Ada banyak tempat makan best di Klang memandangkan jumlah penduduknya yang ramai. Biasalah, kalau menetap dalam kawasan bandar seperti Klang, memang banyak tempat makan akan anda jumpa.

Tertanya-tanya tempat makan mana yang wajib anda singgah sekitar Klang? Berikut kami senaraikan 25 tempat makan best di Klang yang terkini. Teruskan membaca ya!

#1 Nasi Kukus Sotong Besar Klang

Alamat: No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 tengah hari – 11 malam

Selalunya bila sebut tentang nasi kukus, hidangan ini pasti dihidangkan bersama lauk ayam berempah. Namun, pernahkah anda cuba nasi kukus sotong goreng tepung?

nasi kukus sotong besar

Imej via Foursquare

Hidangan ini boleh anda cuba di Nasi Kukus Sotong Besar Klang! Seperti namanya, saiz sotong memang cukup besar. Kuantitinya juga banyak dan ianya juga rangup. Anda wajib cuba!

nasi kukus sotong besar klang

Imej via Foursquare

Selain itu, hidangan lain seperti Kambing Bakar dan sup kambing juga merupakan antara yang terlaris di restoran ini. Isi dagingnya yang lembut dan ‘juicy’ bikin ramai pelanggan ketagih!

#2 Warung Kita @Bukit Raja

Alamat: Mutiara Bukit Raja 2, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 10 pm

Warung Kita merupakan restoran yang menyajikan hidangan tempatan. Populariti restoran ini terbukti apabila ianya membuka cawangan di beberapa daerah di Selangor dan salah satunya ada di Klang.

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Menu yang terlaris di restoran ini ialah Nasi Manggey. Ianya merupakan nasi berlauk yang disajikan bersama ayam goreng cincang dan sambal belacan. Memang lazat dan mengenyangkan!

Selain itu, minuman mereka juga wajib anda cuba. Air kelapa yang disajikan dalam baldi ini memang manis dan menyegarkan tekak.

#3 Sate Famili

Alamat: Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 am – 9.30 pm

Sate Famili merupakan antara tempat makan best di Klang yang namanya menjadi sebutan ramai. Agak-agak kenapa ianya begitu terkenal?

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan sate yang bukan sahaja beraneka jenis, malah digemari ramai. Satenya bersaiz besar dan daging yang digunakan juga segar. Ianya diperap dengan sempurna, jadi rasanya memang sedap.

Antara jenis sate yang boleh dicuba ialah sate daging, sate ayam, sate kambing dan banyak lagi jenis sate. Isinya cukup lembut, pasti anda akan menggemarinya!

#4 Pak Li Kopitiam

Alamat: 42A-0, Lorong Batu Nilam 3A, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Ingin menikmati sajian tempatan di kafe moden yang santai? Singgah sahaja di kafe Pak Li Kopitiam yang terletak di Bandar Bukit Tinggi.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan hidangan tempatan yang enak-enak. Anda boleh cuba nasi ayam lemon, mi goreng Mamak, Goldren Fried Rice dan Hokkien Kuey Teow Goreng. Semuanya sedap, jadi pesan sahaja yang mana anda teringin.

#5 Cendol Klang

Alamat: 41, Jalan Nanas, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:15 am – 7:30 pm

Cuaca yang panas pasti membuatkan tekak mengidamkan minuman pencuci mulut. Pasti cendol mula terbayang di minda anda, bukan?

Imej via Foursquare

Jika anda berada di Klang, Cendol Klang adalah gerai yang wajib anda kunjungi untuk mencuba cendol yang dijamin sedap. Rasanya yang lemak berkrim dan menyegarkan tekak pasti akan bikin anda ketagih!

Untuk menu lain, anda boleh mencuba mi goreng mereka yang tidak kurang hebatnya. Saiz hidangannya sederhana, jadi jangan lupa untuk menikmatinya bersama cendol.

#6 Kambing Bakar Terima Kasih Ibu

Alamat: Batu 2 1/4, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 1 am

Ada peminat kambing bakar di sini? Di Klang, restoran Kambing Bakar Terima Kasih Ibu ada menyajikan kambing bakar yang dikatakan antara yang tersedap di Klang.

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama kambing bakar di sini terletak pada kelembutan dagingnya. Aroma yang harum juga mampu bikin sesiapa sahaja terliur. Sos yang disajikan juga menggandakan keenakkannya, memang padu!

Selain kambing bakar, menu lain seperti itik bakar, ikan bakar dan ayam penyek juga turut disediakan. Memang berbagai, boleh bikin ramai rambang mata.

#7 Muara Ikan Bakar, Ikan Bakar di Klang

Alamat: Lingkaran Sultan Hishamuddin, 42000 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 petang – 1 pagi

Muara Ikan Bakar Klang

Imej via Facebook

Ikan segar amat penting bila anda ke restoran ikan bakar. Itulah yang diutamakan oleh Muara Ikan Bakar. Ia terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang.

Oleh itu, jika anda datang pada waktu hampir malam, anda akan disajikan dengan pemandangan indah matahari terbenam, sungguh mempersonakan!

Jangan lupa untuk cuba nasi lemak mereka juga kerana ia adalah pilihan pelanggan yang berkunjung ke Muara Ikan Bakar juga, dijamin enak!

#8 Restoran Itik Salai Atok

Alamat: Jalan Kapar, Kampung Sementa, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 6 pm

Jika anda menggemari makanan Negeri Sembilan, ini merupakan antara tempat makan di Klang yang harus anda lawati – Restoran Itik Salai Atok.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan sajian Negeri Sembilan yang bukan sahaja enak, malah asli. Itik salai merupakan antara menu yang terlajak laris di sini.

Selain itu, menu lain yang berasaskan masakan kampung juga boleh anda nikmati. Masak lemak siput sedut, kari kambing dan masak lemak daging merupakan antara yang wajib dicuba.

#9 The Captain Steamboat & Grill

Alamat: Lot 2658,, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 petang – 12 tengah malam

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Mencari restoran steamboat yang terbaik di Klang? Salah satu restoran yang wajib anda serbu ialah The Captain Steamboat & Grill yang terletak di Meru.

Ada berbagai jenis lauk yang anda boleh pilih. Dari makanan laut, daging, isi steamboat, semuanya ada! Kami sarankan agar anda cuba daging kambing mereka.

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Semakin dibakar, semakin naik aroma perapan BBQ yang cukup memikat. Dagingnya juga lembut dan sangat ‘juicy’, peminat tegar daging kambing wajib cuba!

#10 Restoran Sate Kajang Hj. Samuri Klang

Alamat: No. 27-00-01 & 25-00-01, Lorong Batu Nilam 1E, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis bermula 11.30 pagi – 11 malam, Jumaat bermula 4 petang – 11.30 malam manakala Sabtu dan Ahaad bermula 11.30 pagi – 10.30 malam

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Nama Sate Kajang Hj. Samuri tidak asing lagi di Klang dan mungkin di Malaysia juga. Tarikan utama mereka sudah tentulah sate. Setiap hari terutama semasa hujung minggu adalah waktu mereka diserbu peminat sate.

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Kuah kacang yang istimewa dimakan bersama sate menjadi pelengkap hidangan. Jika anda tidak mahu sate atau mahu menambah menu, mereka juga turut menyediakan beberapa jenis makanan tempatan yang lain.

Jika anda mahu ‘tapau’, pastikan anda membuat tempahan sekurang-kurangnya setengah jam lebih awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama.

#11 Warung Pak Din

Alamat: 44, Jalan Ladang, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12 tengah hari – 6 petang

Kuih-muih apa yang wajib ada dalam menu sarapan atau minum petang anda? Karipap pasti tersenarai sekali, bukan? Jika anda teringin untuk menikmati karipap tersedap di Klang, lekas serbu Warung Pak Din!

warung pak din

Imej via Foursquare

Warung ini memang sangat terkenal dengan karipap ayam. Isi karipap memang padat, bukan seperti karipap ‘angin’ di sesetengah warung. Rasanya juga sangat sedap!

Selain karipap, hidangan lain seperti bihun sup dan nasi lemak juga turut laku keras di sini. Dibungkus bersama daun pisang, aroma nasinya memang cukup harum.

#12 Warung Soto Kedai Basikal

Alamat: Jalan Genting, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari. 7 am – 4.30 manakala Ahad 7 – 11 am

Soto merupakan hidangan Indonesia yang cukup terkenal di Malaysia. Warung soto boleh didapati di pelbagai tempat di sini, termasuklah di Klang. 

Salah satunya ialah restoran Warung Soto Kedai Basikal. Restoran yang terletak di Kampung Rantau Panjang ini menyajikan soto yang menjadi kegemaran ramai.

Imej via Foursquare

Kuahnya yang secukup rasa serta saiz hidangan yang besar merupakan tarikan istimewa menu ini. Menu lain seperti lontong, nasi briyani dan mi udang juga turut disajikan.

#13 Restoran Roda Klang

Alamat: Kampung Batu Belah, 41400 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 10 pm

Ingin menikmati makanan tempatan yang enak-enak untuk sarapan? Restoran Roda Klang adalah antara tempat makan best di Klang yang popular untuk sarapan pagi.

Imej via Foursquare

Restoran yang beroperasi sejak tahun 1985 ini sememangnya terkenal di kalangan penduduk Klang. Menu-menu seperti lontong, mi kari, nasi berlauk dan nasi lemak merupakan antara hidangan yang wajib dicuba.

#14 Nyonya Kitchen and Caterers

Alamat: No. 220 & 222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 10.30 malam

Melihat sahaja namanya, kita sudah tahu jenis masakan yang ditawarkan di sini, semestinya makanan Baba & Nyonya!

nyonya caterers

Imej via Foursquare

Ada Ayam Pandan, Kari Kepala Ikan Kapitan, sotong goreng, sambal terung dan pai tee. Ada cendol sebagai pencuci mulut. Dua lot kedai yang diambil sebagai premis membolehkan ia menampung jumlah pelanggan yang agak ramai dan selesa.

#15 Warong Warisan Asli

Alamat: No.2, Jalan Baru, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12.30 tengah hari – 12.30 tengah malam

warung warisan asli

Imej via Foursquare

Warong Warisan Asli menyediakan masakan Melayu termasuk asam pedas dan pilihan pelbagai mi. Mereka juga ada menyediakan masakan lain seperti pasta, burger, dan makanan barat yang biasa seperti lamb chop.

Selain itu, anda juga boleh memilih makanan yang lebih ringan seperti ubi goreng dan jemput-jemput. Tempatnya santai dan ada ruang yang mempunyai penghawa dingin, memang santai!

#16 Tudia! Char Kuey Teow Klang

Alamat: Lot 1069 Yatim Rantau Panjang, Lorong Haji Yatim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5.30 – 11 pm

Kepada pencinta char kuey teow, anda wajib singgah di restoran Tudia! Char Kuey Teow jika anda berada sekitar Klang.

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Restoran ini dikatakan menyajikan char kuey teow yang bikin ramai ketagih. Mana tak ketagih, rasanya yang sedap ditambah pula aroma yang memikat memang bikin ramai tak keruan.

Servis yang ditawarkan oleh pihak restoran juga turut mendapat pujian ramai. Memang terbaik!

#17 Tetra House of Biryani

Alamat: Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 10.30 malam

Tetra House of Biryani

Imej via Foursquare

Tetra House of Biryani dikatakan antara yang terkenal di Klang. Antara yang perlu dicuba ialah biryani udang yang jarang-jarang ditemui di tempat lain.

Suasana di sini juga selesa dengan alunan muzik yang perlahan. Pelanggan juga memuji ramuan di dalam resepi yang dirasakan antara yang terbaik pernah dirasa. 

Mereka yang tidak makan daging boleh memilih biryani vegetarian atau yang bebas daging. Pada waktu pagi, anda boleh bersarapan dengan beberapa pilihan roti seperti roti canai. 

#18 Restoran Sri Rahayu

Alamat: Jalan Balau 2, Taman Meru Jaya, 42200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 – 2 pagi, manakala hari Ahad pula 7 pagi – 12 tengah malam

Tidak tahu ‘port’ sarapan mana yang boleh anda singgah sekitar Klang? Lekas terjah restoran ini yang merupakan antara ‘port’ sarapan terbaik sekitar sini.

nasi kerabu @ restoran sri rahayu

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Nasi Kerabu, roti canai, lontong dan banyak lagi. Harga untuk setiap hidangan juga murah, memang berbaloi dengan keenakkannya!

#19 Restoran Rahmat Tan

Alamat: 51-00-1, Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Sukakan makanan Cina? Di Bandar Bukit Tinggi, Restoran Rahmat Tan merupakan restoran Cina-Muslim yang kerap dibanjiri oleh orang ramai.

Imej via Foursquare

Mereka menyajikan makanan laut yang segar dan hidangan masakan Cina yang sedap. Anda boleh cuba menu-menu seperti Ikan Siakap Goreng Nyonya, Sotong Telur Masin dan Udang Butter.

Selain itu, menu lain seperti Telur Fuyong, Loh Han Zhai dan Nasi Kam Hiong juga turut menjadi rebutan ramai. Rugi jika tak cuba!

#20 Restoran Sisik

Alamat: No 32, jln kasuarina 1/ks7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 12 am

Satu lagi tempat makan best di Klang yang menyajikan hidangan tempatan ialah Restoran Sisik. Yang istimewanya, hidangan yang disajikan di sini bukan biasa-biasa.

Imej via Foursquare

Antara hidangan istimewa yang boleh anda cuba di sini ialah sotong bakar madu, ikan assam, ikan bakar sambal, ikan bakar tempoyak dan lala masak pedas.

Ramai pelanggan memuji penggunaan makanan laut yang segar dan berkualiti tinggi. Jenis masakan juga berbagai, sangat menarik!

#21 Ayam Kampung Berapi Meru Klang

Alamat: Jalan Nenas, Meru, 42200 Kapar, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Ayam kampung merupakan jenis ayam yang cukup digilai ramai. Ianya dikatakan lebih segar dan isinya juga lebih pejal berbanding ayam ternakan yang lain.

Imej via Foursquare

Jika anda ingin menikmati ayam kampug goreng, restoran Ayam Kampung Berapi Meru Klang merupakan antara restoran yang harus anda kunjungi.

Ayam kampung goreng di sini digoreng rangup namun kelembutan isinya masih boleh dirasai. Sambal yang disajikan juga digemari ramai!

#22 Yok Mampir Cafe

Alamat: Lot 26459, Jalan Shapadu,, KG. Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 11.30 pm

Makanan Barat merupakan jenis hidangan yang cukup digemari oleh orang kita. Buktinya, ada banyak tempat makanan Barat yang boleh dilawati di negara kita.

Salah satunya ialah Yok Mampir Cafe yang terletak di Klang. Restoran ini menyajikan hidangan Barat dan tempatan yang lazat-lazat belaka.

Imej via Foursquare

Menu-menu yang laku keras di sini ialah Chicken Chop, Grilled Chicken, Black Pepper Sirloin Steak, Beef Lamb dan Pasta Combo Lamb. Hidangan talam juga turut disajikan, sangat berbaloi dan menarik.

#23 Senyum Sokmo Klang

Alamat: KS 07, NO. 3, Jalan Kasuarina 4, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm

Nama restoran ini dapat menggambarkan kepuasan pelanggan setelah menjamu selera di sini. Keenakkan hidangan yang disajikan pasti akan membuatkan anda tersenyum riang.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan Pantai Timur. Antara menu yang paling disebut-sebut ialah nasi kerabu. Memang enak dinikmati bersama sarapan bersama segelas teh o ais.

#24 Restoran Sempadan Maggie Ketam Power

Alamat: Kampung Batu Tujuh, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 1 am

Maggi ketam merupakan hidangan yang sangat popular di Kelantan. Namun, anda tak perlu jauh-jauh ke Kelantan untuk mencubanya, kerana di Klang juga ada restoran yang menyajikan menu tersebut.

Image may contain: foodImej via Facebook

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Sempadan Maggie Ketam Power. Boleh dikatakan ianya sentiasa dikunjungi ramai pelanggan kerana maggi ketam yang disajikan memang laku keras.

Isi ketam yang lembut, segar dan banyak merupakan antara factor ramai pelanggan menggemari maggi ketam. Kuah maggi yang secukup rasa juga merupakan antara tarikan istimewa menu ini.

#25 Restoran Seri Keningau

Alamat: Lot, 2555, Jalan Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 tengah malam

Pernah terdengar tentang hidangan Nasi Kapal Karam? Bunyinya unik, bukan? Pasti anda tertanya-tanya bagaimana rupanya. Hidangan ini boleh didapati di Restoran Seri Keningau.

tempat makan best klang

Imej via Foursquare

Hidangan yang bersaiz besar ini menghidangkan tomyam yang disajikan dalam buah kelapa bersama ketam, sotong, lala, udang dan siakap bersama nasi berwarna biru.

Hidangan ini sangat sesuai jika dimakan untuk 2 – 4 orang. Dijamin menyelerakan dan mengeyangkan kerana makanan lautnya semuanya bersaiz besar dan banyak kuantitinya!

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan best di Klang yang boleh anda terjah. Kami yakin semuanya pasti cocok dengan selera anda. Dari makanan tempatan ke Barat, dijamin enak-enak belaka!

Jangan tunggu lama-lama, lekas sahaja serbu jika berpeluang. Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang awal kerana dikhuatiri ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh.

Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Selain tempat makan menarik di Klang, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.