut elok.

8. Letak roti dalam kuali yang telah panas tadi. Goreng sampai bertukar warna kuning keemasan. Ulang sampai habis.

Risoles Ragout Ayam

Resepi ini turut disediakan oleh Farisha Sofea di laman Facebook miliknya. Resepi ini di ubahsuai khas untuk bayi dan kanak-kanak. Anda yang mempunyai anak kecil memang perlu cuba resepi ini untuk pelbagaikan makanan mereka.

Bahan-bahan :

  • Roti Gardenia secukupnya ( dibuang tepi )
  • 2 – 3 biji telur ( dikacau sebati )
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk Inti:

  • 2 sb mentega
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan isi ayam ( dipotong dadu )
  • 1/2 cawan lobak merah ( dipotong dadu )
  • 1/2 cawan isi jagung
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 1/4 cawan susu cair / susu penuh krim
  • 2 keping keju ( optional )
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Serbuk lada sulah

Cara-cara:

1. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga cair.

2. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan pula isi ayam.

4. Biarkan isi ayam masak seketika.

5. Kemudian masukkan lobak merah, isi jagung, tepung gandum dan susu cair.

6. Masak sehingga lobak merah menjadi empuk.

7. Masukkan kepingan keju, garam, serbuk perasa dan lada sulah secukupnya.

8. Masak sehingga adunan menjadi likat.

9. Tutupkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk.

10. Biarkan inti sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.

11. Ambil sekeping roti Gardenia dan gelekkan menjadi nipis.

12. Letakkan inti di bahagian tengah.

13. Sapukan telur pada keliling roti dan lipatkan menjadi bentuk segi tiga.

14. Pastikan ditutup dengan kemas agar tidak terbuka ketika digoreng nanti.

15. Seterusnya celupkan roti ke dalam telur dan golekkan pula ke dalam serbuk roti.

16. Ulang proses sehingga selesai.

17. Panaskan minyak secukupnya.

18. Goreng risoles sehingga garing dan keperangan.

19. Angkat dan toskan.

Jejari Nestum

Resepi roti Gardenia ini paling mudah untuk disediakan dan anda hanya memerlukan tiga bahan sahaja. Sesuai dijadikan kudap ketika menonton tv atau dijadikan kuih raya. Resepi Jejari Nestum telah dikongsikan oleh Aisha Sofea di Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Coklat Masakan
  • Nestum

Cara-cara:

1. Potong roti menggunakan gunting bentuk jejari.

2. Bakar roti di dalam oven dengan suhu 170-180 selama 20 minit sampai  teksture jagi rangup.

3. Masak coklat secara double boiling dan celup jejari ke dalam coklat.

4. Salut roti dengan nestum.

Nugget Ayam Cheese Roti

Siapa sangka roti Gardenia boleh diadunkan menjadi nugget. Lebih mampat, sedap dan pasti menjilat jari. Resepi yang dikongsikan oleh Yasalma Yasalma di Facebook ini juga sesuai untuk dihidangkan buat kanak-kanak.

Bahan-bahan A:

  • 3 keping roti Gardenia  (dicarik-carik )
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 bahagian dada ayam (isi sahaja)
  • Secubit lada sulah
  • Secubit atau secukup rasa dan garam
  • Segenggam carrot yang telah diparut

Bahan-bahan B:

  • Segenggam carrot yang sudah diparut (selain yang telah dikisar di atas)
  • 5 keping cheese dicarik-carik atau cheddar yang diparut
  • Isi ayam yang telah direbus dan ditumbuk kasar dengan lesung atau potong dadu

Cara-cara:

1. Letakkan sedikit air di dalam pengisar dan kisar semua bahan A.

2. Campurkan bahan A dan B dan kukus.

3. Apabila bahan sudah masak (keras),  potong-potongkan  menjadi finger nugget atau adun semula dengan mengepal menjadi bentuk mengikut kreativiti anda.

4. Celup dalam telur dan golekkan atas serbuk roti lalu goreng.

5. Isi nugget dah comfirm masak jadi jangan goreng lama-lama.

Lasagna Gardenia

Pasti ada yang sukakan Lasagna. Paling mudah guna sahaja roti sebagai ‘base’ lasagna tersebut. Resepi Lasagna Gardenia ini telah dikongsikan oleh NoorAida AbdullahAlim di Facebook. Anda memang perlu cuba kerana mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia yang telah leperkan

Bahan-bahan sos putih ( Bechamel ):

  • 2 sudu butter
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sudu Maggi cukup rasa atau 1 ketul kiub pati ayam
  • 3  cawan susu full cream atau susu biasa

Cara-cara:

1. Panaskan butter dalam periuk.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati sehingga naik bau tetapi jangan sampai hangit.

3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau. Buat sampai habis susu dan tak berketul dan sampai pekat.  

4. Jika terlalu pekat, tambahkan susu. Jika berketul masuk dalam pengisar dan masak semula buat seketika.

5. Tutup api dan tutup periuk.

Bahan-bahan untuk sos merah:

  • Bawang besar atau bawang Holland yang dipotong dadu
  • Bawang putih yang telah dicincang
  • Cili kering yang sudah dikisar
  • Daging atau ayam yang telah direndam dan toskan dalam tapis
  • Sos Cili
  • Tomato yang telah dipotong dadu
  • Cendawan Butang
  • Capsicum
  • Daun Parsley
  • Mix herb (Optional)

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga masak.

4. Masukkan gula, garam dan secukup rasa.

5. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging keting air.

6. Masukkan cendawan butang.

7. Masukkan sos cili atau sos tomato serta tomato yang telah dipotong dadu.

8. Tambah sedikit air jika terlalu kering.

9. Tutup api dan masukkan capsicum serta mix herb.

Cara melapis:

1. Sapu loyang dengan butter.

2. Susun roti di dalam loyang.

3. Letak kuah daging dulu dan ratakan.

4. Letakkan cheese slice suka.

5. Letak sos putih dan tabur mix herbs atau parsley.

6. Ulang proses melapis sebanyak dua kali.

7. Letak cheese mozzarella dan tabur parsley.

8. Panaskan oven 10 minit dan bakar.

Cara bakar:

Saya bakar guna api bawah dulu selama 10 minit selepas itu bakar dengan api atas bawah sehingga cheese sudar cair.

Resepi Cekodok Roti Gardenia

Pasti ramai yang tak tahu roti Gardenia juga sedap dibuat cekodok. Jadikan sebagai menu petang sambil menghirup kopi panas pasti membuatkan anda bertambah. Resepi cekodok roti ini telah dikongsikan oleh Salmah Mohd di Facebook. Bahan-bahan memasak juga mudah dan pasti ada di rumah.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Roti Gardenia 3 keping
  • Bawang besar
  • Lobak merah parut
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Telur sebiji
  • Air

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan dan goreng.

2. Sudah sedia dihidangkan

Aiskrim Goreng

Resepi ini tak kurang hebatnya. Hanya menggunakan tiga bahan dengan empat langkah mudah, anda dapat hasilkan aiskrim roti yang sedap hingga menjilat jaei. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Husain.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Aiskrim
  • Cawan sebagai acuan
  • Coklat rice atau Oreo hancur (tidak ada pun tidak apa)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Letakkan aiskrim atas dan ditengah-tengah roti.

2. Ambil lagi sekeping roti dan letak di atas aiskrim tersebut lalu taburkan serbuk oreo.

3. Ambil cawan dan tekapkan dengan kuat ke atas roti tersebut sehingga menjadi bulat dan terputus dengan sisa roti.

4. Pastikan minyak betul-betul panas .

5. Goreng roti selama 2 atau 3 minit sahaja.

Mudahkan resepi roti Gardenia di atas? Siapa sangka dengan satu jenis roti anda boleh pelbagaikan resepi atau jenis makanan.  Boleh dijadikan makanan berat, makanan untuk diet atau menu utama. Pasti lebih sedap dan digemari ramai terutama kanak-kanak.

Kami juga ada menulis aneka resepi lain yang boleh anda cuba. Semestinya ringkas, mudah dan lazat. Ini resepi yang mungkin menarik perhatian anda:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.