Bukan mudah untuk menyiapkan makanan dalam keadaan kita terkejar-kejar waktu untuk ke pajabat. Wujudnya konflik apabila kita mahu menikmati lauk yang sedap, tetapi mudah dan cepat untuk dimasak. Boleh ke?
Semestinya ya! Tidak mustahil untuk anda memasak lauk yang ringkas dan mudah. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi lauk simple untuk anda cuba. Teruskan membaca!
Jika menu ikan bilis kentang berlada ini tidak tersenarai sebagai lauk yang ringkas, memang tak sah. Bahannya sedikit serta cara masakannya juga sangat mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nabillah Zuillkipli di laman Facebook.
Tempe merupakan makanan yang sangat mengenyangkan dan ianya juga kaya dengan protein. Kebanyakan cara masakannya juga mudah, termasuklah jika digoreng bersama daun kari. Resepi ini dikongsikan oleh Razila Razak di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Cili merah
Bahan B:
Tempe (digaul kunyit, garam dan sediki serbuk bawang putih)
6 tangkai daun kari
Sedikit perasa
Cara-cara:
Kisar kasar bahan A. Ketepikan.
Goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan A. Kemudian, masukkan daun kari.
Setelah bahan tumisan masak, perasakan dengan garam dan perasa.
Bagi penggemar makanan laut, anda boleh cuba resepi sotong goreng kunyit ini. Selain mudah dan cepat untuk dimasak, rasanya juga sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Hasimah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Sotong
Serbuk kunyit
Minyak
Cili besar
Bawang besar
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan kuali tanpa minyak.
Masukkan sotong dan serbuk kunyit.
Kacau sebatisotong kering/keluarkan sotong dan biarkan air sotong kerint
Setelah air sotong kering, masukkan minyak, bawang besar dan cili besar.
Teringin untuk menikmati ayam goreng ala KFC? Resepi serta bahan-bahannya cukup ringkas. Boleh juga dibuat bekal buat anak-anak anda, pasti mereka suka. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung gandum
Tepung beras
Rempah kari daging
Serbuk perasa
Garam / gula
Cara-cara:
Bancuh pekat secawan tepung gandum bersama garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kari daging.
Masukkan ayam dan gaulkan. Kalau ingin pedas, boleh tambah 1 sudu serbuk cili.
Salutkan ayam bersama 1 cawan tepung beras, serbuk kari daging dan garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana. Pastikan minyak menenggelami ayam dan jangan gaulkan ayam.
Setelah 2-3 minit, balikkan ayam.
Goreng selama 5-10 minit sehingga bunyi gorengan mula perlahan.
Daging dendeng merupakan resepi yang berasal dari Indonesia, khususnya resepi orang Minangkabau. Cara penyediannya yang mudah serta rasanya enak merupakan antara faktor popularitinya. Resepi ini dikongsikan oleh Rosidah Binti Ahmad di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang rose (digoreng)
Daging (diperap dengan kicap manis)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili giling
Rempah 3 sekawan
Garam
Gula
Cuka
Daun limau purut (penambah aroma)
Cara-cara:
Goreng garing bawang ros.
Goreng daging yang diperap dengan kicap.
Setelah digoreng, tumbuk kasar daging.
Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumiskan cili giling bersama rempah 3 sekawan dan bahan kisar.
Masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka.
Resepi ikan masak asam ini juga merupakan antara resepi lauk simple yang wajib anda cuba. Mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bawang merah/putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (dititik)
Ikan tenggiri (digoreng)
Cili api *optional
Bawang besar (dipotong bulat)
Cara-cara:
Tumis bawang putih/merah, halia dan serai sehingga garing kekuningan. Gunakan minyak bekas gorengan ikan tadi.
Masukkan air perahan asam jawa, sekadar sesuap asam jawa.
Boleh dimasukkan sedikit sos tiram, jika mahu.
Adunkan semuanya dengan sedikit gula dan garam.
Masukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas, jika mahu.
Lauk ini cukup sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas, ditambah pula dengan sambal kicap, pasti memikat hati! Resepi ayam goreng kunyit juga senang untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1 sudu besar tepung serbaguna Bestari (boleh tambah sesudu lagi jika mahu lebih garing)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 biji bawang merah – di hiris tebal
1 inci halia (dihiris halus)
Lada merah (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Bunga kobis
Kacang panjang
Cara-cara:
Gaul rata ayam yang dipotong kecil bersama tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari.-
Panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat, biarkan seketika.
Tunggu ayam sedikit garing, kemudian lerai-leraikan isi ayam yang melekat tadi.
Goreng sehingga ayam garing. Kemudian, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
Masukkan bahan lain dan goreng sehingga semuanya masak.
Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan.
Mudahkah menyediakan sotong goreng tepung? Semestinya ya! Cara penyediannya tidak terlampau rumit dan ianya juga cepat untuk disediakan. Enak dimakan bersama sos cili! Resepi ini dikongsikan oleh di Atirah Abdullah Shah Aimin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 kg sotong segar
1 biji telur gred A
Serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
Bahan B:
2 senduk besar tepung serbaguna
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
Bersihkan sotong dan toskan supaya sotong tidak terlalu mengandungi air.
Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.
Kacau rata Bahan B.
Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak).
Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
Goreng sotong sehingga bewarna perang keemasan.
Ulang langkah menyalut bahagian sotong yang lain dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng.
Merebus dan menumis – ini sahaja langkah penyediaan untuk resepi sambal telur ini. Memang rugi jika anda tak cuba, tambahan pula semasa anda berkejaran ke tempat kerja. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Telur (direbus)
1 genggam cili kering
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam
Gula pasir/melakaa
½ sudu besar belacan
Asam keping / air asam jawa pekat
Serbuk perasa
Cara-cara:
Kupaskan kulit telur.
Panaskan minyak dan gorengkan telur selama 1-2 minit sehingga perang. Ketepikan.
Kisarkan cili kering, bawang putih, belacan dan bawang besar. Masukan sedikit air.
Panaskan minyak untuk menumis sambal, boleh juga tambah minyak gorengan telur tadi.
Tumis bawang hiris hingga layu. Kemudian, masukkan bahan kisar.
Tumis sehingga lada garing menggunakan api sederhana. Pastikan kuali ditutup.
Teruskan mengacau sehingga sambal menjadi garing.
Kemudian, masukkan asam keping atau air asam.
Masukkan gua dan kacau sebati.
Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah sambal masak, masukkan telur dan gaulkan rata.
Biarkan selama 2-3 minit. Sedia untuk dihidangkan.
Ayam butter merupakan resepi yang viral beberapa tahun lepas. Rasanya yang lemak berkrim membuatkan ramai orang kita menggemarinya. Langkah peneydiannya juga mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Q Aini di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ayam bahagian dada
Susu cair
Bawang putih (dihiris halus)
Mentega
Daun kari
Cili padi
Bahan B:
2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara-cara:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
Masukkan telur dan garam ke dalam mangkuk, kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
Perap ayam selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuahnya, di dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat.
Tambahkan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi lauk simple, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.