Hello semua. Tengah hari garang macam ni mesti kita pergi merasa ingin makan yang sejuk-sejuk. Apakata kalau kita sejukkan hati dan jiwa di tengah hari terang-benderang macam ini dengan Aiskrim Malaysia yang mampu membekukan jiwa anda yang tengah panas tu, hehe.  Siapa yang tak suka aiskrim. Lagi budak kecil sangat suka. Tapi ada juga orang dewasa yang suka aiskrim taw, bukan hanya budak-budak sahaja.

Daripada kalangan budak-budak tadika sampai sekolah menengah suka makan aiskrim ini gitu. Bahkan ada yang membeli banyak di sekolah untuk disimpan di rumah, saking sukanya. Rasanya yang manis dan menyegarkan serta bentuknya yang senang diangkut dan dipegang, memang sangat favorit untuk budak-budak.

Bagaimana kalau anda buat sahaja di rumah, tidak perlu beli di kedai. Buat di rumah lagi berbaloi dan puas makan satu ke tiga ke makan satu freezer pun boleh, hehe. Lebih aman kebersihannya dan anda boleh modif bermacam-macam rasa yang anda suka.

Baiklah, sekarang kami akan mengongsikan kepada anda resepi Aiskrim Malaysia yang simple, senang dan berbaloi sangat. Resepi ini dikongsikan oleh Inshirah Jaffri di facebook dan mendapat perkongsian ramai. Jemput baca…

Resepi Aiskrim Malaysia

Resepi aiskrim malaysia

Imej via facebook

Bahan untuk Base Susu

  • 2 tin susu pekat (1 malaysia)
  • 2 tin susu cair (1 malaysia)
  • 6 liter air (saya guna drinking water sea master)
  • Air gula (secukup rasa)
  • Garam (untuk keladi dan jagung)

P/s : kalau sudah ada base susu ni, senang tambah apa2 perasa yang kita mahu. Saya guna cap double lion. Selalunya guna 1/2 botol yang 495 ml.

Cara Membuat Aiskrim Malaysia

1. Untuk bandung, tambah 1/2 botol besar aiskrim soda

2. Untuk aiskrim yang tidak ada susu macam anggur dan strawberi, masukkan sebiji sumi dalam tu.

3. Untuk jagung, masukkan 1 sudu kecik jagung dalam tin yang creamy tu.

4. Simpan dalam freezer hingga beku. Siap

Sangat mudah kan, sila dicuba..

Resepi Menarik Lain

Jangan lupa share dan like resepi  aiskrim malaysia ini ya. Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.