Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu akan promosi & tawaran menarik. Sudah tentu, jenama perabot terkenal dari Sweden iaitu IKEA, mengumumkan promosi pertama mereka sempena Hari Kemerdekaan! Mari lihat apakah promosi tersebut.
Kepak ayam IKEA yang terkenal ini tak perlukan pengenalan yang panjang lagi! Bermula 15 Ogos hingga 2 September, kepak ayam ini hanyalah RM2. Diterhadkan kepada 12 ketul setiap pembelian, jumlah ini pasti cukup untuk mengenyangkan seisi keluarga. Promosi ini tidak sah ketika cuti umum dan hari minggu.
Ingat lagi ketika IKEA mengeluarkan kek ondeh-ondeh & ianya menjadi bualan ramai? Siapa yang belum rasa lagi harus mencubanya! Kek ondeh-ondeh diperbuat daripada kek pandan, gula melaka & kelapa. Anda boleh dapatkannya dengan RM6.90 bermula 26 Ogos hingga 1 September sahaja.
Ada 2 jenis juadah udang karang yang disediakan oleh IKEA. Pertama, udang karang bersama sos pedas tomato. Juadah ini sesuai bagi penggemar makanan pedas. Enam ekor udang karang boleh didapati dengan harga RM29.90! Bermula 15 Ogos hingga 2 September.
Juadah ini mempunyai salmon yang diperap, udang karang & udang yang sudah dikopek kulitnya! Dihidangkan bersama daun salad, juadah ini hanya berharga RM21.90! Ditawarkan bermula 15 Ogos hingga 2 September sahaja. Ayuh dapatkannya!
Turf & Surf Combo dihidangkan bersama lapan ketul bebola daging & kerang bersama sos tomato. RM29.90 adalah harga yang terbaik ditawarkan memandangkan makanan yang sedap!
Mari nikmati tulang rusuk lembu bbq panggang bersama sup cendawan! Hidangan ini juga disediakan bersama brokoli & kentang. Tidak janggal lagi, hidangan ini pasti memenuhkan perut anda. Harga promosi hanya boleh didapati 26 Ogos hingga 1 September. Jangan lepaskan peluang ini!
Selain itu, IKEA juga menawarkan promosi bagi perabot. Potongan harga sehingga 50% ditawarkan bagi barangan terpilih. Jadi, marilah jadi pengguna bijak demi barangan yang berkualiti & murah!