Siapa boleh tahan tengok keju dalam apa-apa makanan sekali pun. Lebih-lebih lagi yang boleh ditarik panjang-panjang dan cair di mulut.

Sekarang ni memang dah banyak makanan yang viral sebab letak keju yang cukup banyak dalam satu pinggan. Kami senaraikan 8 tempat yang anda wajib pergi untuk nikmati keju dalam pelbagai hidangan.

#1 Nachoslah

Tengok sajalah keju tarik yang banyak bila anda memesan Godzilla Nachos! Talam nachos boleh dikongsi sampai lima orang! Sangat seronok dikongsi beramai-ramai.

Nachos di sini juga ada macam-macam perisa unik contohnya nachos rendang daging dan nachos ayam masak lemak cili padi. Memang lain daripada yang lain.

Nachoslah

Imej dari Nachoslah

Alamat : Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat: 5.00petang hingga 1.00 pagi, Sabtu & Ahad: 5.00petang- 2.00 pagi.

#2 Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakar Abang Burn

Imej dari vkeong.com

Kedai burger ini memang mendapat reputasi baik selama bertahun. Kini, ia memperkenalkan menu baru iaitu Burger Bakar Cheese Aligot. Setiap patty daging dibalut dengan cheese leleh untuk santapan pelanggan.

Burger Bakar Cheese yang sedia ada pun antara menu yang paling selalu dipesan dekat sini. Serata Malaysia sudah dijajah oleh burger bakar viral ni. Ikuti Facebook rasminya untuk ketahui cawangan terdekat dengan anda!

Alamat : Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 12.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 6.30 petang hingga 12.00 pagi.

#3 Restoran RSMY

Kalau sudah ke sini mesti beratur panjang punya sebab dah cukup viral dekat KL. Tapi penantian anda tentunya berbaloi bila dapat cheese nan yang penuh dengan keju. Lembut di dalam dan rangup di luar.

Pekena pula dengan kuah dal dan kari yang lazat dekat sini, memang power! Kalau rasa tak nak sambut hari jadi makan kek, dekat sini mereka boleh susun roti nan berlapis-lapis untuk dibuat kek. Mereka juga sediakan ‘cake topper’ dan lilin untuk mendapatkan ‘mood’ macam kek birthday.

RSMY

Imej dari RSMY Best Cheese Naan

Alamat : D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat : 11.00 pagi hingga 1.00 pagi
Sabtu : 4.00 petang hingga 1.00 pagi
Ahad dan Cuti Umum : 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

#4 Restoran Cheese Banjir Desa Pandan

Restoran Cheese Banjir

Imej dari Restoran Cheese Banjir

Restoran ini mulanya viral kerana minuman Cheese Durian Milo Kaww. Kunjungan anda tak lengkap kalau tak cuba Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir. Keju cair yang disiram di atasnya melangkapkan lagi rasa lazat Lamb Grill.

Berbanding doh pizza, Cheese Banjir gunakan 100% isi daging untuk hidangan pizza daging Meatza. Keju juga diletak di dalam daging supaya setiap gigitan tidak akan terlepas rasa lemak keju. Pasta dan asam pedas dekat sini pun boleh tahan sedap!

Alamat : Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.30 malam

#5 Tokyo Secret

Tokyo Secret

Imej dari placesandfood.com

Peminat cheese tart mesti sudah biasa beli dekat sini. Di sinilah anda boleh dapat antara cheese tart terbaik. Cheesecake pun ada dijual. Kedai ini juga sering buat promosi Beli 1 Percuma 1.

Jadi kenalah ikuti laman sosial mereka supaya tak terlepas. Baru-baru ini mereka juga perkenalkan menu baru iaitu kek mille crepe di beberapa cawangan. Jangan lepaskan peluang untuk cuba! Cawangannya ada di sekitar KL, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Alamat : Lot F001, First Floor, Mid Valley Megamall, No.1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.30 malam

#6 The Pisang Cheese

The Pisang Cheese

Imej dari The Pisang Cheese

Pisang goreng panas-panas memang sedap kalau dimakan waktu petang. Tambah pula dengan keju parut. Perghh! Dekat sini bukan saja pisang cheese, topping lain pun ada. Boleh campur-campur. Antara yang bestseller termasuk salted caramel, coklat dan green tea. The Pisang Cheese juga ada buat delivery bagi pelanggan yang tak berkesempatan ke kedai mereka. 

Alamat : Restaurant Jamal Mohamad, SS5A/9, Kelana Jaya,  47301 Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hinga 5.30 petang, Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

#7 Murtabak Cheese Sungai Penchala

Murtabak Cheese Sungai Penchala

Imej dari Murtabak Cheese Sungai Penchala

Orang Malaysia memang sukakan murtabak. Kalau letak cheese banyak-banyak jadi viral lah jawabnya. Isi daging dan kejunya memang cukup padat dengan kulit murtabak yang garing. Rugi tak cuba! Masakan panas, tomyam dan western pun ada dijual di sini.

Alamat : Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 5.30 petang hingga 10.30 malam

#8 Roti John Cheese Sekilo

Roti John Cheese Sekilo

Imej dari Roti John Cheese Sekilo

Dengan hanya RM15, anda boleh menikmati roti john dengan isi daging mewah dan cheese yang padat. Pilih saja isi daging atau ayam, kemudian nikmati sendiri sensasi roti john yang mendapat perhatian di media sosial. kalau nak tambah sedap, boleh letak Sotong King, sosej Bratwurst atau ayam Crispy. Lagi padu!

Alamat : Tapak Penjaja Sementara Seksyen 19, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19
Shah Alam.

Waktu Operasi : Ahad hingga Jumaat : 12.30 tengah hari hingga 9.30 malam.

Tunggu Apa Lagi?

Tak ada istilah ‘extra cheese’ dalam bab makan ni. Semuanya bergantung pada cita rasa sendiri. Sekali sekala reward diri dengan makanan kaya dengan keju apa salahnya. Kebanyakan pemilik restoran sekarang semakin kreatif dalam menggunakan keju dalam masakan.

Kalau dapat cipta menu baru dan diiklankan di sosial media, memang viral jadinya. Jangan lepaskan peluang untuk cuba beberapa menu yang penuh keju pada masa akan datang!  

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.