Cheesekut merupakan gabungan cheese (keju) dan juga biskut. Tak disangka – sangka, cheesekut merupakan kombinasi yang amat menarik, memberikan variasi rasa manis, lemak dan masin. Ianya pasti akan menguji deria rasa anda serta menarik selera anda.

Cheesekut tidaklah susah untuk disediakan. Malahan, teksturnya yang lembut boleh dihidangkan kepada sesiapa sahaja. Cheesekut ini juga tidaklah menggunakan bahan yang sukar untuk dicari, jadi, untuk yang amatur dalam memasak juga bolehlah sediakan cheesekut ini sendiri.

Resepi Cheesekut ini dikongsikan oleh Faraain Jamaludin II dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial. Jom tengok!

Resepi Cheesekut

resepi-cheesekut

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500 gram cream cheese
  • Biskut lemak/cream cracker
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 cream susu full cream
  • Topping (oreo/nestum)

Cara – cara penyediaan:

  1. Satukan susu pekat dan cream cheese di dalam bekas.
  2. Kemudian, putarkan menggunakan mixer/whisk susu pekat dan cream cheese tadi menjadi sebati.
  3. Setelah sebati adunan cream cheese tadi masukkan 1/2 cawan susu full cream, masukkan sedikit kemudian putar dan ulang sampai adunan menjadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  4. Sediakan bekas untuk celup biskut.
  5. Tuang susu full cream ke dalam bekas yang senang untuk dicelup dan angkat biskut. Pastikan bekas tidak terlalu kecil.
  6. Celup-celup biskut bagi semua permukaan kena susu. Celup dan terus angkat. Jangan biarkan terlalu lama celup biskut dalam susu takut biskut lembik. Jika lembik nanti tidak rangup bila makan sejuk-sejuk nanti.
  7. Susun biskut yang telah dicelup tadi di dalam bekas.
  8. Apabila sudah susun biskut cantik-cantik. Curah cream cheese yang kita sudah putar tadi sehingga nampak tenggelam biskut. Gelek-gelekkan bekas supaya cheese tadi mengalir kesemua bahagian.
  9. Apabila dah rata cheese tadi boleh taburkan topping.
  10. Ulang balik celup biskut dan susun cantik-cantik. Selepas itu, tuang cream cheese dan tabur topping sehingga penuh bekas anda. Terpulang mahu buat berapa layer.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.