Bagi pembaca yang berada di Sabah, adakah anda masih tercari-cari destinasi buffet untuk sesi berbuka puasa atau lebih dikenali dengan istilah ‘sungkai’ di Negeri Di Bawah Bayu ini?
Jangan risau, kami ada senarainya buat anda. Ada 20 destinasi buffet sekitar Sabah yang kami senaraikan untuk anda. Semestinya yang terkini untuk tahun 2022, jadi teruskan membaca!
Lokasi | Nama Tempat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-Kanak (RM) | Info Selanjutnya |
---|---|---|---|---|
Kota Kinabalu | Le Meridien Kota Kinabalu | 158.00 | 98.00 | Info |
Kota Kinabalu | Grandis Hotels & Resorts | 108.00 | 58.00 | Info |
Sandakan | The Pavilion Hotel | 65.00 | 35.00 | Info |
Kota Kinabalu | Sutera Harbour Resort | 138.00 | 70.00 | Info |
Kota Kinabalu | The Palace Hotel Kota Kinabalu | 99.00 | 50.00 | Info |
Kota Kinabalu | Asiarasa Cafe Citarasa Kampung | 75.00 | 38.00 | Info |
Kota Kinabalu | Mercure Kota Kinabalu City Centre | 88.00 | 57.00 | Info |
Kota Kinabalu | Sabah Oriental Hotel | 88.00 | 40.00 | Info |
Kota Kinabalu | Perkasa Hotel Mt Kinabalu | 50.00 | 40.00 | Info |
Kota Kinabalu | Hilton Kota Kinabalu | 120.00 | 60.00 | Info |
Kota Kinabalu | Hyatt Regency Kinabalu | 160.00 | 80.00 | Info |
Sandakan | Sabah Hotel Sandakan Borneo | 82.00 | 45.00 | Info |
Kota Kinabalu | Raia Hotel Kota Kinabalu | 75.00 | 37.50 | Info |
Kota Kinabalu | Borneo Royale Hotel | 68.00 | 34.00 | Info |
Sandakan | Hotel Sandakan | 58.00 | 32.00 (6-12 tahun) RM 12 (2-5 tahun) | Info |
Kota Kinabalu | Dreamtel | 75.00 | 32.00 | Info |
Kota Kinabalu | Kota Kinabalu Marriott Hotel | 138.00 | 69.00 | Info |
Kota Kinabalu | D'Jesselton Sabah | 69,00 | 35.00 | Info |
Kota Kinabalu | Sabah International Convention Centre | 128.00 | 64.00 | Info |
Kota Kinabalu | Horizon Hotel | 80.00 | 50.00 | Info |
Di Le Meridin Hotel, mereka ada menawarkan pakej buffet Ramadhan yang cukup berbaloi. Hidangan yang disajikan berasaskan sajian tempatan. Harga untuk dewasa ialah RM 158 manakala untuk kanak-kanak, harga buffet ialah RM 98. Pelbagai jenis kuih-muih dan lauk-pauk boleh didapati semasa buffet ini.
Bagi yang ingin membuat tempahan atau mengetahui makluman lanjut, anda boleh menghubungi pihak hotel di talian +6088 322 227 atau +6019 897 2258.
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Sinsuran, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Grandis Hotels & Resorts menyediakan menu seperti Kambing Bakar, Satay, Bubur Lambuk, Nasi Lemak, Nasi Briyani dan Roti John untuk buffet Ramadhan. Harga yang ditawarkan ialah RM 108 untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan awal, bermula dari 10 hingga 31 March 2022, anda dapat menempah pada harga RM 78 untuk dewasa. Untuk makluman lanjut, anda boleh menghubungi mereka di talian 088522872 atau melalui WhatsApp 0178541588.
Alamat: Suria Sabah Shopping Mall, 1A, Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Antara buffet Ramadhan di Sabah yang wajib anda tempah ialah The Pavillion Hotel yang bertempat di Sandakan. Harga untuk dewasa ialah RM 65, untuk warga emas ialah RM 45 dan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun, harganya ialah RM 35.
Buffet berbuka puasa ini bermula dari 5 hingga 30 April 2022. Untuk membuat tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi mereka di talian 01112080395 atau 0138781852.
Alamat: Block A3, Bandar Labuk Jaya,, Mile 7, Labuk Road,, 90000 Sandakan, Sabah
Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Kota Kinabalu ialah Sutera Harbour Resort. Untuk dewasa, harganya ialah RM 138 dan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, harganya ialah RM 70. Untuk 10 orang, anda dapat menempah tiket pada harga RM 124 untuk dewasa dan RM 63 untuk kanak-kanak.
Harga bagi mereka yang membuat tempahan awal dari 14 March hingga 1 April 2022 juga turut ditawarkan. Harganya ialah RM 117 untuk dewasa dan RM 59 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan atau makluman lanjut, hubungi mereka pada talian berikut – 017 813 8687 / 017 813 0977088-308392 / 088-308393.
Alamat: The Magellan Sutera Resort, 1 Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
The Palace Hotel Kota Kinabalu menawarkan buffet berbuka puasa selera tempatan. Harga buffet ialah RM 99 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Buffet ini bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022 dan waktunya ialah 6.30 petang hingga 10 malam.
Untuk membuat tempahan atau mengajukan pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak hotel di talian 013-8681589.
Alamat: No 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Ingin menikmati masakan kampung sempena berbuka puasa? Lekaslah tempah buffet di Asiarasa Cafe Citarasa Kampung. Harga tempahan ialah RM 75 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Buffet ini berlangsung dari 4 hingga 30 April 2022 dan waktunya ialah 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Untuk harga promosi bagi tempahan awal, tempoh untuk menebus ialah dari 14 hingga 31 Mac 2022, jadi rebutlah peluang tersebut. Bagi mendapatkan makluman lanjut atau untuk menempah, hubunhi mereka melalui WhatsApp di talian 014 677 7335.
Alamat: D-0-3, Lorong Capital, Sabah, 88400 Kota Kinabalu
Hotel Mercure Kota Kota Kinabalu juga merupakan antara lokasi buffet Ramadhan yang wajib anda tuju. Harga buffet ialah RM 88 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak dan warga emas. Anda akan disajikan dengan hidangan seperti kari kambing, 6 jenis kerabu, daging masak hitam dan nasi briyani.
Harga promosi tempahan awal juga boleh didapati. Harganya ialah RM 75 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak dan warga emas. Untuk makluman lanjut, hubungi sahaja mereka di talian 01548761881 atau melalui WhatsApp di talian 013-5595197.
Alamat: 41, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Sabah Oriental Hotel yang terletak di Kota Kinabalu ini menyediakan buffet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan. Harga dewasa ialah RM 88 manakala untuk kanak-kanak, harga tempahan ialah RM 40. Waktu buffet ialah dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Untuk pembelian 10 baucar pra-bayar sebelum 1 April 2022, anda akan mendapat potongan harga tempahan sebanyak 10%. Bagi membuat tempahan atau pertanyaan, boleh menghubungi mereka di talian 0888258998 atau 016-2136115.
Alamat: Jalan Kemajuan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Hotel bertaraf 5 bintang ini ada menyediakan pakej buffet Ramadhan yang menarik bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022. Antara hidangan yang disajikan ialah Kambing Masala,Ikan Bakar, Soto Ayam bersama Daging dan banyak lagi. Harga buffet untuk dewasa ialah RM 120 manakala untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, harganya ialah RM 60.
Kanak-kanak berusia bawah 6 tahun pula dapat menikmati buffet secara percuma. Untuk makluman lanjut atau membuat tempahan, boleh hubungi mereka di talian 088-356000.
Alamat: Jln Tunku Abdul Rahman, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Hyatt Regency Kinabalu adalah antara lokasi buffet Ramadhan di Sabah yang boleh anda lawati. Mereka menawarkan harga RM 160 untuk dewasa dan RM 80 untuk warga emas dan kanak-kanak. Buffet ini berlangsung sepanjang Ramadhan dan waktunya ialah dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Lauk yang disajikan berasaskan masakan kampung dan sangat berbagai. Untuk membuat tempahan, boleh hubungi mereka melalui panggilan atau WhatsApp di talian 012 803 2255 atau 016 879 9854.
Alamat: Jalan Dato Salleh Sulong, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88991 Kota Kinabalu, Sabah
Bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022, Raia Hotel Kota Kinabalu menyediakan buffet berbuka puasa. Harga dewasa ialah RM 75 dan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, harganya ialah RM 37.50. Waktu buffet ialah dari 6 petang hingga 9 malam.
Harga belian awal dari 3 March hingga 2 April ialah RM 65.90. Mereka turut mengadakan harga promosi iaitu percuma 1 untuk 10 orang berbayar. Untuk tempahan, hubungi Raia Hotel di talian 088-230777 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-6300206.
Alamat: Jalan Sembulan, Kampung Sembulan, 88832 Kota Kinabalu, Sabah
Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Sabah ialah di Borneo Royale Hotel yang terletak di Tawau. Ianya berlangsung dari 3 April hingga 2 Mei 2022 dan waktunya ialah 6 petang hingga 9 malam. Harga dewasa ialah RM 68 dan untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, harganya ialah RM 34.
Promosi tempahan awal dari 15 March hingga 2 April 2022 juga turut ditawarkan. Harganya ialah RM 58 untuk dewasa. Bagi pertanyaan atau tempahan, hubungi [email protected] di talian 089982808.
Alamat: Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah
Kota Kinabalu Marriott Hotel yang merupakan hotel bertaraf 5 bintang turut menyediakan buffet berbuka puasa sempena Ramadhan, bermula dari 4 April hingga 2 Mei 2022. Harganya ialah RM 138 untuk dewasa, RM 69 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan RM 98 untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
Promosi tempahan awal pula adalah seperti berikut – Beli 10 Percuma 3 (hingga 31 March 2022), Beli 10 Percuma 2 (hingga 31 March 2022) dan Beli 10 Percuma 1 (1 hingga 14 April 2022). Untuk tempahan, hubungi mereka di 088268888.
Alamat: Lot G, 23A, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022, anda berpeluang untuk menikmati buffet Ramadhan di Hotel Sandakan. Waktu buffet ialah dari 6 petang hinga 9 malam. Harga untuk dewasa ialah RM 58, RM 32 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dan RM 16 untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun.
Bagi promosi tempahan awal, harganya ialah RM 48 untuk dewasa dan tempohnya ialah selewat-lewatnya 2 April 2022. Untuk membuat tempahan, hubungi mereka di talian 017-5991022 melalui aplikasi WhatsApp.
Alamat: Block 83, 4th Avenue Town Centre, 90000 Sandakan, Sabah
Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Sabah ialah Horizon Hotel. Hidangan tradisional Melayu merupakan sajian utama untuk buffet ini. Harga untuk dewasa ialah RM 80 manakala untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas, harganya ialah RM 40.
Untuk membuat tempahan atau mengajukan pertanyaan, anda boleh menghubungi mereka di talian 088-518000.
Alamat: Jalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
Bagaimana pendapat anda dengan senarai buffet Ramadhan di Sabah yang kami sediakan ini? Ada yang berjaya menambat hati anda?
Jika ya, lekaslah membuat tempahan ya! Jika ada rezeki, berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi. Selamat berbuka!
Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.