Mencari menu eat clean yang boleh dicuba?

Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang ingin berdiet secara sihat. Semestinya anda akan mulakan diet sihat anda dengan menikmati menu eat clean yang keberkesanannya tidak diragui lagi.

Kekeringan idea memikirkan resepinya? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 menu eat clean dan resepinya untuk anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Wanpaku Avokado Balut

menu eat clean
Imej via Facebook

Sandwic wanpaku merupakan sandwic Jepun yang tular beberapa tahun lepas. Apa kata kali ini anda cuba wanpaku balut yang menyihatkan pula? Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 keping Canadian purple wheat
  • Sos
  • 1 sudu kecik mayonis Kewpie (merah jambu)
  • 1 sudu kecik sambal eat clean
  • 1 sudu besar yogurt Greek
  • Salad dua warna – merah gelap & hijau
  • Lobak
  • Telur mata
  • Kobis ungu
  • Avokado

Cara-cara:

  1. Sebatikan semua bahan dan sapu di kedua-dua wrap.
  2. Bungkus padat-padat untuk setiap bahagian supaya kemas.
  3. Balutkan dengan pembalut plastik.
  4. Potong menggunakan pisau yang tajam,
  5. Sedia untuk dihidang.

#2 Chicken Patty

menu eat clean
Imej via Facebook

Menu eat clean bukan hanya berasaskan sayur-sayuran semata-mata, anda juga masih boleh menikmati ayam dan daging. Jadi, cubalah resepi chicken patty ini! Resepi ini dikongsikan oleh Abrani Yunus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Daun bawang (dihiris)

Bahan kisar:

  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Isi ayam (dipotong dadu)

Cara-cara:

  1. Kisar kering semua bahan kisar hingga lumat.
  2. Hiriskan daun bawang dan gaul dengan bahan kisar tadi.
  3. Panggang menggunakan pemanggang ajaib menggunakan api sederhana untuk beberapa minit.
  4. Sedia untuk dihidang.

#3 Umai Ayam

Imej via Facebook

Umai merupakan menu tradisi kaum Melanau yang menetap di Sarawak dan ianya terkenal di kalangan nelayan. Menu ini juga enak dan menyihatkan! Resepi ini dikongsikan oleh Abrani Yunus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam
  • Sayur-sayuran pilihan

Bahan tumbuk:

  • 2 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Lemon (diperah)
  • Limau nipis (diperah)
  • Hirisan bawang merah
  • Daun limau purut

Cara-cara:

  1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian, celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
  3. Cair-carikkan isi ayam dan masukkan ke dalam bahan tumbuk. Gaulkan dengan lesung sehingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

#4 Overnight Oat

Imej via Facebook

Ini merupakan antara menu eat clean yang cukup popular – overnight oats. Sangat sesuai dinikmati semasa sarapan! Resepi ini dikongsikan oleh Siti Nur di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1½ sudu oat
  • 1 sudu yogurt semulajadi
  • 1 gelas susu rendah lemak
  • 4 biji anggur
  • ¼ biji epal hijau
  • ½ biji pisang

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan mengikut turutan. Kacau sebati.
  2. Sejukkan semalaman di dalam peti ais.
  3. Sedia untuk dihidang.

#5 Salad

menu eat clean
Imej via Facebook

Salad juga merupakan antara menu pilihan ramai semasa berdiet secara sihat. Ianya mudah disediakan dan mengenyangkan. resepi ini dikongsikan oleh Nabila Huda Murad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (direbus dan dicarik)
  • Brokoli (direbus 1-2 minit sahaja, pastikan air betul-betul menggelegak)
  • Ubi keledek (direbus hingga empuk)
  • 5 biji tomato ceri
  • Daun salad / saderi
  • Sedikit kobis ungu (dihiris halus)
  • Sos Kewpie Dressing (Roasted Sesame)

Cara-cara:

  1. Gaul rata bahan-bahan di atas dalam mangkuk yang sama.
  2. Sedia untuk dihidang.

#6 Bebola Ayam Kentang Pedas

Imej via Facebook

Bagi penggemar bebola ayam, inilah resepi yang wajib anda cuba jika berdiet secara sihat – bebola ayam kentang pedas. Resepi ini dikongsikan oleh Abrani Yunus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kentang (diipotong dadu dan direbus empuk)

Bahan kisar:

  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Lada hitam
  • Isi ayam

Bahan hiris:

  • Bawang
  • Daun bawang
  • Daun limau purut
  • Cili (mengikut kepedasan)

Cara-cara:

  1. Lumatkan ketang menggunakan lesung batu.
  2. Gaulkan kentang bersama bahan kisar dan bahan hiris.
  3. Bentukkan menjadi bebola.
  4. Panggang di atas pemanggang ajaib menggunakan api sederhana untuk beberapa minit.
  5. Sedia untuk dihidang.

#7 Clean Roll

Clean roll ini merupakan menu yang ringkas namun mengenyangkan dan juga menyihatkan. Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Resepi ini dikongsikan oleh Normie Azura di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Udang
  • Daun ketumbar
  • Cili api
  • Bawang
  • Tauhu
  • Lobak merah
  • Kobis untuk membungkus

Cara-cara:

  1. Menggunakan pemproses makanan, kisarkan semua bahan kecuali kobis, udang dan lobak.
  2. Masukkan lobak untuk dicarik halus ke dalam pemproses makanan. Gaulkan bersama bahan kisar lain.
  3. Leraikan kobis dan letakkan bahan-bahan kisar bersama isi udang di atasnya. Balutkan.
  4. Ulang langkah 3 sehingga kobis dan bahan kisar habis digunakan.
  5. Kukus selama 2-5 minit.
  6. Potong kepada dua bahagian.
  7. Sedia untuk dihidang.

#8 Kerabu Ayam Tomato

Imej via Facebook

Ada penggemar kerabu di sini? Kerabu juga merupakan menu yang sangat menyihatkan dan sesuai untuk eat clean. Resepi ini dikongsikan oleh Khaizura Khalid di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (direbus empuk dan dicarik)
  • Bawang (dihiris)
  • Cili padi (digunting)
  • Limau nipis / limau kasturi
  • Sedikit air asam jawa
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidang.

#9 Lempeng Oat

Imej via Facebook

Oat sememangnya tinggi dengan serat, jadi ianya akan menjanjikan kekenyangan kepada anda. Jika dibuat lempeng, pasti lebih sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 50 g rolled oat (dikisar halus)
  • 2 sudu besar tepung mil penuh
  • 50 gram susu segar
  • 2 biji telur
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk cili
  • Kucai
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Baby spinach
  • Bawang holland
  • Cili thai (dicincang)
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu minyak kelapa untuk menumis

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak kelapa hingga sebati.
  2. Gorengkan seperti membuat lempeng biasa.
  3. Sedia untuk dihidang.

#10 Cloud Cheese Bun

Imej via Facebook

Roti cloud merupakan antara menu yang tular akhir-akhir ini. Ianya gebu dan sesuai dinikmati jika anda membuat diet ketogenik. Resepi ini dikongsikan oleh Amie Irwanty di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 85 g krim keju (pada suhu bilik)
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk cream of tartar *optional

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan sampai sebati.
  2. Kemudian, alas dengan kertas pembakar. Sudukan mengikut saiz roti yang diingini.
  3. Bakar 160°C selama 30 minit atau sehingga masak (bergantung kepada ketuhar).
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi menu eat clean, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.