Sibu merupakan salah sebuah bandar di negeri Sarawak. Ianya juga merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menarik di negeri tersebut.

Antara tempat yang kerap disinggah pelancong ialah Taman Jublee Bukit Aup dan Taman Tasik Permai. Memang sesuai disinggah oleh sesiapa yang ingin melancong sambil mencari ketenangan.

Sambil melancong, semestinya anda mahu mencari tempat makan menarik di Sibu, bukan? Berikut kami senaraikan 9 tempat makan menarik sekitar sini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Cabe Ijo

Alamat: Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam

Anda menggemari makanan Indonesia? Jika ya, restoran Cabe Ijo ini wajib anda singgah! Restoran ini menyediakan berbagai jenis makanan Indonesia yang enak-enak belaka.

tempat makan sibu

Imej via Foursquare

Menu yang paling laris di restoran ini ialah Nasi Lalapan. Ianya merupakan hidangan Sudan yang menggabungkan nasi, lauk-pauk bersama Lalapan atau salad.

Antara lauk-pauk yang wajib anda pilih ialah ayam bakar dan ayam madu. Nasinya dibalut dengan daun pisang, dan aromanya sungguh memikat. Sambalnya pula tidak terlalu pedas, namun masih lazat.

#2 Kampung Bandung Seafood

Alamat: Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah malam – 12 tengah hari, 6 petang – 12 tengah malam

Mengidamkan makanan laut yang bukan sahaja enak rasanya malah berpatutan harganya? Singgah sahaja di restoran Kampung Bandung Seafood yang terletak di Kampung Nangka ini.

Restoran ini menyediakan beraneka jenis makanan laut yang boleh dipilih cara masakannya mengikut citarasa pelanggan. Antaranya ialah kerang, lala, sotong dan variasi jenis ikan.

tempat makan sibu

Imej via Instagram

Untuk cara masakannya, anda boleh pesan sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rasa, udang ‘butter’ dan kerang bakar. Jangan lupa pesan midin atau pucuk paku di sini, dijamin sedap!

#3 YS Cafe

Alamat: Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7.30 pagi – 4.30 petang

Kalau anda singgah di Sibu, memang tak sahlah jika anda tidak mencuba menu ini – mi kampua! Mi kampua merupakan makanan masyarakat Foochew.

tempat makan sibu

Imej via Foursquare

Untuk mencuba menu itu, singgah sahaja di YS Cafe! Jangan risau, mi kampua di sini halal dan semestinya enak. Ia boleh dimakan secara kering atau basah, mengikut citarasa anda.

Menu lain juga turut disediakan di restoran ini. Anda boleh menikmati lalapan udang, nasi Arab dan aiskrim. Wah, berbagai betul menu di sini. Rugi kalau tak singgah!

#4 Ayam Penyet Ria

Alamat: 4, Jln Tapang Timur, Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Kalau kami sebut sahaja sajian Indonesia, makanan apa yang terlintas di fikiran anda? Ayam penyet pasti salah satu makanan yang anda bayangkan, bukan?

ayam penyet ria

Imej via Foursquare

Untuk menikmatinya, anda boleh singgah di restoran Ayam Penyet Ria. Restoran ini merupakan antara restoran ayam penyet yang top sekitar sini.

Tarikan utama menu ini terletak pada isi ayam yang lembut dan juicy serta sambalnya yang enak. Selain itu, menu lain juga turut disediakan. Pesan sahaja yang mana anda berkenan!

#5 Wow Wow West

Alamat: 24 & 26, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali isnin, 11 pagi – 10 malam

Teringin untuk menikmati makanan Barat? Singgah sahaja di restoran Wow Wow West yang terletak di Pekan Sibu ini. Ada berbagai jenis menu yang disajikan sini, kebanyakannya berasaskan hidangan western.

tempat makan sibu

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan hidangan pasta, ‘poultry & meat’, ‘add-on’ dan ‘value lunch’. Untuk ‘poulty & meat’, kami cadangkan agar anda cuba Signature Grilled Chicken Chop mereka.

Untuk pasta pula, Spaghetti Seafood Aglio Olio & Spaghetti Smoked Duck Carbonara merupakan antara yang terbaik di sini. Saiz hidangannya juga besar, pasti menyelerakan & mengenyangkan!

#6 Rafie Cafe

Alamat: Jalan Kampung Datu, Kampung Datu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 6 petang

Siapa sahaja yang tidak menyukai menu tempatan? Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemarinya. Oleh itu, singgah sahaja di Rafie Cafe untuk menikmati makanan tempatan.

Restoran ini menyediakan berbagai jenis makanan tempatan yang sedap-sedap belaka. Antaranya ialah nasi campur, roti canai, nasi lemak, mi jawa, roti tisu dan banyak lagi.

tempat makan sibu

Imej via Instagram

Antara menu terlaris di sini ialah Mee Mamak. Ianya tidak terlampau pedas dan enak dimakan panas-panas. Anda wajib cuba!

#7 Sambal Lado

Alamat: Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah malam – 12 tengah hari, 5 petang – 12 tengah malam

Satu lagi restoran sekitar Sibu yang terkenal dengan makanan Indonesia ialah restoran Sambal Lado! Restoran ini ada menyediakan beberapa jenis makanan Indonesia yang boleh dicuba.

nasi raja sambal lado

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda nikmati di sini ialah nasi lalapan dan nasi Raja Sambal Lado. Selain itu, menu lain seperti nasi goreng dan nasi kerabu juga boleh didapati di sini.

#8 Fisherman Restaurant

Alamat: 084-316 888, No 4 Jalan Chew Geok Lin, 96000, Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 2 petang, 6 petang – 10 malam

Dari nama restoran ini pasti anda sudah boleh teka makanan apa yang popular di Fisherman Restaurant – semestinya makanan laut. Makanan laut yang disediakan di sini memang segar.

tempat makan sibu

Imej via Instagram

Antara menu yang ‘laku keras’ di sini ialah udang assam, midin dan lokan. Udang assam ini menggunakan udang galah yang saiznya agak besar. Memang puas hati!

Untuk makanan Barat pula, NZ Lamb Rack merupakan antara yang wajib anda cuba. Isinya lembut dan rasanya sangat lazat!

#9 Mas Corner

Alamat: Kampung Datu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 2 petang

Tercari-cari restoran mana yang menyediakan laksa Sarawak yang enak? Restoran Mas Corner merupakan salah satu restoran yang boleh anda lawati untuk menikmati menu itu,

tempat makan sibu

Imej via Foursquare

Keistimewaan laksa Sarawak di sini ialah ianya ditambah belacan, menjadikan kuahnya lebih kaya dengan rasa. Jumlah udangnya juga agak banyak, memang puas hati. Sesuai dinikmati semasa sarapan!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu tempat-tempat makan di Sibu yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan berlengah lagi, singgah sahaja jika berpeluang ke sini!

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Kerana kebanyakan tempat makan di Sibu ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Mencari lebih banyak tempat makan sekitar Sarawak? Klik sahaja di link di bawah ya. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best Di Kuching
Tempat Makan Best Di Miri

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.