Kemaman merupakan salah sebuah daerah yang agak besar di negeri Terengganu. Jika anda sudah biasa berkunjung ke Kemaman, anda pasti pernah terdengar tentang bandar Chukai yang merupakan bandar utama di Kemaman, bukan?

Antara tempat menarik yang sering dikunjungi pelancong di sekitar Kemaman ialah Zoo Kemaman, Ma’ Daerah Turtle Sanctuary dan banyak lagi. Sambil melancong di tempat yang menarik, kami yakin anda pasti mahu singgah di tempat makan yang menarik sekitar sini.

Berikut kami senaraikan 7 tempat makan menarik sekitar Kemaman yang boleh anda lawati jika anda berkunjung ke Kemaman. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

#1 Ani Selera Kampung

Anda peminat tegar masakan kampung? Restoran Ani Selera Kampung ini pasti cocok dengan citarasa anda! Keistimewaan utama restoran ini ialah semestinya lauknya terutama makanan laut yang segar dan berbagai jenis masakan kampung yang kena dengan citarasa ramai.

Sambal Udang & Sambal Sotong @ Ani Selera Kampung

Imej via Foursquare

Antara lauk yang boleh anda cuba sendiri di restoran Ani Selera Kampung ini ialah lauk udang dan sotong yang saiznya memang besar. Sambal udang dan sotong merupakan antara menu kegemaran ramai pengunjung di sini, pedas dan memikat aromanya!

Alamat: Pengkalan Penambang (Kg. Geliga), 24000 Kampong Kemaman, Terengganu

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam

#2 Texas Station Cafe & Restaurant

Kali ini kita tukar citarasa ke arah makanan Barat pula. Jika anda teringin untuk mencuba makanan Barat yang dijamin enak dan berpatutan harganya, kami sarankan anda serbu Texas Station Cafe & Restaurant dengan segera!

Lamb Chop @ Texas Station Cafe & Restaurant

Imej via Foursquare

Antara menu istimewa di sini ialah Lamb Chop. Sos lada hitam yang membanjiri daging kambing yang lembut dan semestinya tidak liat ini menjadi punca utama menu ini begitu digemari pengunjung di sini. Kami yakin anda pasti akan turut menggemarinya!

Alamat: Lot PT 16088 Tingkat Bawah, Bangunan Kedai Depan Nirwana, Jalan Kubang Kurus, Chukai Utama, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 5 petang hingga 1 pagi

#3 Restoran Terapung Bukit Kuang

Restoran Terapung Bukit Kuang, Chukai

Imej via Foursquare

Nama restoran ini pasti kedengaran unik bagi anda, bukan? Nama restoran ini restoran terapung kerana ianya dibina betul-betul di atas sungai, menjadikan ia kelihatan seolah-olah sedang terapung, memang menarik!

kuey teow kungfu @ Restoran Terapung Bukit Kuang, Chukai

Imej via Foursquare

Restoran ini menghidangkan beraneka jenis makanan. Dari makanan tempatan, Thai dan Barat, semuanya ada! Antara menu yang laku keras di sini ialah Chicken Chop, Siakap Stim dan Kuey Teow Kungfu, anda wajib cuba aneka menunya yang dijamin menyelerakan ini!

Alamat: Jalan Bakau Tinggi, Kampung Paya, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 4:45 petang hingga 12:30 tengah malam

#4 Warung Aziz Satar

Nama restoran ini sudah tidak asing lagi di bandar Chukai. Merupakan antara restoran yang paling popular sekitar Kemaman, bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang!

Sata @ Warung Aziz Satar

Imej via Fousquare

Keenakan satar dan otak-otak di restoran ini sudah tidak dinafikan lagi. Rata-rata pelanggan yang mencubanya sendiri di sini mengakui yang satar dan otak-otaknya lebih lembut dan manis berbanding dengan sata di tempat lain. Memang menyelerakan!

Menu @ Warung Aziz Satar

Imej via Foursquare

Bukan sahaja satar malah menu lain seperti udang goreng tepung, ikan goreng tepung dan keropok lekor turut disajikan di sini. Semestinya rangup dan keenakannya dijamin berganda-ganda jika dikenakan bersama satarnya yang istimewa!

Alamat: Jalan Geliga Pantai 1, Simpang Pantai Mak Nik, Geliga, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 7:30 malam

#5 Shell Out by Kaler Cafe

Penggemar shell out, kami ada berita baik buat anda! Bagi yang teringin untuk mencuba shell out yang murah namun kuantitinya masih banyak dan kualitinya dijamin baik, anda boleh serbu Kaler Cafe dan cuba shell out mereka!

shell out by kaler cafe

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan memuji keenakan shell out dan saiz hidangannya yang besar. Rasanya juga tidak terlampau pedas mahupun tawar. Cukup sesuai untuk dinikmati bersama keluarga mahupun sahabat handai, dijamin puas hati!

Alamat: 975, Jalan Gong Limau, Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam

#6 Restoran Laguna Ikan Bakar

Laguna Ikan Bakar

Imej via Foursquare

Ada pencinta makanan laut di sini? Ingin menikmati makanan laut yang bukan sahaja segar lauknya malah enak rasanya dan berpatutan harganya? Anda harus merasainya sendiri di restoran Laguna Ikan Bakar!

Merupakan antara restoran yang cukup terkenal di sekitar Kemaman, tidak dinafikan yang restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan walaupun sudah tengah malam! Agak-agak apa yang istimewa ya di sini?

Menu @ Laguna Ikan Bakar

Imej via Foursquare

Antara tarikan utama restoran ini ialah interiornya yang unik dan santai. Selain itu, makanan laut di sini segar-segar belaka. Menu seperti sotong goreng tepung dan ikan masam manis mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggannya.

Alamat: 195, Jln Kuantan – Kemaman, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam

Ada yang sudah mula terliur membayangkan keenakan satar? Atau makanan Barat yang berbagai? Atau ikan sweet sour yang sememangnya sedap rasanya? Jika ya, lekaslah terjah restoran yang kami senaraikan di atas ya!

Anda juga digalakkan untuk datang lebih awal sebelum ruang dalam restoran atau ruang parkir penuh dengan pelanggan. Satu kerugian jika peluang ini dilepaskan begitu sahaja. Jadi, selamat menjamu selera ya!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.