Tertanya-tanya makanan rare di Malaysia yang sedap?

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Malaysia merupakan syurga makanan. Jika kita sebutkan tarikan utama di negara ini, semestinya makanan tidak akan ketinggalan, jelas menunjukkan yang ianya digemari ramai.

Pelbagai jenis genre makanan boleh didapati di negara ini – dari masakan kampung, makanan tradisional, makanan Barat, masakan India dan Cina, masakan Baba Nyonya, semuanya ada! Makanan yang rare juga boleh didapati.

Agaknya makanan rare yang sedap di negara kita ni apa ya? Bagi yang tertanya-tanya, berikut kami senaraikan 15 makanan rare di Malaysia yang sedap. Teruskan membaca!

#1 Lidah lembu

Bagi yang menggemari organ dalaman haiwan, lidah lembu pasti termasuk dalam senarai makanan kegemaran anda, bukan? Walaupun kedengaran pelik, ianya boleh dimakan.

kerabu lidah lembu

Imej via mstar

Lidah lembu ini selalunya dibuat masak kicap, dibuat sup, dimasak goreng pedas, masak merah dan banyak lagi. Ada juga yang mencampurkannya bersama daging atau hati untuk keenakkan yang lebih berganda. Pasti sedap!

#2 Pencuci Mulut + Telur Masin

Telur masin merupakan hidangan yang kerap dijadikan lauk untuk makanan berat seperti nasi kerabu. Namun, kebelakangan ini ianya semakin popular sehinggakan dibuat serbuk atau pes yang ditambah dalam masakan.

makanan rare di malaysia

Imej via Instagram

Bukan dibuat lauk sahaja, malah ada juga pencuci mulut yang digabungkan bersama telur masin. Contoh hidangan tersebut ialah kek, cornflakes dan donut yang menggubakan telur masin sebagai inti atau topping. Sangat kreatif!

#3 Kek Boba

Boba atau bubble tea merupakan satu minuman fenomena yang kian viral sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun ianya tinggi dalam kandungan gula, keenakkannya yang tak terhingga boleh bikin sesiapa sahaja ketagih dengannya.

makanan rare di malaysia kek boba

Imej via Seminit Resipi

Tidak dinafikan, orang kita memang kreatif. Hal ini kerana ada sesetengah baker  atau usahawan yang membuat kek boba, sangat menarik! Boba akan digunakan sebagai topping manakala gravy pula akan menggunakan tehnya. Rugi tak cuba!

#4 Otak Lembu

Organ dalaman lembu sememannya sangat digemari sesetengah orang kita. Bila dah kena dengan citarasa seseorang, ianya boleh menjadi makanan ruji mereka walaupun dipandang aneh oleh sesetengah orang yang sensitif tekaknya.

makanan rare di Malaysia

Imej via dapurkakjee

Otak lembu merupakan antara makanan rare yang digemari di Malaysia. Ianya mempunyai berbagai jenis cara masakan, antaranya ialah dibuat masak lemak, masak tempoyak atau digoreng. Tidak salah jika anda mencuba, mana tahu anda akan tersuka?

#5 Kaki Ayam

Ada sesetengah orang yang merasa geli untuk mencuba kaki ayam, kononnya kerana ayam sudah pijak merata tempat. Kenapa perlu makan lagi, tidak kotor ke? Semestinya ianya selamat untuk dimakan, asalkan ianya dibersihkan dengan baik.

makanan rare di malaysia

Imej via catsfm

Kaki ayam ini boleh dikategorikan sebagai makanan rare kerana tidak ramai yang mampu menjamahnya dengan penuh selera. Ianya selalunya dibuat sup, goreng kunyit atau masak kicap. Ianya juga dikatakan boleh membuatkan seseorang itu awet muda!

#6 Hinava

Hinava merupakan makanan tradisional bagi suku Kadazan-Dusun di Sabah. Boleh juga dikategorikan sebagai rare kerana ianya agak susah didapati, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

makanan rare di malaysia

Imej via Unilever Food Solutions

Ianya merupakan campuran isi ikan segar yang ditambah dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, bawang merah , limau kapas, garam dan halia. Isi ikannya mentah namun segar, seakan-akan sushi pun ada. Sedap? Semestinya!

#7 Telur Pindang

Telur pindang merupakan masakan tradisi orang Cina di Malaysia, dan ianya berasal dari negara China. Ianya mudah didapati di negeri selatan di Malaysia, terutamanya di negeri Johor.

telur

Imej via Facebook

Biasanya telur yang digunakan ialah telur ayam. Telur pindang akan diberikan sebagai hadiah di kenduri kahwin orang Melayu di Johor kepada tetamu. SSalah satu keistimewaanya ialah telur pindang ini tahan lama dan tidak basi sehingga 2 minggu.

#8 Serunding Strawberi

Walaupun nama hidangan ini agak terkenal, namun masih ada yang takut-takut untuk mencubanya. Strawberi yang selalunya dijadikan topping untuk hidangan manis dibuat serunding. Sedap ke rasanya?

nasi lemak strawberi makanan rare di malaysia

imej via mekyunie

Serunding strawberi ini mudah didapati di Cameron Highlands. Berbalik kepada rasanya, ianya mempunyai rasa masam-masam manis, bukan pedas dan masin seperti serunding daging yang biasa kita nikmati. Enak dimakan bersama nasi lemak!

#9 Bronok

Beronok merupakan hidupan lauk yang seakan-akan gamat yang merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah. Ianya dimakan mentah dan selalunya dijadikan sebagai kerabu. Bronok ini sangat sensitif kepaa haba, jadi berwaspadalah ya!

makanan rare di malaysia

Imej via cikpinz

Dari segi teksturnya, bronok ini mempunyai tekstur yang kenyal seperti isi kelapa dan rasanya pula agak masin. Memang sangat sesuai dijadikan kerbau yang dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan.

#10 Rendang Landak

Jika anda penggemar masakan eksotik, pasti rendang landak merupakan antara makanan eksotik kegemaran anda, bukan? Kedengaran aneh bagi sesetengah orang, namun tahukah anda yang daging landak ini mahal harganya?

rendang landak

Imej via travelscape30

Ianya jelas menunjukkan yang nilai komersial daging landak ini memang tinggi Rasanya juga dikatakan sedap dan ianya juga lembut. Sangatlah sesuai dibuat rendang, pasti sedap!

#11 Mentarang

Pernah terdengar tentang mentarang? Mentarang merupakan hidupan laut spesis siput yang boleh dimakan. Ianya mempunyai kulit yang nipis dan lebih menggemari air yang suhunya rendah.

mentarang bakar

Imej via Foursquare

Mentarang ini agak sukar didapati di negara kita, namun ianya tidak mustahil. Misalnya di Sekinchan, restoran Faridah Mentarang Bakar memang sangat popular dengan menu mentarang bakarnya. Segar dan semestinya sedap!

#12 Sup Torpedo

Sup ini pernah menjadi satu fenonema, sehinggakan chef antarabangsa iaitu chef Gordon Ramsay pernah mencubanya sendiri! Sebenarnya sup turpedo ini sup apa ya agak-agaknya?

makanan rare di malaysia sup turpedo

Imej via Reddit

Ianya merupakan sup yang menggunakan batang pelir lembu jantan sebagai bahan asasnya. Ianya biasanya didapati di restoran mamak. Dagingnya pula lebih kenyal berbanding daging lembu, anda wajib cuba!

#13 Ulat Sagu

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang hidangan ini, perlu diingatkan kepada pembaca Muslim yang hukumnya haram untuk dimakan ya!

sate ulat

Imej via inakoran

Ulat sagu atau dikenali sebagai butod merupakan lauk yang terkenal di negeri Sarawak dan Sabah. Isinya yang tebal membuatkan ianya cukup enak dimakan sebagai sate. Selain itu, ianya juga boleh dibuat goreng kicap. Lazat? Anda wajib cuba sendiri!

#14 Belalang Goreng

Bagi pembaca Muslim, jangan risau. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum untuk menikmati belalang ialah harus. Jadi, anda masih boleh mencubanya tanpa rasa ragu-ragu.

makanan rare di malaysia

Imej via mforum

Belalang yang digunakan selalunya ialah belalang beras yang akan digoreng. Rasanya yang masin dan kerangupannya pasti akan buat anda menggemarinya. Tak percaya? Cubalah sendiri!

#15 Paru Lembu

Nama hidangan ini pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Walaupun begitu, ada sesetengah orang yang masih tak berani untuk mencubanya kerana ianya tergolong dalam kategori organ dalaman lembu.

paru

Imej via Suhana Irda

Kalau tak cuba, anda memang rugi. Paru ini biasanya digoreng secara biasa atau dibuat paru berlada. Paru berlada memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas bersama lauk-pauk dan ulam-ulaman yang lain.

Kesimpulan

Banyak juga makanan rare di Malaysia yang sedap dan boleh dicuba. Ini pun bukan kesemuanya, ada banyak lagi yang tidak kami senaraikan. Yang pasti, kami yakin anda pasti sudah teringin untuk mencuba makanan-makanan yang kami senaraikan ini, bukan?

Baik secara atas talian ataupun di pasar berdekatan, cuba sahaja jika anda tertanya-tanya bagaimana rasanya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Cuba dahulu, mana tahu anda akan menyukainya? Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.