Oliva Cafe – kafe yang wajib anda singgah jika anda berpeluang ke Kota Terengganu dan ingin menikmati makanan Barat yang enak dan berbagai.

Kafe ini sentiasa ramai dengan pelanggan, terutamanya pada jam 8 malam ke atas. Rata-rata pengunjungnya pula terdiri daripada pelbagai golongan – remaja, dewasa dan warga emas pun ada.

Tertanya-tanya mengapa Oliva Cafe digemari oleh ramai pelanggan dan hidangan apa yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Menu Yang Beraneka, Berpatutan Harga & Lazat Rasanya

Sesetengah kafe moden memang menyediakan makanan Barat, namun agak mengecewakan bila menu yang boleh didapati ada beberapa jenis sahaja. Harga pula mencekik darah, memang tak berbaloi!

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di kafe ini. Kerana menu di sini bukan sahaja beraneka, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan.

makan @ oliva cafe

Imej via Foursquare

half chicken thyme

Imej via Foursquare

Menu-menu yang wajib anda cuba ialah Lamb Chop, Fish & Chips, Lamb Shank & Half Chicken with Lemon & Thyme. Menu berbeza, namun masih sama kelazatannya.

Saiz hidangan setiap makanan memang besar dan hal ini turut diakui oleh pelanggan-pelanggannya sendiri. Yang pasti, anda akan meninggalkan kafe ini dengan perut yang kenyang!

Stik Yang Bersaiz Besar, Menjanjikan Kekenyangan!

Jika anda peminat tegar stik, anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti stik yang disajikan di kafe ini. Bukan kualitinya sahaja yang terbaik, malah saiznya juga besar.

australian sirloin steak

Imej via Foursquare

Antara stik yang wajib anda pesan ialah Australian Sirloin Steak & Rib Eye Steak. Di samping saiz yang besar, isinya juga lembut dan juicy, setiap suapan menjanjikan kenikmatan yang tak terhingga!

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dengan kualiti dan saiznya. Kami yakin anda pasti akan berpuas hati!

Pencuci Mulut Yang Mampu Membangkitkan ‘Mood’

Bila stres, pasti tekak anda mula meronta-ronta untuk menikmati pencuci mulut, bukan? Alang-alang singgah di kafe ini, pesanlah pencuci mulutnya!

oliva cafe

Imej via Foursquare

Pencuci mulut yang paling laris di sini ialah Apple Crumble with Vanilla Ice Cream. Gabungan epal dan vanilla ini memang mantap habis. Kemanisannya dijamin mampu membuatkan sesiapa sahaja senang hati!

pliva cafe

Imej via Foursquare

Selain itu, anda juga boleh mencuba pencuci mulut lain. Antaranya ialah Bread Butter Pudding, Chocolate Brownies dan Freshly Made Doughnut. Saiz hidangan juga besar, dijamin mengenyangkan!

Banyak Lagi

Untuk pembuka selera, pesanlah Garlic Bread with Mushroom Soup. Sup cendawan yang disediakan mempunyai rasa lemak berkrim namun tidak memuakkan, malah melazatkan!

beef nachos oliva cafe

Imej via Foursquare

Selain itu, anda juga boleh mencuba Beef Nachos. Boleh juga dibuat sebagai snek dan dimakan beramai-ramai. Sosnya memang sedap, rugi kalau tak cuba!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu Oliva Cafe? Sambil melancong di Kuala Terengganu, singgah sahaja di kafe ini. Pasti percutian anda akan lebih menyeronokkan!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh.

Alamat: 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali isnin, 5 petang – 2 pagi
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Kuala Terengganu

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.