Nak tahu promosi Nestle yang terkini? Nestle kembali dengan promosi hebat untuk bulan Mac sehingga April 2020. Apakah promosi yang dibuat oleh Nestle? Mari kita lihat dengan lebih lanjut.
Nestle telah mengeluarkan banyak produk makanan yang terkenal antaranya ialah Milo, Nestum, Nescafe, Maggi dan banyak lagi. Nestle telah beroperasi lebih 90 tahun di Malaysia dan menjadikan ia sebuah jenama yang sangat terkenal dalam memproduksikan makanan di dalam sektor perindustrian. Tanpa kita sedar, banyak produk Nestle yang telah kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Nestle kembali dengan promosi hebat di laman web membeli belah iaitu Lazada. Jika anda berbelanja produk Nestle di Lazada menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan minimum RM100 anda akan mendapat diskaun RM25. Sebelum itu, anda perlu kumpulkan baucer RM25 untuk menikmati diskaun.
Promosi ini terhad kepada 11,000 pertama transaksi sahaja sepanjang bulan Mac ini. Bermula daripada 1 Mac sehingga 3 April 2020. Promosi ini akan terhenti apabila semua urus niaga diskaun telah digunakan sepenuhnya atau pada tamatnya Tempoh Promosi, yang mana lebih awal.
Setiap Pengguna Touch ‘n Go eWallet hanya berhak menerima satu baicar RM25 sepanjang tempoh promosi.
Jangan tunggu lagi, mari borong produk Nestle di lazada sementara stok masih ada. Promosi ini berakhir pada 31 Mac 2020 namun jika stok sudah habis, promosi ini automatik akan terhenti.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke Facebook Nestle.