Anda seorang yang  teramat menyukai cheese tapi bingung mahu buat resepi apa menggunakannya? Apa kata kalau anda buat resepi kek cheese pula seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Tapi ini bukan kek cheese biasa. Resepi yang ingin kami kongsikan ialah kek batik cheese yang sangat lazat, khas untuk anda cheese lovers.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kek batik yang ada. Antaranya kek batik coklat, kek batik oreo, kek batik nestum, kek batik milo dan lain-lain. Pada perkongsian ini kami menuliskan resepi kek batik cheese seperti yang dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di Facebook.

Jika dilihat dari bentuknya kek batik seakan keras, namun setelah dimakan kek batik sangat lembut di lidah. Apalagi kek batik yang diberi cheese akan menambah kelazatannya. Cheese yang meleleh di atas permukaan kek, sangat menggoda selera.

Resepi Kek Batik Cheese Yang Sangat Lazat

resepi kek batik cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 300 gm coklat masakan.
  • 250 gm cream cheese.
  • 1 2/3 cawan non dairy whipping cream.
  • 1-2 sd besar susu pekat (boleh tambah jika suka).
  • 1 pakej biskut cream crackers.

Cara Membuat Kek Batik Cheese

1. Double boil coklat masakan bersama 2/3 cawan non dairy whipping cream hingga coklat
cair. Kacau sebati dan biar sejuk sekejap.

2. Dalam bekas lain satukan cream cheese, 1 cawan non dairy whipping cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang.

3. Seterusnya, alas loyang dengan plastik dan susun biskut hingga penuh dasar loyang.

4. Tuang coklat di atas biskut dan ratakan.

5. Susun lagi biskut di atasnya, tuang cream cheese dan ratakan. Ulang semula step hingga habis.

6. Parut coklat masakan di atas lapisan biskut jika suka.

7. Akhir sekali, sejukkan 1-2 jam.

8. Jika suka boleh celup biskut ke dalam susu sekejap sebelum susun ke dalam loyang.

resepi kek batik cheese

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Batik Cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.