Pernahkah anda makan atau mendengar tentang nasi jagung? Nasi jagung ialah nasi putih yang dicampurkan dengan jagung yang sudah dikopek. Nasi jagung biasanya dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat.

Nasi jagung mengandungi banyak gizi berbandingkan nasi putih biasa. Nasi jagung juga kaya vitamin A, B1, B6,B12 dan C. Biasanya orang yang tinggal di kawasan kampung mencampurkan jagung ke dalam nasi sebagai penambah sumber karbohidrat kerana beras mahal harganya.

Nasi jagung boleh mengatasi masalah selera makan yang menurun. Terutamanya kanak-kanak yang sangat susah makan nasi putih kerana warna nasi jagung yang kekuningan membangkitkan selera makan kanak-kanak. Nasi jagung boleh dihidangkan bersama dengan lauk.

Pada resepi kali ini kami mengongsikan resepi nasi jagung yang di buat oleh Roha Ali‎ dan telah ia kongsikan di Facebook. Sila baca dan cuba resepinya.

Resepi Nasi Jagung Yang Sedap dan Sihat

resepi nasi jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Rempah 4 sekawan.
  • Beras basmati @ pulsa 1121. Rendam beras 30 minit dan toskan.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.
  • Air.
  • Jagung biji 1 tin.
  • Susu cair setengah tin.
  • Pewarna kuning.
  • Garam.
  • Sebuk perasa.
  • Marjerin untuk menumis.

Cara Memasak Nasi Jagung

1. Panaskan kuali  dan masukkan majerin.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Masukkan air hingga mendidih.

4. Setelah itu masukkan jagung biji 1 tin.

5. Masukkan susu cair setengah tin.

6. Kemudian masukkan pewarna kuning ikut suka.

7. Masukkan beras.

8. Masukkan serbuk perasa dan garam sesuai selera.

9. Akhir sekali masak di atas api atau rice cooker.

10. Tunggu nasi kering baru kacau rata.

Tips sukatan air :

Beras basmati 1:1 1/2
Pulsar 1122 1:1/4

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nasi Jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.