Orang Kedah, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih tidak terjumpa destinasi buffet yang menarik untuk sesi iftar anda bersama keluarga atau sahabat handai?

Jika ya, kami ada senarai destinasi buffet Ramadhan terkini yang boleh anda singgah di Kedah. Ada 20 kesemuanya, dan semestinya pada tahun ini iaitu 2023. Teruskan membaca ya!

Buffet Ramadhan Kedah 2023

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanakk-kanak (RM)Info
Swiss Avenue Hotel1A, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah89.9059.00Swiss Avenue Hotel
Ombak Villa LangkawiLot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah65.0029.00Ombak Villa Langkawi
Goldsands Hotel LangkawiLot 1575, Bandar Kuah, Langkawi, Kedah49.0029.00Goldsands Hotel Langkawi
The Jerai HotelLot 134 – 141, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah65.0045.00The Jerai Hotel Alor Setar
Emerald Puteri Hotel50, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah68.0038.00Emerald Puteri Hotel
Cinta Sayang Resort362, Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah68.0048.00Cinta Sayang Resort
Hotel Seri Malaysia Alor SetarJalan Stadium, 05150 Alor Setar City Center, Kedah65.0042.00Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Aloft LangkawiLot PT 701, Jalan Pantai Tengah Mukim, 07000 Langkawi, Kedah88.0048.00Aloft Langkawi Pantai Tengah
Raia Hotel & Convention Centre Alor SetarLot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar, 06550 Alor Setar, Kedah95.0058.00Raia Hotel & Convention Centre
Hotel Seri Malaysia Sungai PetaniJalan Pasar, Seksyen 21, 08000 Sungai Petani, Kedah50.0030.00Hotel Seri Malaysia Sungai Petani
StarSky Restaurant & Lounge @ Menara Alor SetarBandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah72.0048.00Starsky Restaurant & Lounge
Tanjung Rhu ResortMukim, 07000 Langkawi, Kedah80.00-99.0040.00-50.00Tanjung Rhu Resort
The Danna LangkawiPantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah160.00The Danna Langkawi Resort & Beach Villa
Resort World LangkawiTanjung Malai, 07000, Kedah59.0029.00Resort World Langkawi
Zaques HotelNo 113 SLAK, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah62.0029.00Zaques Hotel
Global Ikhwan Resort LangkawiJalan Padang Matsirat, Kelibang, 07000 Kuah, Kedah59.0039.00Global Ikhwan Resort
Bella Vista Waterfront LangkawiPersiaran Muda 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah55.0025.00Bella Vista Waterfront Langkawi
The Ritz Carlton LangkawiJalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah168.0064.00The Ritz-Carlton Langkawi
Nadias Hotel Cenang LangkawiNadias Hotel Cenang, 977, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah59.9029.90Nadias Hotel Cenang Langkawi
Holiday Villa Beach Resort & SpaLot 1698, Jl. Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah69.9035.00Holiday Villa Beach Resort & Spa

Swiss Avenue Hotel

Jom berbuka bersama Swiss Avenue Hotel dengan tema Kampungku Dinner. Sudah pasti pelbagai juadah tradisi menanti anda! Bermula 28 Mac sehingga 20 April 2023, harga buffet serendah RM 89.90 untuk dewasa manakala RM 59.90 untuk kanak-kanak. Dengan pembelian awal sebanyak 10 pax, anda bakal mendapat 1 pax buffet percuma!

Alamat: 1A, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani, Kedah

Ombak Villa Langkawi

Ombak Villa Langkawi menawarkan buffet Ramadhan yang bermula dari 26 Mac hingga 20 April. Harganya sangat berpatutan iaitu RM 58 untuk dewasa, RM 29 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun manakala untuk warga emas dan OKU adalah RM 49.

Harga untuk tempahan awal juga turut ditawarkan. Bagi tempahan awal, harga serendah RM 55 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak. Tempahan awal boleh dibuat pada sehingga 21 Mac 2023.

Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

Goldsands Hotel Langkawi

Berada sekitar Langkawi? Lekaslah tempah buffet Ramadhan yang disediakan oleh Goldsands Hotel Langkawi. Berharga RM 49 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun. Namun harga ini adalah harga promosi yang sah sehingga 22 Mac 2023 sahaja.

Alamat:  Lot 557 & 559, Bandar Pusat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

The Jerai Hotel

Di Alor Setar, The Jerai Hotel merupakan antara hotel yang menawarkan buffet Ramadhan bermula 24 Mac sehingga 20 April 2023. Harga yang ditawarkan ialah RM 65.00 untuk dewasa dan RM 45 untuk kanak-kanak dan warga emas. Pembelian awal akan mendapat harga RM 55 saja namun terhad!

Alamat: Lot 134, 141, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Emerald Puteri Hotel

Bagi yang berada sekitar Sungai Petani, antara lokasi buffet Ramadhan di Kedah yang boleh anda singgah ialah di Emerald Puteri Hotel. Harga yang ditawarkan ialah RM 68 untuk dewasa, RM 38 untuk kanak-kanak dan RM 55 untuk warga emas.

Selain itu, harga promosi untuk tempahan awal juga turut ditawarkan. Tawaran serendah RM 55 boleh didapati jika anda membuat tempahan sebelum 21 Mac 2023. Dengan tema Citarasa Melayu, pelbagai juadah tradisi menanti anda!

Alamat: 50, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort yang bertempat di Sungai Petani ini juga ada menyediakan buffet Ramadhan bermula 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan ini. Mereka menawarkan harga buffet RM 68 untuk dewasa, RM 28 untuk kanak-kanak manakala RM 48 untuk warga emas dan OKU.

Bagi yang membuat tempahan awal, anda dapat menempah pada harga RM 50 sahaja. Cepat buat tempahan kerana harga promosi ini terhad sehingga 21 Mac 2023!

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Hotel Seri Malaysia mempunyai beberapa cawangan di Kedah dan salah satunya ialah di Alor Setar. Jika anda membuat tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi serendah RM 55 yang sah sehingga 23 Mac ini. Buffet ini diadakan bermula 24 Mac hingga 19 April.

Hidangan menarik seperti Ayam Golek, Nasi Beriyani Ayam Tanam, Masak Lemak Daging Salai Power dan lebih 70 menu lain menanti anda.

Alamat: Jalan Stadium, 05150 Alor Setar City Center, Kedah

Aloft Langkawi Pantai Tengah

Aloft Langkawi Pantai Tengah menawarkan buffet Ramadhan bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023. Harga ditawarkan ialah RM 88 untuk dewasa, RM 44 untuk kanak-kanak.

Berkonsepkan Citarasa Nook-Santara, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan Ghazal daripada LAKI. Jika berminat, Whatsapp +6013 744 7205 dengan segera.

Alamat: Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar

Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar juga turut menawarkan buffet Ramadhan yang berbaloi bermula dari 24 Mac hingga 20 April 2023. Untuk tempahan awal, harga promosi yang ditawarkan ialah serendah RM 85.00 dan sah sehingga 22 Mac ini!

Alamat: Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar, 06550 Alor Setar, Kedah

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani

Bagi penduduk Sungai Petani, singgah sahaja berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani yang menawarkan harga berbaloi. Harga untuk dewasa ialah RM 50 dan untuk kanak-kanak harganya ialah RM 30. Untuk pelanggan yang membuat tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi RM 45 sahaja.

Alamat: Jalan Pasar, Seksyen 21, 08000 Sungai Petani, Kedah

StarSky Restaurant & Lounge @ Menara Alor Setar

StarSky Restaurant & Lounge pula menawarkan buffet bermula dari24 Mac hingga 18 April yang sangat berbaloi. Harga yang ditawarkan ialah RM 72 untuk dewasa, RM 48 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Walaupun tiada harga pembelian awal, mereka menawarkan pakej keluarga dan korporat yang sangat berbaloi!

Alamat: Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Tanjung Rhu Resort

Satu lagi resort di Langkawi yang menawarkan buffet Ramadhan ialah Tanjung Rhu Resort. Buffet berbuka puasa di sini bermula dari 28 Mac hingga 19 April 2028. Untuk hari Isnin hingga Khamis, harga buffet untuk dewasa ialah RM 70.00 dan untuk kanak-kanak ialah RM 40.00. Untuk Jumaat hingga Ahad, harga buffet dewasa ialah RM 99.00 dan kanak-kanak ialah RM 50.00.

Selain makanan tradisi, mereka juga menyediakan masakan dari timur tengah. Tak cukup dengan itu, akan ada 7 warung yang akan memasak secara langsung.

Alamat:  07000 Langkawi, Kedah

The Danna Langkawi

Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah

The Danna Langkawi merupakan antara hotel 5 bintang yang menawarkan buffet Ramadhan. Harga tempahan ialah RM 1600 untuk dewasa.

Lebih 100 menu menanti anda setiap hari termasuklah Ayam Panggang Percik, Kambing Rebung Madu dan Sotong Padang Berempah. Jika berminat layari The Danna Langkawi Resorts & Beach Villa.

Resort World Langkawi

Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Langkawi ialah Resort World Langkawi. Buffet ini bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023. Namun pakej buffet diadakan pada setiap Khamis hingga Ahad sahaja. Harga tempahan ialah RM 59 untuk dewasa, RM 29 untuk kanak-kanak dan RM 39 untuk warga emas.

Jangan risau, anda juga berpeluang mendapatkan harga promosi serendah RM 50 untuk dewasa manakala RM 25 untuk kanak-kanak. Namun harga ini terhad sehingga 20 Mac sahaja.

Alamat: Tanjung Malai, 07000, Kedah

Zaques Hotel

Buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Zaques Hotel ini bermula dari 25 Mac sehingga 21 April 2023. Harga untuk walk-in ialah RM 62 manakala harga bagi pelanggan yang membuat tempahan awal secara online ialah RM 54 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak berusia, warga emas dan OKU.

Paling best, pengunjung berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk pakej umrah untuk 2 orang! Memang berbaloi!

Alamat:  No 113 SLAK, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah

Global Ikhwan Resort

Terletak di Kuah, Global Ikhwan Resort turut menawarkan buffet berbuka puasa bermula 23 Mac sehingga 20 April 2023. Harga untuk dewasa ialah RM 59 dan kanak-kanak ialah RM 39. Hidangan yang disajikan adalah menu tempatan yang sangat menyelerakan!

Ada juga promosi buffet Ramadhan di sini. Tawaran 15% akan diberikan buat pelanggan yang melakukan tempahan sebelum Ramadhan.

Alamat: Twin Peaks Island Resort, Kelibang, 07000 Kuah, Kedah

Bella Vista Waterfront Langkawi

Antara lokasi buffet Ramadhan di Kedah ialah di Bella Vista Waterfront Langkawi yang bertemakan Citarasa Nostalgia yang menyajikan pelbagai juadah tradisi. Harga untuk dewasa ialah RM 55 dan untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun, harganya ialah RM 25. Buffet ini diadakan bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023.

Untuk harga tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM 45 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Bagi warga emas pula, bayaran RM 30 dikenakan. Dapatkan harga ini sebelum 31 Mac 2023.

Alamat: Persiaran Muda 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

The Ritz-Carlton Langkawi

Hotel bertaraf 5 bintang iaitu Ritz Carlton Langkawi turut menyediakan buffet berbuka puasa yang berbaloi. Harga untuk dewasa ialah RM 168 manakala untuk kanak-kanak RM 65. Buffet ini diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula 24 Mac hingga 21 April 2023.

Bertemakan Nostalgia Negaraku, pelbagai menu enak dan unik dari seluruh pelusuk negeri dihidangkan buat pengunjung seperti Manok Pansoh, Minang Salai dan Hinava Ikan Kacang. Dapatkan harga promosi sebelum 12 Mac untuk dapatkan harga serendah RM 135 untuk dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak.

Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000

Nadias Hotel Cenang Langkawi

Jika anda berada di Langkawi, ini juga lokasi buffet Ramadhan Kedah yang terbaik dengan harga berbaloi. Harga sebenar hanya RM 59.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM 29.90 sahaja. Anda juga boleh dapatkan harga promosi sekadar RM 55 sahaja sehingga 26 Mac ini.

Alamat: Nadias Hotel Cenang, 977, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

Holiday Villa Beach Resort & Spa

Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi menyediakan buffet Ramadhan bertemakan Kembara Sutera dengan lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa. Antara menu utama adalah kambing golek dan sup huru-hara. Untuk dewasa, harganya ialah RM 69.90 untuk dewasa manakala RM 35 untuk kanak-kanak.

Alamat: Lot 1698, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Kesimpulan

Ada buffet Ramadhan Kedah yang berjaya menawan hati anda? Kami yakin pasti ada, kerana semuanya menarik-menarik belaka!

Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.