Mencari tempat makan hipster di Kuching?

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Ianya sering dipenuhi dengan pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara, jelas menujukkan yang ibu kota ini sememangnya merupakan tumpuan pelancongan.

Tempat makan di sini juga ada berbagai, termasuklah tempat makan hipster. Untuk itu, berikut kami senaraikan 15 tempat makan hipster di Kuching buat anda. Teruskan membaca!

#1 Sharing Planet

Alamat: Lot 4126, Jalan Ensing, 93250 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 11pm)

Mengapa Sharing Planet? Kerana kuantiti makanan yang disajikan di sini memang banyak dan bersaiz besar. Sangat sesuai disinggah oleh mereka yang ingin bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Imej via Foursquare

Makanan Barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop, French Fries, Mashed Potatoes dan sebagainya boleh didapati di sini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, memang memuaskan hati!

#2 The Coffee Factory

Alamat:  No. 1573, JT Building Jalan Perissen Batu 7 1/2, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 11.30 pm

Kopi merupakan antara jenis minuman yang menjadi kegemaran ramai. Memang sesuai dinikmati pada waktu brunch atau petang. Untuk itu, singgah sahaja di kafe The Coffee Factory untuk mencuba kopi yang sedap-sedap.

Imej via Foursquare

Selain kopi, kek krep juga ada disediakan di sini. Ada berbagai jenis, antara yang tersedap ialah Horlicks Crepe. Untuk minuman selain kopi, Japanese Green Tea merupakan antara minuman terlaris, rugi tak cuba!

#3 Rumah Hijau Café

Alamat: Jalan Rubber, 93400 Kuching Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 am – 4 pm, 6 pm – 10.30 pm

Terletak di tengah-tengah bandar Kuching, lokasi kafe ini agak mudah untuk dicari. Dari luar sahaja, kami yakin anda pasti akan terpegun dengan gaya klasik kafe ini.

Imej via Foursquare

Di sini, anda boleh pilih sama ada untuk menjamu selera di dalam kafe atau di luar. Untuk makanan, anda boleh cuba nasi ayam penyet yang menerima pujian ramai. Roti bom keju mereka juga memang laku keras!

#4 ANC Burger

Alamat: DD 108, Lot Persiaran Bandar Baru Batu Kawah 1A, Bandar Baru Batu Kawah, 93250 Kuching

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Siapa sahaja yang tidak sukakan burger? Kadangkala bila perut mula berbunyi, pasti burger merupakan antara makanan yang dicari. Jika anda berada sekitar Kuching, cubalah burger di ANC Burger ini.

Imej via Instagram

Burger di sini ada berbagai. Antaranya ialah Beef Bacon Burger, Hot Chic Chicken Burger dan burger keju. Yang penting, burger di sini buatan sendiri, jadi kesegarannya memang terjamin. Mereka juga ada menyajikan menu lain seperti pasta dan bebola daging.

#5 MK Cafe Classico

Alamat: 31, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 2 am

MK Cafe Classico ini merupakan antara tempat makan hipster di kuching yang agak popular. Kafe ini mempunyai dekorasi kafe yang cantik dan santai. Menu di sini juga ada berbagai.

Imej via Foursquare

 Terletak di Jalan Borneo, kafe ini menyajikan makanan Barat, kek, kopi, minuman coklat dan minuman nutella yang merupakan menu istimewa di sini. Mereka juga ada menyajikan pizza, bebola daging, burger dan stik yang digemari ramai pelanggan.

#6 Eek! Eat & Drink

Alamat: Kuching – Samarahan Highway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Wakttu operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

Kafe ini terletak 10 minit sahaja daripada bandar Kuching, jadi jika anda berada sekitar situ, bolehlah anda menjamu selera di kafe Eek! Eat & Drink. Jenis makanan di sini memang beraneka, boleh bikin anda rambang mata.

Imej via Foursquare

Dari makanan tempatan ke makanan Barat, semuanya ada. Antara menu yang wajib anda pesan ialah ayam golek, burger, mi kari dan banyak lagi. Saiz makanan juga besar, semestinya kekenyangan dijamin!

#7 Serapi Garden Cafe

Alamat: Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10.30 pm

Kafe antik ini asalnya merupakan sebuah rumah yang dibina dari tahun 1970-an lagi, sangat unik! Ianya kemudian diubah kepada sebuah kafe dan terhasillah kafe Serapi Garden.

Imej via Foursquare

Antara makanan Barat yang boleh dicuba di sini ialah Grilled Lamb Shoulder dan Classic Fish and Chips. Untuk makanan tempatan pula, anda boleh cuba nasi lemak. Ada pelbagai pilihan lauk yang boleh anda cuba yang pasti saiz hidangannya memang besar. Puas hati bila makan!

#8 The Coffee Clinic

Alamat: Lot 184, Ground Floor (Jalan, Jalan Song, Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak

Watu operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm

Salah satu port sarapan yang agak terkenal sekitar Kuching ialah The Coffee Clinic. Nama pun ‘klinik kopi’, semestinya menu yang terkenal di sini ialah kopi. Masuk sahaja ke kafe ini, pasti anda akan terbau aroma kopi yang harum!

Imej via Foursquare

Antara kopi yang boleh anda cuba ialah latte. Untuk makanan pula, kek krep di sini memang laku keras. Kek krep Horlick, karamel masin dan Melaka Nadeje merupakan antara yang tersedap. Selain itu, mereka juga ada menyajikan menu lain sepeti wafel dan roti yang lembut.

#9 Bla Bla Bla Café

Alamat: 27, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 6 – 11.0 pm

Kebanyakan kafe hipster mengetenghkan konsep dan makanan Barat, namun berlainan dengan Bla Bla Bla Café ini. Konsep dekor kafe ini ialah ala-ala Bali, memang menarik! Makanan di sini berasaskan selera tempatan dan Sarawak.

Imej via Foursquare

Anda boleh cuba sajian seperti midin, ayam pandan, Mango Duck, cereal prawns dan Peking Duck. Suasana restoran yang bersih dan luas juga membuatkan ianya kerap disinggah oleh ramai pelanggan bersama keluarga mereka.

#10 Earthlings Cofee

Alamat: Sublot 16, Soho East Hq Lot 188, Lorong 5, Jalan Wan Alwi, Taman Supreme, 93300 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

“Kopi tersedap di Kuching’ merupakan salah satu ulasan yang diberikan oleh salah seorang pengunjungnya. Jelas menunjukkan yang kopi di kafe hipster earthlings Cofee Workshop ini bukan biasa-biasa.

Imej via Foursquare

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe ini, anda akan dapat lihat sendiri mesin-mesin yang digunakan untuk membru kopi. Ya, kopi di sini dibru dengan segar! Antara kopi yang boleh dicuba ialah latte dan capuccino, dijamin padu!

#11 James Brooke Bistro & Cafe

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 9 am – 9.30 pm

Ingin menikmati makanan yang sedap-sedap sambil mengahayati pemandangan sungai yang cantik? Singgah sahaja di James Brooke Bistro & Cafe yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman ini!

Imej via Foursquare

Menu tempatan di sini mendapat sambutan yang hangat. Laksa Sarawak mereka pula merupakan menu yang paling laris, ramai yang memuji keenakkan dan keasliannya. Menu lain yang anda boleh cuba ialah ayam butter dan ayam halia.

#12 Japangi

Alamat: Level 1, Lot 22, Block A2, Saradise, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, Ahad-Isnin am – 11 pm), Jumaat – Sabtu (11 am – 11.45 pm)

Selalunya tempat makan hipster ini mempunyai konsep moden atau antik, namun berlainna pula dengan kafe Japangi ini. Konsep kafenya memang comel, temanya pula merah jambu. Ala-ala kafe di Jepun, sesuai dijadikan port bergambar!

7
Imej via Foursquare

Makanan yang disajikan di sini ialah makanan Korea. Antaranya ialah dosirak, makanan korea yang dmenyajikan nasi bersama lauk di dalam bekas. Menu lain seperti ramen juga turut disajikan. Untuk minuman, ada soda, teh Jujube, teh biasa, minuman coklat dan kopi, sangat berbagai!

#13 SUKHA Cafe

Alamat: Ground Floor, Lot 11963, Block 16 Brighton Square,, Jalan Song, 93350 Kuching

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 10.30 pm

Sukha Cafe merupakan kafe antik yang agak popular di Kuching. Antara barangan antik yang boleh anda jumpa di sini termasuklah mesin jahit dan roda basikal, sangat unik!

Imej via Foursquare

Makanan yang disajikan di sini berkonsepkan hidangan Barat. Wafel meereka pula memang Laku keras. Anda boleh cuba Salted Egg Charcoal, Chocolate Waffles dan Chicken & Waffles. Selain itu, mereka juga ada menyajikan hidangan tempatan seperti nasi lemak.

#14 The Coffee Garden

Alamat: 03, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu 8.30 am – 6 pm manakala Ahad 9 am – 6 pm

Dekorasi sesebuah tempat makan memainkan peranan dalam memikat hati pelanggan, tambahan pula jika tempat makan tersebut iala tempat makan hipster.

Imej via Foursquare

The Coffee Garden ini mempunyai konsep dekorasi ala-ala taman, memang cantik! Kafe ini menyajikan makanan Barat. Antaranya ialah pasta, pasta, burger, kentang dan kek. Kopi mereka juga ada berbagai.

#15 Madeleine Coffee & Patesserie

Alamat: Lot 10, 127-A, Lorong Lapangan Terbang 4, Green Heights, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Kafe hipster yang mempunyai konsep minimal pasti memikat hati anda, bukan? Kafe Madeleine Coffee & Patesserie yang terletak di Green Heights ini memang terkenal dengan menu yang menarik serta konsep dekorasi kafe yang cantik.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan pencuci mulut yang berbagai. Kek dan pastri merupakan menu istimewa mereka. Almond Crossaint merupakan antara menu yang wajib anda cuba, lembut teksturnya dan enak rasanya!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan hipster di Kuching yang ingin anda serbu? Kuching memang mempunyai banyak tempat makan hipster, jadi singgah sahaja di mana-mana tempat makan yang kena dengan selera anda.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.