Bagi sesiapa yang menyukai durian, anda tentu akan suka dengan resepi yang akan dikongsikan hari ini.

Durian adalah sejenis buah yang besar, berduri serta mempunyai bau yang kuat. Ia juga dikenali sebagai raja buah. Baunya yang kuat itu agak menyenangkan pada sesetengah orang dan juga tidak menyenangkan pada sesetengah orang.

Memandangkan sekarang sedang musim durian, tentu ramai yang mencari resepi-resepi yang boleh dibuat menggunakan durian.

Terdapat pelbagai makanan yang menggunakan durian sebagai asas sekarang. Antaranya adalah durian crepe, bubur durian, pulut durian dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, resepi yang ingin dikongsikan ini juga merupakan antara makanan yang menggunakan durian sebagai asas.

Resepi aiskrim durian ini telah dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Aiskrim Durian

Resepi Aiskrim Durian

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 10 ulas durian
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovelate
  • 2 penutup pewarna kuning telur starbrand

Cara-cara:

  • Blend sahaja semua bahan kembang dan pekat.
  • Letak dalam bekas aiskrim dan letak dalam freezer.

*susu pekat atas citarasa masing-masing nak kurang atau lebih.
*Kalau rajin lepas blend…letak dalam mixer dan mix lagi biar kembang.
*Pewarna pun kalau tak suka tak perlu letak.

Resipi Menarik Lain

Selain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Nur Aisyah Ibrahim

Nur Aisyah Ibrahim

Merupakan pelajar di UPM dan meminati bidang penulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.